Seluruh rakyat Malaysia merakamkan kesedihan dengan berita kesahihan kematian melibatkan Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun, remaja yang dilaporkan hilang sejak kejadian tembakan di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu.
Pengesahan ini dilaporkan oleh Exco Jawatankuasa Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Booh Pooh jam 11.20 malam semalam.
Menurut laporan Harian Metro, Phee Booh berkata, kedutaan Malaysia sudah terima maklumat bahawa Haziq sudah meninggal dunia,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp dan bersama ibu arwah Mohd Haziq malam tadi.
Susalan itu, Kementerian Luar Negeri turut mengesahkan kejadian sama dan memaklumkan bahawa remaja berkenaan antara 50 mangsa yang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati dan mendapat perhatian dunia.
Di sebalik ramai tertanya-tanya kenapa selepas seminggu di mana kebanyakan media Malaysia menulis arwah Haziq masih hilang serta doa dan harapan seluruh isi keluarganya agar remaja itu selamat, ternyata inilah antara sebab kenapa pengumuman berikutan kematiannya lambat diumumkan.
Ternyata kerajaan New Zealand punya polisi begitu ketat mengenai MAKLUMAT PERIBADI.
Sebelum sesuatu berita itu disiarkan, ia mesti mendapat kebenaran keluarga dahulu selain ujian Asid Deoksiribonukleik atau DNA melibatkan sample ibu bapanya perlu dilakukan terlebih dahulu. Masa yang sama, kes ini turut melibatkan ramai mangsa tragedi iaitu seramai 50 mangsa.
Difahamkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berperanan menjaga hal ehwal agama Islam, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof akan bertolak ke Christchurch bagi mewakili kerajaan Malaysia untuk menyertai solat jenazah dan khutbah Jumaat di negara berkenaan.
Dalam pada itu, REMAJA difahamkan menurut makluman perkongsian dari Kenyataan Media Adun Bayan Lepas, seperti dimaklumkan oleh ahli keluarganya pengkebumian dibuat pada jam 1.00 PM waktu New Zealand atau 8.00 pagi waktu Malaysia dan besar kemungkinan jenazah sudah selamat disemadikan.
Semoga syurga buat remaja ini dan Al-Fatihah untuk arwah Haziq.