Semalam Pakatan Harapan yang  diketuai oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah membentuk barisan kabinet. Demi menghormati manifesto yang dipersetujui, Tun Mahathir telah melepaskan jawatan  sebagai Menteri Pendidikan dan digantikan oleh YB Dr Maszlee Malik.

Turut dilantik dalam barisan kabinet baru 2018 ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor. Sudah tentunya kedudukan Menteri Besar Selangor menjadi tanda tanya siapa yang akan menggantikan tempat Datuk Seri Azmin Ali yang dilihat berjaya memampankan ekonomi Selangor sebagai sebuah negeri termaju di Malaysia.

Di sebalik lantikan barisan kabinet Malaysia, di media sosial ramai yang tertanya-tanya akan perlantikan  Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan. Begitu juga kontroversi yang berlaku kepada Dr Maszlee yang dipertikaikan lantikannya oleh Siti Kassim yang agak lantang dalam isu LGBT tetapi ramai melihat Dr Maszlee adalah orang yang paling layak menjadi Menteri Pendidikan.

Kenapa Tiada Kementerian Belia & Sukan Dalam Barisan Kabinet Malaysia?, Mana Suara Mewakili Anak Muda?

Ads

Turut menyertai kabinet ialah  Rina Harun yang menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Komunikasi & Multimedia, Gobind Singh Deo yang juga anak kepada mendiang Karpal Singh.

Portfolio Menteri Pengangkutan pula dipegang oleh Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani iaitu Salahudddin Ayub, Menteri Tenaga Manusia, M Kulasegaran dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang dua portfolio iaitu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita & Pembangunan Keluarga.

Sebelum ini, Tun Mahathir turut melantik Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri, Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ads
Kenapa Tiada Kementerian Belia & Sukan Dalam Barisan Kabinet Malaysia?, Mana Suara Mewakili Anak Muda?
KJ amat popular di kalangan anak muda dan golongan wanita juga menyukai dirinya kerana tall, dark & handsome

 

Kenapa Tiada Kementerian Belia & Sukan Dalam Barisan Kabinet Malaysia?, Mana Suara Mewakili Anak Muda?
KJ amat aktif dalam sukan dan portfolio sebagai Menteri KBS memang amat sesuai dengan dirinya

Namun di sebalik semua lantikan itu, ramai tertanya-tanya kenapa tiada wakil suara anak muda iaitu Kementerian Belia dan Sukan yang sebelum ini pernah disandang oleh YB Khairy Jamaludin yang cukup popular dengan program-program anjuran KBS seperti Hari Sukan, Malaysia Fit dan banyak lagi.

Ads
Kenapa Tiada Kementerian Belia & Sukan Dalam Barisan Kabinet Malaysia?, Mana Suara Mewakili Anak Muda?
Syed Saddiq antara ahli Parlimen muda yang dilihat mampu menarik minat orang muda terlibat dalam dunia sukan

Ramai menjangkakan ada YB muda dari Pakatan Harapan yang akan mewakili kementerian terbabit kerana anak muda hari ini dilihat dan disarankan untuk bergiat cergas dalam bidang sukan kerana mereka adalah generasi pewaris negara pada masa akan datang. Namun ketiadaan Kementerian Belia & Sukan ini membuatkan anak muda tertanya-tanya kenapa tiada kementerian yang mewakili diri mereka.

Sebelum ini Tun M pernah berkata, barisan kabinet akan dikecilkan namun tentu ramai tidak menyangkan bahawa TIADA KEMENTERIAN BELIA & SUKAN.

Mungkin hal ini perlu difikir-fikirkan kerana ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam debat sebelumnya berkata mahu memperkasakan e-sport iaitu games yang amat popular di kalangan anak muda seperti DOTA dan sebagainya.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI