
Baru-baru ini, kumpulan Triadic Studio telah dipilih sebagai pemenang Best Publisher bagi pertandingan KidLit Wonderland Children E-Book Fair anjuran pelajar semester 4 Diploma Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Melaka.
Selain meluahkan rasa syukur dan bangga kerana berjaya memenangi kategori Best Publisher, pelajar dari kumpulan Triadic Studio yang menerbitkan buku Solat ini juga berkongsi beberapa cabaran semasa proses menyiapkan buku tersebut.
“Antara cabaran yang kami hadapi adalah nak cipta karakter ‘Abdullah’ dan kekalkan muka komik itu agar sama sahaja tetapi dengan lain-lain baju”
“Selain itu, keterbatasan internet Wi-Fi juga menjadi satu cabaran sebab dekat kolej internet tak laju dan awalnya kami buat guna aplikasi Canva tapi sebab ada masalah teknikal. Kami boleh trace semula dan guna dalam Adobe Illustrator” – Muhammad Thaqif Uzir
Antara sumber yang menjadi inspirasi kepada kumpulan Triadic Studio adalah kehidupan sebagai seorang yang beragama Islam. Mereka menjelaskan, persoalan ‘Kenapa kita perlu solat dalam hidup?’ antara yang menjadi penyumbang kepada penerbitan buku ini.
Jelas mereka lagi, buku ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak. Malah orang dewasa juga boleh membaca buku ini bagi mendapatkan inspirasi dan motivasi bagi mengerjakan solat.
“Bila fikir balik, mungkin kita semua pernah alami situasi dimana kita tertanya-tanya dalam fasa hidup kita sekarang. Kenapa kita perlu solat semua itu dan kami rasa lebih mudah untuk kami jelaskan dalam buku Solat”
“Walaupun ia buku kanak-kanak, tapi orang dewasa juga boleh dapat kefahaman yang lebih baik melalui buku ini”
Dalam pada itu, kos bagi penerbitan buku Solat ini juga pada awalnya adalah dalam RM100 sahaja tetapi bila ada penambahbaikan, kos keseluruhan termasuk booth untuk pertandingan pada Rabu lalu adalah lebih kurang RM200.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mengaplikasikan Konsep DIY! FluffyBuffy Publication dan Twinkle Publication Raih Juara! #RemajaONROAD

Pada 12 Jun, kumpulan FluffyBuffy Publication memenangi anugerah untuk Best Children Digital Book dengan karya mereka, “Shasha dan Dodo”, sementara Twinkle Publication menarik perhatian dengan menang anugerah untuk Best Booth dengan karya “Gigi Lili Sihat” untuk pertandingan KidLit Wonderland Children E-Book Fair anjuran pelajar semester 4 Diploma Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Melaka.
Bagi FluffyBuffy Publication, kemenangan mereka datang sebagai satu kejutan. Menurut illustrator kumpulan itu, Nur Fitrianiza, mereka tidak menyangka untuk menang dalam kategori Best Children Digital Book kerana mereka telah bersedia untuk menerima kekalahan.
Katanya, “Kumpulan lain nampak gempak tapi kami punya kumpulan hanya guna sketch sendiri sahaja. Tengok orang lain guna AI, tapi kami 100% lukis semua karakter dan kami rasa lukisan kami nampak sangat immature punya lukisan”
“Bagi yang guna AI semua nampak cantik dan lawa sangat karakter mereka! Waktu itu, kami terus rasa macam tiada harapan”
Selain itu, sebagai pelukis atau illustrator, Fitrianiza mendedahkan bahawa salah satu cabaran terbesar adalah untuk memastikan bahawa karakter yang mereka gambarkan konsisten dengan imej yang diinginkan oleh penulis.
“Cabaran waktu lukis adalah bila penulis kami nak reference few karakter yang dibayangkan dari segi warna, muka dan sebagainya mengikut inspirasi cerita yang nak disampaikan dalam buku”
“Untuk karakter anjing, Dodo sangat susah sebab kita ingat dah lukis nampak macam anjing pada awalnya tapi tiba-tiba karakter tu nampak macam kucing. Sebab lukis guna tangan menggunakan tablet secara menyeluruh, jadi waktu melukis kadang-kadang ia jadi lari sikit”
Sementara itu, Twinkle Publication mengalami cabaran yang berbeza dalam menyiapkan booth mereka dengan tajuk buku “Gigi Lili Sihat”. Walaupun menghadapi pelbagai masalah seperti angin kencang, papan jatuh, dan perbelanjaan yang terbatas, namun semangat mereka membuahkan hasil dengan memenangi kategori Best Booth.
Diinspirasikan dari aplikasi Pinterest, Twinkle Publication menggunakan kreativiti do it yourself (DIY) setiap ahli mereka dengan menghasilkan booth yang menarik sehingga gigi yang akan diperagakan semasa pertandingan juga dibuat sendiri.
Farah Nabila berkata, “kami terkejut memenangi Best Booth itu sendiri sebab kami tengok booth kami memang banyak sangat kekurangan sebab angin kuat, papan jatuhnya, dengan barang ada tak ada, nak beli tiba-tiba mahal dan sebagainya tapi alhamdulilah kami dapat juga menang”
“Bajet RM200 dan sebenarnya kalau ikutkan bajet kami terlalu banyak tapi sebab kami banyak gunakan DIY, inspirasi booth adalah dari Pinterest”
Menurut Farah, bagi buku “Gigi Lili Sihat”, mereka fokus kepada satu karakter utama, Lili, yang sentiasa ceria dan teruja untuk memberus gigi. Ini adalah langkah yang bijak untuk menarik minat kanak-kanak ke arah kebersihan gigi, sesuatu yang penting namun sering kali diabaikan.
“Ada dua kumpulan yang buat tentang gigi, kelainan kumpulan kami adalah kami mahu galakkan kanak-kanak untuk memberus gigi dan apa kepentingan memberus gigi selain kenapa perlu berus gigi”
“Selain itu, kami juga cuba menarik kanak-kanak dengan muka karakter Lili yang ceria, mata bulat dan sentiasa nampak teruja untuk memberus gigi supaya mereka senang seronok ketika memberus gigi. Untuk kumpulan lagi satu yang buat tema gigi, mereka lebih fokus kepada cara memberus gigi dengan betul,” jelasnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Remaja On Road Kembali Sekali Lagi Terjah UPM! Safwan Nazri Kongsi Tip Kekal Fit, Chef Zam Kamal Siap Kongsi Menu Sihat & Mudah Guna KEWPIE

Terbaru, kempen Remaja On Road yang dibawakan khas oleh REMAJA dan jenama terkenal, Kewpie kembali memeriahkan suasana Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 16 April, semalam.
Menariknya, kali ini REMAJA memilih Fakulti Komunikasi & Bahasa Moden, UPM Serdang sebagai lokasi pilihan untuk menjayakan siri inspirasi buat para pelajar universiti.
Antara pengisian utama yang mencuri tumpuan Remaja Youth Talk kali kedua ini bertemakan ‘Refresh & Reflect: To Stay Fit & Healthy In My Busy Schedule’ bersama kehadiran barisan panelis hebat dari industri hiburan dan kulinari.
Chef selebriti dan pempengaruh, Chef Zam Kamal, serta pelakon dan podcaster berbakat, Safwan Nazri turut tampil berkongsi pandangan dan pengalaman mereka tentang kepentingan membentuk tabiat sihat walaupun sibuk dalam kehidupan seharian.
Sesi perkongsian ini dikendalikan dengan suasana mesra dan santai pengacara televisyen meningkat naik, Irfan Syahmi yang turut bertindak sebagai moderator.
Bercakap mengenai perbincangan tema topik ‘Refresh & Reflect: To Stay Fit & Healthy In My Busy Schedule’, menurut Safwan, beliau tidak terlalu menjaga gaya hidup sihat sepanjang masa tetapi disebabkan sibuk dengan pelbagai aktiviti, ia sedikit sebanyak membantu diri untuk kekal sihat.
“Jujur saya cakap, bagi siapa yang mengenali saya, saya adalah seorang yang kuat makan. Kalau cakap nak stay healthy itu mungkin kurang tapi disebabkan jadual saya. Saya anggap itu yang buatkan saya sangat ‘fit’,” kata Safwan.
“Saya aktif dalam sukan seperti pergi gym, main pickleball, badminton. Jadi sifat fit itu macam dah tolong cover sikit gaya hidup sihat itu. Kalau nak ikut cara saya makan memang tak sihat sebab saya sekarang sudah bulat sangat,” jelas Safwan yang terkenal sebagai hos podcast Sembang Seram.
Dalam pada itu, semasa sesi soal jawab bersama pelajar, Safwan teruja dengan pertanyaan salah seorang pelajar yang khawatir mengenai berat badan dan stamina terkini.
“Muda lagi tapi dah fikir tentang berat badan.Bagus! Sebab tidak semua orang ada mentaliti macam ini”
Menurut Safwan, setiap pelajar perlu ada pemikiran untuk sentiasa tampil sihat dan bersemangat pada setiap masa kerana ia bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga akan mempengaruhi kerjaya pada masa akan datang.
“Kalau awak pointer bagus, belajar cemerlang. Kekalkan! Tapi kalau bina kerjaya nanti, kadang-kadang ada bos mahu pekerja yang kelihatan lebih sihat. Jadi tak salah kalau korang tampil dengan badan tidak berisi,” ujar Safwan.
Seterusnya antara segmen paling ditunggu-tunggu iaitu #SelfLoveCamp bersama Chef Zam Kamal. Dalam sesi ini, Chef menunjukkan demonstrasi penyediaan menu sihat dan mudah disediakan iaitu ‘Mayo Chick Lemon Wrap’ menggunakan produk jenama terkenal daripada Jepun, Kewpie.
Paling menyeronokkan seramai lima orang pelajar bertuah diberi peluang untuk terlibat naik ke pentas dan turut serta menyediakan hidangan bersama Chef.
“Bagi saya produk Kewpie ini memang bagus dan sesuai untuk para pelajar sebab produk ini tidak mengandungi bahan tambahan MSG,” kata Chef Zam semasa sesi demonstrasi penyediaan makanan sihat.
“Dalam makanan yang kita sediakan kali ini, memang cukup khasiat sebab ada fiber, protein dan karbohidrat. Cukup sihat untuk semua orang makan tetapi ingat pastikan ia disediakan mengikut porsi yang sesuai dan berpatutan,” nasihatnya.
Sempat mengingatkan para pelajar, Chef Zam yang juga pempengaruh media sosial turut berkongsi fakta bahawa golongan wanita khususnya perlu mengkongsumsi pengambilan sayur dengan lebih banyak kerana ia sesuai keseimbangan kesihatan tubuh badan.
Alang-alang menyeluk pekasam, meh REMAJA kongsi dengan korang bahan dan cara penyediaan menu yang disediakan oleh Chef Zam:
Bahan-Bahan Wrap:
- 8 keping roti jenis wrap
- 1 bahagian dada ayam yang telah dibakar (Cef sediakan lebih awal di rumah dengan memerap ayam bersama KEWPIE Mayonnaise dan KEWPIE Sesame Dressing).
Bahan Perapan:
- 2 sudu KEWPIE Mayonnaise
- 1 sudu sos tiram
iii. 2 biji bawang putih
Kesemuanya dibakar menggunakan air fryer selama 8 ke 10 minit pada suhu 160 Celsius.
Bahan-Bahan Salad:
- Kubis ungu
- Daun salad
- Timun
- Lobak
- KEWPIE Sesame Dressing
Bahan-Bahan Sos Lemon Mayo:
- Setengah cawan KEWPIE Mayonnaise
- 1 sudu sos tomato
- 1 sudu jus lemon
Cara Penyediaan:
- Potong dada ayam dan salutkan bersama KEWPIE Sesame Dressing. Untuk pengetahuan, KEWPIE Sesame Dressing tidak mengandungi sebarang bahan MSG dan dijamin 100% Halal. Chef gunakan bahan ini kerana ia mempunyai tekstur ‘dressing’ yang berkrim dengan perisa kekacang atau nutty flavor.
- Untuk salad, campurkan kesemua bahan dan perasa bersama sedikit lada hitam. Kalau nak sediakan salad kosong seperti ini tanpa wrap atau ayam, korang boleh juga gunakan KEWPIE Sesame Dressing.
- Untuk sos, campurkan kesemua, kacau dan parutkan sedikit kulit buah lemon. Kalau nak tahu, KEWPIE Mayonnaise Japanese Style ini adalah mayonnaise yang diminati di Jepun sejak 1925 lagi. Produk yang dijamin 100% Halal dan mengandungi kandungan protein tertinggi di antara produk KEWPIE. Selain untuk menu sandwich atau burritos ini, anda juga boleh menggunakan KEWPIE Mayonnaise ini untuk menyediakan salad atau dijadikan sos cicah.
- Letakkan sos ke atas wrap dan isi wrap dengan dada ayam sebelum gulung mengikut kreativiti.
Sekadar info, Remaja On Road merupakan sebuah inisiatif khas daripada Majalah REMAJA untuk mendekati golongan pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Program ini mengetengahkan aktiviti-aktiviti menarik seperti Youth Talk, Beauty Camp dan Remaja Talent Casting dalam suasana yang santai, penuh ilmu dan inspirasi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘Bayi Ajaib’ Yang Hampir Jadi Mangsa Tsunami 20 Tahun Lalu Kini Bergelar Mahasiswi Perakaunan USM

Peristiwa ombak tsunami yang menghempas persisir pantai di Pulau Pinang 20 tahun lalu masih jelas dalam ingatan ibu bapa kepada seorang remaja yang terselamat daripada menjadi mangsa korban bencana.
Pasangan yang dikenali sebagai A. Suppiah dan L. Annalmary itu masih terkenangkan peristiwa mendebarkan di mana bayi mereka, S. Thulaashi yang pada waktu itu baru berusia 22 hari telah dihanyutkan ombak di Pantai Miami, Tanjung Bungah.
Gelombang ombak pertama dari Sumater ke Pulau Pinang dengan kelajuan 800 kilometer sejam telah ‘menarik’ Thulaashi yang nyenyak tidur di atas tilam di kafe keluarganya yang terletak berhampiran pantai.
Tidak lama kemudian, gelombang ombak kedua pula melanda Pulau Pinang dan ia telah ‘menghantar’ bayi itu semula ke kawasan pantai dengan selamat. Peristiwa tersebut hangat diperkatakan oleh media tempatan ketika itu sehingga menjadikan Thulaashi dikenali sebagai ‘Tsunami Miracle Baby’. Menariknya sepanjang kejadian itu, Thulaashi kekal tidur di atas tilamnya.

Memetik laporan BERNAMA yang kembali menemui pasangan tersebut sempena ulang tahun bencana tsunami pada 26 Disember semalam, pasangan itu mengimbau semula bagaimana kedua-dua gelombang ombak itu berlaku selang 40 minit sahaja.
Ketika gelombang pertama datang, air di dalam bilik tempat Thulaashi tidur mencecah paras leher dan mereka cuba mencarinya.
40 minit kemudian ketika pasangan itu masih berusaha mencarinya, seorang lelaki Indonesia yang bekerja di sebuah tapak pembinaan tidak jauh dari situ berkata bayi mereka telah terdampar di atas tilamnya di pantai berhampiran.

Terkini, Thulaasi sudahpun berusia 20 tahun dan bergelar mahasiswa jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perakaunan di Universiti Sains Malaysia (USM).
Manakala, A. Suppiah dan L. Annalmary sehingga kini masih mengusahakan kafe mereka di Pantai Miami, Tanjung Bungah. Sekali-sekala, Thulaasi akan pulang ke kafe yang menyimpan seribu satu memori itu untuk membantu keluarga.
Saban tahun ketika ulang tahun bencana tsunami, keluarga mereka akan mengadakan upacara sembahyang di persisir pantai dan amalan tradisi itu katanya akan terus dilakukan mereka sebagai tanda kesyukuran atas keajaiban yang berlaku.

BACA: Ibarat Berada Dalam Taman Syurga, ‘Masjid Tsunami’ Banda Aceh Kini Jauh Berbeza – Remaja
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.