Sama ada kita perasan atau tidak, payudara yang merupakan aset bagi wanita sebenarnya tidak sama ukurannya. Sebelah kiri di katakan lebih besar berbanding sebelah kanan.
Jika wanita merasakan payudara mereka sama saiznya, pendapat ini dilihat dari sudut sains dan bagaimana penjelasan mengenainya dilakukan.
Menurut Pengarah Minimally Invasive Gynecology di Universiti Of Illinois, Dr Jessica A Shepard sebenarnya terdapat beberapa perbahasan mengenai ukuran payudara yang berbeza antara kiri dan kanan.
“Salah satu teorinya adalah berkaitan dengan faktor hormon. Ukuran payudara akan mula terbentuk ketika seorang gadis mencapai akil balighnya iaitu didatangi haid. Dalam proses ini, payudara akan mula tumbuh dan lebih ketara penonjolannya berbanding tingkat estrogen dibandingkan dengan lain,”katanya.
Dalam satu kajian di Turki juga menunjukkan tubuh sebelah kiri umumnya lebih tinggi rasa sensitiviti dan imunitinya. Hal ini kemudiannya akan mempengaruhi hormon terutama hormon estrogen yang memainkan peranan penting untuk pertumbuhan payudara.
“Selain itu, teori lain menyebut bahawa payudara sebelah kiri lebih besar dari belah kanan kerana di sebelah kiri terletak dekat jantung yang mempunyai banyak pembuluh darah, urat nadi dan lapisan lemak yang melindungi jantung.
Sementara itu seorang pakar bedah plastik dari Kota Grand Rapids, Michigan, Bradley Bengtson, juga mengakui payudara tidak simetri.
“Kata Profesor yang pernah mengajar saya, payudara bukan kembar, keduanya bagaikan bersaudara. Inilah yang selalu saya maklumkan kepada pesakit,”katanya lagi.
Dalam pada itu, jika payudara anda besar sebelah atau ketara perubahannya jangan risau ya kerana ia bukan petanda anda berpenyakit.
Cuma jika ada benjolan di payudara, itulah yang perlu dirisaukan kerana benjolan ini biasanya boleh dirasai termasuk di bawah lengan, kata Shepard.