Penyanyi remaja Indonesia, Putri Ariani tampil dengan penjelasan setelah dia didakwa membiarkan sekumpulan penggiat media Malaysia menanti kehadirannya selama dua jam pada sidang media pengumuman konsert Walkerworld Malaysia, semalam.
Difahamkan, Putri yang ditemubual di sebuah hotel di Bandar Sunway bersama-sama Alan Walker hanya menjawab tiga soalan yang diajukan oleh media tempatan sebelum dia dibawa keluar dari dewan atas alasan belum mengambil sarapan.
Memahami situasi tersebut, pihak media bersetuju untuk menunggu dengan harapan dapat menyambung temu bual bersama penyanyi berusia 18 tahun itu.
Selepas menunggu kira-kira selama dua jam, kelibat Putri tidak kelihatan jua. Lantas, penggiat media Malaysia merasa kurang senang dengan tindakan Putri itu dan melabelnya sebagai tidak profesional.
Menerusi hantaran di Instagram, Putri menjelaskan bahawa dia tidak tahu-menahu bahawa pihak wartawan masih menunggunya di bilik sidang media untuk meneruskan temubual.
“Mohon maaf. Selepas saya keluar dari bilik, saya diberitahu oleh pihak penganjur acara dan promoter bahawa acara sidang media sudah selesai. Jadi saya tidak tahu jika ada wartawan yang masih menunggu.
Ads
“Yang buat acara dan tentukan tempoh acara bukan saya, jadi anda tanya saja kepada penganjur.
“Semuanya tadi sudah berjalan lancar dan sudah selesai. Kenapa marah dekat saya?” ulasnya.
Putri turut memuat naik foto-foto di sekitar acara sidang media bagi membuktikan dia sudahpun melaksanakan tugasnya bagi menghadiri acara tersebut.
Ads
“Apakah semua foto di sini bukan wartawan? Mereka semua ada di situ,” tambahnya yang pernah mengukir tuah sebagai finalis program America’s Got Talent.
Tidak lama selepas itu, pihak penganjur konsert berkenaan iaitu Megatix Malaysia dan Rozario Connection mengeluarkan kenyataan berhubung laporan beberapa media tempatan yang membidas Putri Ariani.
Ads
Beranggapan info dalam laporan-laporan yang ditulis itu tidak tepat, ia bagaimanapun menganggap apa yang terjadi sebagai salah faham.
“Sesi temubual rasmi dilangsungkan untuk tempoh yang lama dan banyak peluang untuk pihak media bertanyakan soalan kepada pihak artis. Walaupun terikat dengan jadual ketat oleh pihak artis, kami telah melanjutkan lebih masa untuk media berinteraksi dengan Alan Walker dan Putri Ariani.
“Kami galakkan agar orang ramai tidak termakan dengan kenyataan tidak benar dan sebaliknya fokus kepada objektif sidang media berkenaan untuk menyambut Alan Walker dan Putri Ariani sebagai tetamu undangan di Walkerworld Concert pada 22 Jun 2024 di Surf Beach, Sunway Lagoon,” catatnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Khabar angin yang mengatakan pelakon muda, Jenna Ortega, sedang bercinta dengan bintang terkenal Hollywood, Johnny Depp, semakin hangat diperkatakan.
Ramai peminat terkejut apabila mengetahui tentang hubungan mereka, terutamanya apabila memikirkan jarak usia yang begitu besar antara kedua-duanya.
Terbaru, akhirnya pelakon Jenna Ortega bersuara dan menjawab khabar angin dirinya sedang hangat bercinta dengan aktor kontroversi, Johny Depp.
ktres jelita yang berusia 21 tahun itu menepis khabar angin tersebut dan percaya bahawa dakwaan itu mungkin tercetus selepas dia dan Johny, 61 dikhabarkan terbabit dalam filem Beetlejuice.
”Ia mengarut sehingga saya sendiri tak boleh nak ketawa. Saya tak pernah bekerjasama dengan Johny. Tolong jangan sebarkan fitnah dan jangan ganggu kami.”
Sementara itu, jurucakap Depp turut tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Jenna. Malah mereka berdua juga tidak pernah bertemu.
” Dia tidak pernah jumpa atau bercakap dengannya. Dia tidak terbabit sebarang projek dengannya atau ada niat itu.
Dia terkejut dengan tuduhan tidak berasas dan khabar angin memfitnah itu yang bertujuan mencalar reputasi serta karier pelakon terbabit.” ujar beliau.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semalam Muhammad Haris Mohd. Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz baru menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua) dan menjadi antara salah seorang graduan pada Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antabangsa (UIAM) ke-38 yang diadakan di Dewan Utama, Pusat Aktiviti Kebudayaan UIAM.
Menariknya, sorakkan sang isteri iaitu Neelofa ketika PU Riz naik ke atas pentas sewaktu mengambil skrol ijazahnya menjadi perhatian.
“Hahaha, siapa suruh bawa bini datang konvo,”selorohnya berserta tanda pagar ‘suami muda kau ada’ yang dilihat sangat menarik .
Dalam pada itu, Neelofa turut meluahkan kesyukuran atas kejayaan suaminya kerana telah menamatkan pengajian.
Selain itu, Haris yang segak mengenakan jubah konvokesyen berwarna biru firus juga meluahkan kesyukuran kerana meraih segulung ijazah.
“Alhamdulillah,”ucap Haris ringkas dalam salah sebuah video yang dirakam Neelofa.
Untuk rekod, Haris juga pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 2012 selama setahun sahaja sebelum membuat keputusan untuk pulang ke tanah air ekoran pergolakan yang sedang hangat berlaku di negara berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi warganet yang tidak pernah lekang mengikuti perkembangan pelakon berkaliber, Nad Zainal, yang telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Terbaharu, keadaan pelakon naskhah popular Dendam Seorang Isteri itu kini beransur pulih selepas hampir sebulan dirawat di hospital tersebut.
Menurut laporan Kosmo!, perkhabaran baik itu dikongsikan pengarah dan penerbit terkenal tanah air, Shahrulezad Mohameddin yang lebih disapa Budak Ijat.
Katanya, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, sudah sedar dan tidak lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Untuk pengetahuan semua keadaan Nad sekarang sangat baik. Dia bukan lagi di ICU. Tidak lagi ditidurkan. Dia sudah sedar, boleh berbual dan bergelak ketawa.
“Malah dia juga boleh berjalan pergi ke toilet sendiri walaupun kami berpesan jangan, paru-parunya masin belum begitu kuat. Dia juga masih perlu berehat panjang demi kekuatan paru-paru akibat luka masa pendarahan tempoh hari,” ujarnya.
Dalam pada itu, pengarah drama Nur itu turut menjelaskan, dia memilih untuk tidak kerap berkongsi perkembangan semasa keadaan kesihatan Nad bagi menjaga perasaan ibu bapa pelakon drama Cina Buta itu selain dia dan rakan-rakan berbuat demikian bagi mengelakkan berita tidak sepatutnya disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sebelum ini, rakannya yang juga pelakon, Ungku Ismail memaklumkan keadaan Nad Zainal yang masih dalam pemulihan dan perlu banyak berehat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...