Kematian enam anggota bomba dari Unit Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor serentak dalam satu operasi menyelamat seorang pelajar lemas di lombong Putra Perdana, Puchong dua hari lalu membuat Malaysia berduka. Dikhabarkan semua balai bomba seluruh Malaysia sudah mendapat keizinan dari Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia untuk menurunkan separuh tiang sebagai tanda berkabung selama tiga hari bermula hari ini sehingga Ahad.
Semalam, jenazah lima anggota bomba iaitu Mohd Fatah Hashim, Izatul Akma Wan Ibrahim, Adnan Othman, Muhammad Hifdzul Malik bin Saari dan Mazlan Omarbaki sudah selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing.
Mohd Fatah dikebumikan di Kampung Baru Beserah, Kuantan, Izatul Akma di Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang, Kelantan, Mazlan di Taman Ria, Tawau, Adnan di Lukut Port Dickson dan Muhammad Hifdzul dibawa balik ke Kampung Kubang Terap, Pasir Mas, Kelantan.
Sumber Bomba memaklumkan, pagi ini, jenazah seorang lagi anggota bomba yang berasal dari Kampung Tian, Matu, Mukah iaitu Yahya bin Ali yang masih bujang (ketika berita ini ditulis) masih dalam perjalanan menuju ke kampung halamannya.
Ini kerana penerbangan membawa jenazahnya hanya ada pagi ini iaitu jam 8.30 pagi tadi. Difahamkan, selepas tiba di lapangan terbang, van yang membawa jenazahnya perlu menempuh perjalanan darat sejauh dua jam lagi sebelum perlu dibawa menaiki feri kerana lokasinya agak pendalaman.
Berita kematian serentak ini merupakan satu tragedi sejak penubuhan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Ads
Di sebalik ramai yang hiba, ada juga pelbagai versi timbul termasuk ada yang bertanya mengapa semasa operasi menyelamat ini kesemua anggota tidak memakai tangki oksigen?.
Bagi menjelaskan isu ini, Ketua Pengarah Bomba Malaysia, Mohammad Hamdan bin Haji Wahid berkata, berdasarkan siasatan awal bomba kesemua anggota ini sudah mematuhi sop yang digunakan pakai.
“Mereka tidak memakai tangki oksigen seperti selam skuba kerana ketika kejadian, anggota baru hendak melakukan teknik surface (tinjauan dari permukaan sahaja). Kedalaman air dianggarkan paras dada sahaja.
“Tak timbul cakap-cakap kenapa tak pakai topeng oksigen kerana kesemua baru hendak melakukan teknik selam di permukaan. Tapi saya difahamkan, seorang dari anggota tergelincir ketika memijak batu dan tertarik rakan yang lain. Usaha menyelamat cuba dilakukan tetapi gagal kerana anggota sudah terbelit antara satu sama lain kerana terdapat pusaran air di bawah empangan tersebut.
Ads
“Sebab itulah timbul video yang viral ini melihat sebahagian anggota bomba terkapai-kapai di dalam air,” katanya ketika ditemui.
Ads
Dalam pada itu Mohammad Hamdan turut menjelaskan isu menyelam di waktu malam kerana menurutnya anggota kebiasaannya akan mengikut peraturan ditetapkan.
“Kita tak pernah tetapkan waktu malam sebagai tidak boleh menyelamatkan. Jika kita merasakan perlu dilakukan, kita akan lakukan. Tapi dengan kejadian sebegini, kita akan menambahbaik peraturan demi keselamatan anggota bertugas.
Jadi pada para netizen yang bertanya kenapa tak pakai tangki oksigen, mungkin dah fahamkan kenapa hal ini berlaku. Doalah yang baik-baik dan cakap yang baik-baik kerana berdasarkan hadis, orang yang lemas adalah mati syahid. Semoga Allah mengampuni dosa dan menempatkan mereka di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tauhu merupakan antara makanan yang popular didalam masakan penduduk Malaysia. Mana taknya, dalam hidangan popular seperti ayam penyet, tempe dan tauhu pasti akan dihidangkan sekali. Tengah trend pula tauhu bergedil sekarang ni kan…uishh sedapnya.
Tapi jangan tahu makan je, banyak kilang menghasilkan tauhu. Namun, pendedahan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Facebook rasmi mereka terhadap sebuah kilang pemprosesan tauhu mungkin menyebabkan tekak anda berasa loya.
Memang mengejutkan, guess what?
Apakan tidak, keadaan kilang tersebut yang kotor dan menjijikkan pasti akan mengundang rasa geli serta loya sesiapa sahaja yang melihatnya.
Menurut DBKL, mereka mengadakan pemeriksaan sanitasi dan mendapati kilang tersebut tidak menepati tahap kebersihan yang disyorkan.
Keadaan kilang dan para pekerja yang tidak menepati tahap kebersihan.
Justeru, DBKL telah mengarahkan kilang tersebut ditutup!!
Dalam kenyataan yang dikongsi di Facebook, DBKL mendakwa premis berkenaan berada dalam keadaan kotor serta terdapat urungan lipas.
.
.
.
“Lawatan dan pemeriksaan oleh DBKL pada 15 Jun 2020 (Isnin) di Chong Brother Bean No.13, Jln Pudu Ulu, 56100, Cheras, mendapati premis tersebut:
Terdapat urungan lipas, lantai, dinding proses penyediaan kotor serta berdaki hitam. Tandas berbau dan berdaki, pengendali tidak memakai kasut, penutup kepala semasa memproses makanan dan tidak melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual,” tulis kenyataan tersebut.
Berikutan itu, kilang tersebut diarahkan ditutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 telah dilaksanakan berkuat kuasa 16 Jun 2020. Daripada gambar-gambar yang dikongsikan, mesti korang pun mesti rasa nak termuntah tengok keadaan premis yang kotor dan jijiknya.
Rata-rata warganet berasa loya dan berterima kasih kepada DBKL kerana berjaya mengesan premis-premis makanan yang kotor.
Okay, penulis terus rasa kembang makan tauhu bergedil tadi…huhu
Sumber : Facebook Rasmi DBKL
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih ramai orang awam yang degil dan ingkar kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sewenang-wenangnya, mereka dilihat masih menjalankan aktiviti seperti kebiasaan dalam situasi pandemik sekarang.
Menurut laporan, seorang pemuda terpaksa membayar kompaun berjumlah RM5,000 selepas didapati merentas daerah dari Jitra ke Alor Setar semata-mata untuk melepaskan rindu dan keluar bersiar-siar dengan teman wanitanya.
Kejadian berlaku di Jalan Limbong Kapal, Alor Setar itu dapat ditangkap selepas pihak polis menahan sebuah kereta jenis Proton Preve yang dinaiki lelaki tersebut bersama teman wanitanya dalam rondaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP.
Pada waktu tersebut, pemuda berusia 30 tahun itu dilihat sedang bermain futsal ketika sepasukan anggota polis membuat rondaan di Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang.
“Melalui semakan, pemandu kenderaan mengaku datang dari Jitra, Kedah untuk keluar bersiar-siar bersama rakan wanitannya namun semakan lanjut mendapati wanita itu beralamat di Alor Setar.”
“Susulan itu, kita mengeluarkan kompaun ke atasnya kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran rentas daerah yang sah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memasuki daerah ini semasa tempoh pelaksanaan PKP,” katanya dalam satu kenyataan.
Kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Perkara 4 dan 5 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan) (No 4) (Pindaan) (No 15) 2021).
Namun, rakan wanita kepada lelaki berkenaan hanya dibenarkan pulang dengan amaran.
Haa, jangan ingat pasukan PDRM kita tidak mengambil serius tentang hal ini ya.
Tak fasal-fasal kena keluar RM5,000 untuk bayar kompaun. Nasihat penulis, kalau korang rindu girlfriend telefon sajalah. RM5,000 itu lebih elok dibuat hantaran saja hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Media tempatan China melaporkan sebuah pesawat China Eastern Airlines jenis Boeing 737 telah terhempas pada 21 Mac 2021 di kawasan pergunungan dekat selatan China.
Menurut Jabatan Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), pesawat yang membawa 123 orang penumpang dan 9 orang kru itu dalam penerbangan dari Kunming ke Guangzhou. Operasi menyelamat sedang dalam perjalanan ke kawasan terpencil itu, katanya.
Buat masa ini, masih tiada maklumat tentang punca pesawat yang baru berusia 6 tahun itu terhempas.
Jelas CAAC, pesawat berlepas dari Kunming yang terletak di bahagian selatan barat China pada jam 1.11 tengah hari tadi. Mereka terputus hubungan dengan pesawat itu sewaktu ia melintasi bandar Wuzhou; kira-kira pada kam 2.22 petang ketika ia berada pada kedudukan 3225 kaki dari aras laut.
Pesawat tersebut asalnya dijadualkan mendarat di Guangzhou pada jam 3.05 petang.
Tinjauan REMAJA di laman web China Eastern Airlines mendapati ia bertukar kepada warna hitam putih sebagai satu bentuk penghormatan kepada mangsa dan ahli keluarga.
Berita kemalangan ini nyata telah mengejutkan dunia terutamanya masyarakat di China memandangkan rekod keselamatan industri penerbangan China merupakan antara yang terbaik di dunia selama sedekad lepas.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...