Kenapa Orang Obese Susah Nak Rasa Kenyang?

Share

Masalah yang selalu dihadapi oleh individu yang mempunyai berat badan berlebihan ini adalah bila selalu sangat rasa lapar dan susah nak kenyang.

Perkara-perkara macam ni berlaku mesti ada sebab kan?

Kalau nak tahu, kena dengar jawapan daripada yang pakar. Jom kit abaca kupasan yang telah dibuat oleh laman sesawang Root of Science ini.

Pertama sekali yang perlu korang tahu adalah dalam badan manusia mempunyai dua jenis hormon yang mengawal aktiviti pemakanan. Ia juga berfungsi untuk mengawal berat badan. Hormon-hormon tersebut adalah Ghrelin yang menyebabkan kelaparan dan Leptin pula menyebabkan kekenyangan.

Gherlin

Majoriti hormon ghrelin dihasilkan oleh sel-sel yang terdapat pada perut. Apabila perut korang kosong, sel-sel ini akan menghasilkan hormon gherlin dan membuatkan korang berasa lapar.

Apabila dinding perut direnggangkan dengan adanya makanan dalam perut, maka sel-sel tersebut akan kurang menghasilkan hormon ghrelin membuatkan rasa lapar berkurangan.

Hormon ini juga mengaktifkan cholinergic-dopamninergic reward link yang bersambung dengan kawasan mesolimbic di bahagian otak. Bahagian mesolimbic inilah perasaan ‘puas’ dihasilkan, iaitu puas dapat makan.

Untuk korang lebih faham, jika perut kita kosong, maka hormon ghrelin ni akan terhasil. Jadi, masa inilah yang korang akan rasa lapar. Bila dah lapar, mulalah nak makan yang sedap-sedap. Contohnya, nak minum minuman manis dan makan yang sedap-sedap sampai tak ingat dunia.

Bila dah dapat makan apa yang kita nak tu, maka mesolimbic pathway

akan diaktifkan. Dopamine dilepaskan dan kita akan rasa puas dengan makanan yang dimakan tadi.

Hormon ini juga telah dibuktikan di dalam makmal bahawa ia mampu merencatkan penghasilan cholesterol plaque dalam saluran darah dengan bertindak sebagai ejen yang melawan keradangan (anti-inflammatory).

Salah satu cara nak naikkan hormon ni adalah dengan berpuasa.

Leptin

Leptin pula merupakan hormon yang dihasilkan oleh sel adipose iaitu sel yang bertindak untuk menyimpan lemak.

Hal ini terjadi bila seseorang itu makan, jumlah gula dalam darah akan meningkat. Gula ini akan dimasukkan ke dalam sel adipose dan menyebabkan sel itu menghasilkan hormon leptin.

Leptin pula akan bertindak pada reseptor yang sama dengan ghrelin di hypothalamus dan menghasilkan perasaan kenyang.

So, apa berlaku kalau korang obese?

Bagi individu yang mengalami masalah obesiti, leptin tidak dapat berfungsi dengan baik. Keadaan ini dinamakan sebagai leptin resistance

atau lebih mudah korang nak faham, hormon leptin ni tak akan bagi rasa kenyang pada mereka yang obese.

Oleh itu, hormon ghrelin berfungsi lebih efektif berbanding leptin walaupun dalam jumlah yang sikit. Oleh tu, korang jangan pelik kalau nampak mereka ni makan tak henti-henti dengan jumlah yang banyak. Ini disebabkan oleh leptin resistance yang akhirnya tak boleh memberikan perasaan kenyang yang cukup untuk mereka.

Al-kisahnya sebab itu rupanya kita ni susah sangat nak berhenti makan eh? Hiks!

Published by
Noor Ain Norman