Hanya seketika saja kegembiraan yang diraikan oleh rakyat Malaysia bersama-sama atlet olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli setelah pingat emas yang dimenanginya secara adil ditarik balik akibat isu teknikal.
ARTIKEL BERKAITAN : Emas & Rekod Dunia! Hadiah Terindah Ziyad Zolkefli Sempena Hari Merdeka – REMAJA
Walaupun isu teknikal yang dimaksudkan itu masih belum dijelaskan secara terperinci oleh delegasi Malaysia di Tokyo, Ziyad yang dibenarkan untuk memasuki arena dan bertanding dari awal hingga ke saat akhir acara lontar peluru F20 masih dipertahankan sebagai pemenang pingat emas sebenar oleh warganet yang membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap penarikan semula piingat emas itu.
Ramai tampil menyuarakan rasa kecewa dan mempersoalkan mengapa bantahan hanya hadir daripada pihak tertentu SELEPAS acara tamat? Mengapa Ziyad tidak dibatalkan peryertaannya lebih awal sekiranya isu teknikal yang dibangkitkan itu berlaku sebelum acara bermula?
Malah, Ziyad terang-terangan menunjukkan prestasi terbaik dan jauh meninggalkan pesaing terdekat Maksym Koval dari Ukraine dengan perbezaan lontaran 0.60 meter serta berjaya memecahkan rekod dunia sebanyak dua kali.
Tinjauan REMAJA pada ciapan akaun Twitter rasmi Tokyo 2020 yang mengumumkan Maksym Koval sebagai pemenang pingat emas acara tersebut mendapati ia dibanjiri dengan komen dari warganet Malaysia. Sehingga kini, lebih 3800 komen dan 4100 ciapan semula (retweet) dicatatkan menerusi ciapan tersebut.
Dengan pembatalan kemenangan dan penyertaan Ziyad Zolkefli ini, Malaysia kembali berada dalam ranking pingat Sukan Paralimpik dengan kutipan 1 pingat emas dan 1 pingat perak menerusi sukan Powerlifting.
BACA LAGI : Skuad Powerlifting Mantap! Ini Jurulatih Di Sebalik Kejayaan Atlet Malaysia Di Paralimpik – REMAJA
TERKINI : Menteri Belia & Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azum dan delegasi teknikal Malaysia, Australia dan Ecuador sedang bergabung menghantarkan bantahan ke atas protes dari Ukraine.