Kenapa Nuget & Sosej Tak Elok Untuk Ahli Sukan, Baca Penjelasan Pegawai Dietetik Ini

Share

Zaman remaja adalah usia aktif. Selain energi banyak, keinganan untuk tahu dan mencuba adalah sebab mengapa remaja sering dikaitkan dengan pelbagai perkara.

So bagi yang aktif bersukan, ini korang kena tahu terutama pada yang suka main bola sepak, kriket, bola baling dan sebagainya.

Ikuti saranan dari pegawai dietetik U 44, Puan Rafidah Othman dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) khusus untuk golongan remaja yang aktif bersukan.

Baca pandangan beliau tentang sukan kriket khususnya.

Sepang Rangers Cricket Club (SRCC) di bawah payung Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana

Kriket adalah sukan diceburi secara aktif oleh kanak-kanak seawal usia 8 tahun hingga remaja 18 tahun. Mereka bermain di bawah cuaca panas dan tempoh permainan juga panjang, antara 2-7 jam.

Kebiasaannya perlawanan akan melibatkan banyak pasukan dan dilakukan secara berterusan selama 4 ke 5 hari mengikut jadual yang telah ditetapkan. Adakalanya satu pasukan perlu bermain sebanyak 2 kali perlawanan dalam sehari iaitu pada sebelah pagi dan sebelah petangnya.

Sepang Rangers Cricket Club (SRCC) di bawah payung Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana ialah salah satu Program Rancangan Pembangunan Permainan Kriket yang akan dijadikan sebagai kebitaraan sekolah ini.

SRCC sudah didedahkan dengan sukan kriket dari awal

Kelab ini telah ditubuhkan pada Januari 2016 dan sehingga ini SRCC telah mempunyai seramai 40 orang pemain remaja seawal usia 8 tahun dan 2 orang guru pelatih iaitu Cikgu Mohd Izwan b Mohd Jowahar dan Cikgu Ahmad Junaidi b Abdullah. Kelab ini telah mendapat sokongan dan dorongan yang padu daripada Guru Besar SKTPP iaitu Puan Rohaidah bt Mohd Ali serta GPK Kokurikulum, En Shahrizal B Ya’am.

Cabaran besar ialah apabila pemain masih di dalam usia remaja kerana mereka masih mengalami proses tumbesaran. Lebih banyak tenaga dan protein diperlukan bagi memastikan kadar pertumbuhan mereka tidak terjejas.

Pegawai dietetik, Puan Rafidah Othman

Penjagaan pemakanan cukup penting untuk konsisten. Pemain disarankan mengambil makanan tambahan tinggi protein tetapi rendah karbohidrat dan lemak seperti telur rebus, ayam bakar, daging tanpa lemak serta hasil tenusu iaitu yogurt, susu dan keju semasa hari latihan biasa. Ini kerana pemain perlu membuat simpanan glikogen (glycogen storage) yang bakal digunakan sebagai tenaga simpanan semasa perlawanan nanti.

Sekiranya pemain tidak sempat makan 2 jam sebelum latihan, mereka masih boleh mengambil makan yang mudah dihadam serta pada kuantiti yang sedikit contohnya yogurt, buah seperti 1 biji pisang, epal atau oren beserta nutrition bar yang mengandungi protein dan sedikit serat.

Makanan yang mengandungi banyak lemak akan melambatkan proses penghadaman. Oleh itu elakkan mengambil snek yang kaya dengan lemak seperti kek, tart, nuget, sosej dan kuih bergoreng serta produk pastri yang mengandungi banyak lemak.

Pasukan Sepang Rangers Cricket Club banyak memenangi kejohanan kriket

Pada hari perlawanan, ambil makanan yang berkarbohidrat tinggi ialah minuman manis, coklat bar, buah-buahan dan juga minuman susu berperisa coklat atau strawberi.

Air perlu diminum dengan banyak dalam cuaca panas.  Tanda-tanda pemain mengalami kekurangan air di dalam badan ialah  air kencing berwarna pekat, kuantiti yang sedikit serta berasa pening, letih dan tidak bermaya.

Sepang Rangers Cricket Club telah melangkah semakin jauh walaupun mula bertatih pada awal tahun 2016. Kelab yang dianggap sebagai pendatang baru dunia kriket remaja telah mula menempa nama sebagai Juara di MSSD Sepang KATMO pada 20 – 21 September 2016, Juara MSSD Sepang U12 pada 2-4 Februari 2017,  Juara MSSD Sepang U11 pada 19 September 2017 dan tempat ketiga pada Selangor Cricket Association (SCA) U14 Interclub Tournament pada 21-24 September 2017 manakala salah seorang pemain kelab ini iaitu adik Muhammad Ashraf b Azmi telah menyertai pasukan kriket Selangor dan menjadi Juara pasukan di MSSM U12 tahun 2017. Beliau juga telah terpilih menjadi pemain terbaik di dalam kejohanan MSSM tersebut.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros