“Kenapa Saya Yang Dipersalahkan?” – Yana Samsudin Nafi Punca Jatuhkan Pasu RM400,000 Milik Aliff Syukri

Share

Tular baru-baru ini di media sosial apabila usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik satu klip video memaparkan pergaduhan antara dirinya membabitkan pasangan selebriti Yana Samsudin dan Fadzil Fariz.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri Kembali Buat Hal, Kongsi Sedutan Klip Video Muzik Lagu Raya Terbaru

Situasi huru-hara dan kecoh itu makin merisaukan apabila anak kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi itu mula menaikkan suara dan menggesa pasangan selebriti itu mengganti pasu yang bernilai RM400,00 tersebut.

Memetik laporan Berita Harian, Yana Samsudin mendedahkan bahawa insiden yang tular itu bukanlah satu gimik ataupun kontroversi murahan sebaliknya, ia merupakan kejadian yang benar.

Penjelasan dan permohonan minta maaf dari penerbit rancangan tersebut, Aliff Farhan

Pihak media turut difahamkan bahawa insiden tersebut berlaku ketika pelakon Adnan Sempit itu sedang mengacarakan satu program terbitan Astro sekitar dua minggu yang lalu.

“Apa yang berlaku bukan lakonan atau kontroversi murahan seperti sangkaan ramai, sebaliknya insiden pergaduhan ini memang berlaku.

Saya dan suami, Fadzil Zahari tak sangka video ini tular selepas dua minggu insiden berlalu. Kami terkejut kerana percaya produser, Alif Farhan sudah menyelesaikan isu ini dengan Aliff memandangkan kejadian berlaku ketika rakaman.

Produser beritahu akan bertanggungjawab dan menyelesaikannya. Namun, sebaliknya video pergaduhan tular dan Aliff menuntut saya membayar ganti rugi bernilai RM400,000, jika tidak berdepan tindakan saman. Jujurnya, saya tidak gentar dengan gertakan Aliff. Kerana prinsip saya, berani kerana benar,” ujar beliau.

Perkongsian video klip yang dimuatnaik oleh Yana turut menegaskan bahawa dia tidak bersalah dalam hal tersebut.  

Pelakon kelahiran negeri Johor itu turut menyatakan bahawa ketika dia ingin menjalankan tugas sebagai pengacara dengan menemubual Aliff, usahawan berkenaan memintanya untuk memegang pasu serta beberapa barangan berharga yang lain namun, ditolaknya.

“Ketika itulah Aliff mula menunjukkan barangan rumah termasuk set pinggan mangkuk jenama dan pasu mahal dimiliki. Pasu terletak dalam almari dan memiliki sijil, jadi saya memang tahu pasu ini barangan berharga dan takkan berani menyentuhnya.

Aliff memegang pasu dan tunjuk kepada saya. Dia suruh saya pegang pasu, tetapi saya tak nak sentuh. Masa nak berikan pasu, saya tak sambut. Ketika itulah pasu terlepas daripada genggamannya dan terjatuh.

Saya pelik kenapa barangan berharga nak suruh saya sentuh. Saya takut. Jadi, tuduhan saya pecahkan pasu seperti tidak masuk akal, sedangkan saya tak sentuh pun.

Aliff marah sebab saya tak sambut pasu. Dia yang hempas pasu, saya pula dipersalahkan,” terang beliau kepada Berita Harian.

Peminat kepada pelakon itu turut memberi kata-kata sokongan kepadanya menerusi media sosial agar terus mempertahankan kebenaran yang terjadi.

BACA LAGI: “Bersyukur Sangat..” 6 Tahun Cedok Pengalaman Sebagai Model Hijabi, Qasrina Karim Capai Tuah Pada 2023 – REMAJA

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IHSAN FOTO: Akaun Instagram Yana Samsudin, Aliff Farhan dan Datuk Seri Aliff Syukri

Published by
Adriana Syaurah