Inpirasi

‘Kenapa Perlu Solat Dalam Hidup?’ Jadi Inspirasi! Triadic Studio Menang Sebagai Best Publisher! #RemajaONROAD

Share

Baru-baru ini, kumpulan Triadic Studio telah dipilih sebagai pemenang Best Publisher bagi pertandingan KidLit Wonderland Children E-Book Fair anjuran pelajar semester 4 Diploma Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Melaka.

Selain meluahkan rasa syukur dan bangga kerana berjaya memenangi kategori Best Publisher, pelajar dari kumpulan Triadic Studio yang menerbitkan buku Solat ini juga berkongsi beberapa cabaran semasa proses menyiapkan buku tersebut.

“Antara cabaran yang kami hadapi adalah nak cipta karakter ‘Abdullah’ dan kekalkan muka komik itu agar sama sahaja tetapi dengan lain-lain baju”

“Selain itu, keterbatasan internet Wi-Fi juga menjadi satu cabaran sebab dekat kolej internet tak laju dan awalnya kami buat guna aplikasi Canva tapi sebab ada masalah teknikal. Kami boleh trace semula dan guna dalam Adobe Illustrator” – Muhammad Thaqif Uzir

Antara sumber yang menjadi inspirasi kepada kumpulan Triadic Studio adalah kehidupan sebagai seorang yang beragama Islam. Mereka menjelaskan, persoalan ‘Kenapa kita perlu solat dalam hidup?’ antara yang menjadi penyumbang kepada penerbitan buku ini.

Jelas mereka lagi, buku ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak. Malah orang dewasa juga boleh membaca buku ini bagi mendapatkan inspirasi dan motivasi bagi mengerjakan solat.

“Bila fikir balik, mungkin kita semua pernah alami situasi dimana kita tertanya-tanya dalam fasa hidup kita sekarang. Kenapa kita perlu solat semua itu dan kami rasa lebih mudah untuk kami jelaskan dalam buku Solat” 

“Walaupun ia buku kanak-kanak, tapi orang dewasa juga boleh dapat kefahaman yang lebih baik melalui buku ini”

Dalam pada itu, kos bagi penerbitan buku Solat ini juga pada awalnya adalah dalam RM100 sahaja tetapi bila ada penambahbaikan, kos keseluruhan termasuk

booth untuk pertandingan pada Rabu lalu adalah lebih kurang RM200.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE