Kenapa Korang Tak Boleh Guna Token Siling Di KTM Komuter Lagi? Ini Sebabnya

Share

Pengangkutan awam yang disediakan untuk kemudahan rakyat seperti komuter, MTR, LRT dan lain-lain lagi menunjukkkan kerajaan komited dalam membentuk sistem jaringan pengangkutan yang efisen. Biar belum menyeluruh ke seluruh negara tetapi sudah banyak dinaik taraf seperti perkhidmatan keretapi laju AES hingga ke utara tanahair.

Selari dengan pelbagai pertukaran termasuk teknologi, bagi korang yang selalu menggunakan perkhidmatan KTM Komuter sila alert hal ini ya. Mulai 10 September akan datang, sudah tiada lagi pengguna token duit siling di KTM Komuter khususnya untuk pelajar sekolah menengah, student universiti dan golongan dewasa.

Bayaran tanpa tunai ini dikhususkan penumpang dewasa dan juga pelajar sekolah (termasuk sekolah menengah, kolej, institusi pengajian tinggi). So korang boleh beli kad yang KTM sediakan iaitu Kad Komuter Link (dewasa dan konsesi). Sekarang ini sejak Julai 2017 lagi, sejuta kad Komuter Link ini  diedarkan secara percuma kepada orang ramai.

KTM Komuter merupakan pilihan pengguna sejak dulu lagi

 

Inilah kad komuter link yang bakal digunakan mulai 10 Sept ini. Dah tak ada token siling lagi ya.

 

Mudahkan, dah tak ada token lagi, cuma kad ini saja. lLebih best ada diskaun tambang sampai 50 peratus untuk pelajar termasuk budak U.

 

Kalau tak ada kad tu jangan bimbang, boleh guna kad touch n go dan juga kad pengenalan. Boleh guna asalkan dalamnya ada nilai duit ya! Tapi bagi yang belum dapat tu, jangan bimbang kerana antara 10-16 September ini, sebanyak 30,000 kad akan diedarkan lagi secara percuma. Kalau korang tak dapat juga, maknanya kenalah korang beli selepas ini. So sementara masih free, bagi yang kerap menggunakan perkhidmatan KTM Komuter boleh ambil di stesen-stesen disediakan ya.Tambah nilai RM5 boleh dilakukan.

Buat masa ini, seperti kata Pengurus Besar Perkhidmatan KTM Komuter, Khair Johari Ishak, penggunaan token siling masih lagi beroperasi tetapi hanya dikhaskan untuk kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun dan golongan kurang upaya termasuk warga emas. Token ini boleh diperoleh di kaunter disediakan.

Sebenarnya banyak kelebihan menggunakan Kad Komuter Link ini dan tentu korang seronok nak dengar. Sebabnya, bila dah ada kad nie, korang akan dapat diskaun perjalanan sebanyak 20 peratus bagi golongan dewasa.

Bagi pelajar lebih best kerana korang akan dapat diskaun perjalanan sebanyak 50 peratus(untuk pelajar, warga emas dan OKU – untuk tambang konsesi). KTM nasihatkan orang ramai agar bersedia dengan Kad Komuter Link agar perjalanan lebih mudah dan lancar. So bagi pengguna tegar KTM Komuter, 10 September ini tiada lagi token siling ya, semuanya menggunakan kad.

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros