Kenapa Orang Perempuan Rasa “Macam Gemuk” Time Nak Period? Doktor Jelaskan Sebabnya

Share

Admin memang perasan hal ini iaitu terasa tubuh “gemuk” ketika nak datang haid. Tubuh terasa bengkak sedikit tapi kemudian susut kembali.

Kalau korang ada perasan yang sama, baca perkongsian ditulis oleh Dr Khairul Faizie yang menerangkan kenapa tubuh menjadi “gemuk” sekejap sebelum kembali normal semasa nak datang haid.

Baca perkongsiannya.

Itu luahan patient aku minggu lepas. Dia datang sebab senggugut, dan mengadu badan ‘macam gemuk’ bila period.

Jawapannya: Bukan macam, memang gemuk pun. Haha. Tapi jangan risau, gemuk sikit, bukan banyak.
Dan gemuknya boleh dibuang cepat, sebab yang menyumbang kepada gemuk  (tambah berat badan) masa period ialah pengumpulan air dalam badan ( water retention).

Bila dah nak dekat period, hormon estrogen akan memuncak naik. Kesan kenaikan estrogen inilah yang menyebabkan body wanita kumpul air  dan menyebabkan rasa bloated.

Kesan estrogen ni akan hilang sebaik sahaja anda period. Level estrogen akan turun dan water retention berkurangan.

Air yang berkumpul tu akan berkumpul di breast, kawasan sekitar abdomen dan hujung-hujung kaki / tangan. So ini yang buat anda rasa gemuk. Tapi memang bertambah berat pun, berat air.

Saintis kata as much as 5 pounds pun boleh.

Kalau “layan makan” time period, sendiri mau ingatlah bentuk badan nanti bagaimana

Tapi awas, kesan ‘rasa gemuk’ yang mudah hilang (sebab ia hanya water weight), boleh jadi kekal / susah dihilangkan ( extra berat), jika anda ‘melayani craving anda masa period’.

Memang masa period wanita akan ada craving. Ini disebabkan hormon progesterone yang meningkat sebelum period tiba. Hormon progesterone merangsang selera.

Dan seperti yang disebut, bila anda mula je period, level hormon estrogen akan mula menurun. Estrogen ni dia pula control rembesan hormon serotonin. So bila level estrogen low, serotonin pun, low.

Low serotonin merangsang craving kepada makanan bergula (carbohydrate). Sebab secara fitrahnya, carbohydrate diperlukan oleh badan untuk menghasilkan serotonin.

Perubahan hormon ni yang menyebabkan anda craving nak makan high carb (sugary ) foods macam coklat, ice cream. Jika diamalkan setiap kali period, maka jangan terperanjat la memang betul-betul jadi gemuk…Haha.

So, cara yang disaran untuk atasi craving high carb foods ini ialah banyakkan minum PLAIN water, ambik lean protein. Memang akan jadi malas / rasa malas nak bersenam bila period, tetapi bersenam at least sedikit masa period membantu buang water retention ( menerusi peluh) dan hormon endorphin yang keluar masa bersenam tu, membantu mengurangkan rasa cramp /period pain.

Wanita ada pelbagai keistimewaan tau

Kesimpulannya:

– Wanita ini unik. Di beri keistimewaan boleh ada alasan berat badan bertambah, tak macam lelaki…Hahaha.
– Berat naik sebab period.
– Berat naik sebab pregnant.
– Berat naik lepas bersalin.
– Berat naik menyusukan anak.
– Berat naik takde masa nak bersenam sibuk uruskan rumahtangga.
– Berat naik sebab stress masalah kerja / boyfriend so makan untuk hilang stress.

Pendek kata: Wanita sentiasa menang & ada alasan untuk justify perubahan mereka. Hahaha.

Lelaki jadi gemuk takleh salahkan hormon. Lelaki boncit teruk sebab kuat minum alkohol. Lelaki gemuk berat badan naik sebab stamina makin hilang kuat hisap rokok lepak mamak. So ada nampak faktor hormon? Takda! Habit kuat minum alkohol, merokok & lepak mamak ( makan makan makan) tu yang bersalah.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros