Kemenangan program realiti nyanyian, Big Stage musim kelima yang berpihak kepada penyanyi bersuara lantang, Nadeera Zaini semalam sememangnya telahpun diramalkan oleh ramai pihak.
Bak kata juri tetap program iaitu Ajai sendiri, kekuatan Nadeera terletak pada konsistensi dalam persembahan dan ternyata, semalam beliau telah melakukan yang terbaik bagi meletakkan dirinya di kedudukan ranking teratas.
ARTIKEL BERKAITAN: Juara Big Stage 2023 Jadi Milik Nadeera Zaini, Ramai Terkejut Putera Muhammad Sekadar Di Tangga Ketiga – REMAJA
Bagaimanapun, kejayaan tersebut tidak datang bergolek apabila Nadeera terpaksa berdepan banyak dugaan sepanjang 10 minggu pertandingan termasuklah isu diherdik kerana paras rupanya. Nadeera tidak terlepas daripada menjadi mangsa face shaming
dan menurutnya, isu tersebut bertambah perit apabila memasuki minggu ketiga.“Ia terjadi bila saya sedang melihat handphone. Saya memang tidak mahu baca komen selepas saya dikecam teruk (mengenai imej) pada minggu ketiga, ketika persembahan Rahmatulil Al Amin. Balik ke rumah pada minggu itu, saya hanya lihat gambar-gambar saya saja tanpa melihat bahagian komen.
“Sekali, notifikasi saya terkeluar dan ia berbunyi, ‘Muka itu macam b*b*.” Mak ayah saya adalah info pertama saya setiap kali perkara sebegini terjadi. Ia hanya akan membuatkan saya sedih dan down; oleh itu saya enggan membaca komen,” katanya dalam nada kesal.
“Saya pantang kalau orang bergurau mengenai soal rupa kerana bagi saya itu Allah SWT yang cipta. Jadi saya ingin bertanya semula kepada anda semua yang berkata begitu kepada saya, kalaulah ia terjadi kepada ahli keluarga anda atau diri anda sendiri, macam mana perasaan anda?” ulasnya.
Bercakap lanjut mengenai persembahan mantapnya menerusi lagu Never Enough dan persembahan duet bersama Waode menerusi mesh-up lagu Gundah dan Semalam; Nadeera mengakui dirinya dilanda sedikit emosi ketika persembahan solo. Namun dia bangkit semula untuk ‘bertarung’ dengan Waode lantas membuktikan dirinya layak bergelar juara.
“Saya sebenarnya hampir menangis juga. Lagu Never Enough ini adalah tentang diri dan perjuangan saya. Saya tidak pernah puas menyanyi dan sentiasa ingin menonjolkan bakat yang Allah SWT telah berikan pada saya.”
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Nak ‘Babap’ Siapa Cakap Awak Tak Cantik!” Nadeera Zaini Sebak Dengar Teguran Ajai – REMAJA
Nadeera turut sempat menghubungi keluarganya sejurus Big Stage musim kelima melabuhkan tirai semalam. Ujarnya, mereka cukup berbangga dengan kejayaan ini. Hanya mereka yang tahu tentang kesusahan dan struggle
Nadeera sepanjang bergelar anak seni..“Selama ini orang tindas, orang tipu, ada masalah kewangan pula, bekerja pun di lounge hotel untuk mencari duit makan. Ini adalah hasil titik peluh saya selama ini. Tangisan saya, marah saya telah menghasilkan trofi kemenangan ini,” simpulnya.
Tahniah sekali lagi REMAJA ucapkan kepada juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.