Bagai tiada kesudahan. Malah tidak juga mengambil iktibar terhadap hukuman yang pernah dijatuhkan terhadap orang lain.
Jika korang masih ingat kes yang dihadapi oleh K Ganesh, seorang pekerja kontrak yang dihukum penjara dua tahun 10 bulan dan denda RM40,000 akibat memasukkan kucing bunting ke dalam mesin basuh.
.
Namun ternyata hukuman yang dijatuhkan terhadap orang lain tidak menjadi iktibar dan terbaru, sebanyak 11 ekor kucing ditemui mati dipercayai diracun di sebuah pangsapuri di Bukit Beruntung, Rawang, petang semalam.
Posting yang dikongsikan oleh laman media sosial Facebook milik Persatuan Haiwan Malaysia ini mendapat 5.2K like dan 1.6 komen. Menurut posting ini, haiwan malang itu ditemui mati bergelimpangan akibat perbuatan kejam manusia yang tidak berhati perut.
Berikutan insiden itu, Persatuan Haiwan Malaysia, pihaknya memohon kepada saksi kejadian untuk tampil membantu menyalurkan maklumat berhubung kes itu.
Baca hantaran di fb Persatuan Haiwan Malaysia. Dan tolong sebar sehingga pelakunya tertangkap!
Menurut Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika yang dilaporkan oleh Astro Awani berkata ia merupakan kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan jika pelaku berjaya dijejak, hukuman boleh dikenakan.
“Iaitu penjara minimum satu tahun sehingga maksimum tiga tahun atau denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000,” jelasnya.
Malah, netizen turut terkesan dan geram dengan apa yang berlaku pada haiwan yang tidak bersalah ini. Rata-rata mendoakan si pelaku mendapat hukuman yang setimpal.
.
.
Animal Malaysia memohon saksi menghubungi persatuan itu dengan segera menerusi aplikasi WhatsApp di nombor 6011-20901097 demi keadilan buat haiwan tersebut.
Emmm…apa la salah kucing-kucing ni kan.