Tugu Peringatan Puteri Diana Bersama 3 Kanak-Kanak? Ini Yang Korang Kena Tahu

Share

Walaupun Puteri Diana telah lama meninggalkan kita semua. Tapi kisah hidup, kontroversi, aura, fesyen serta gaya hidup beliau kekal hingga ke hari ini.

Semalam 1 Julai, merupakan hari kelahiran puteri kesayangan semua ini dan sempena ulang tahun kelahiran ke-60 Diana, satu tugu peringatan mendiang dirasmikan di taman kegemaran beliau ketika hidupnya iaitu di Sunken Garden, Istana Kensington, London.

Diana, Princess of Wales (1961 – 1997)Photo by Terry Fincher/Princess Diana Archive/Getty Images)

Tugu peringatan itu dibina atas permintaan William dan Harry pada 2017 ketika ulang tahun ke-20 kematian ibu mereka, kata pejabat akhbar Istana Kensington dalam satu kenyataan.

“Hari ini, sepatutnya ulang tahun ke-60 bonda kami, kami mengenang kasih sayangnya, kekuatan dan perwatakan lembutnya – yang juga menjadi inspirasi kepada dunia, mengubah banyak kehidupan menjadi lebih baik.

Setiap hari, kami berharap bonda masih bersama kami, dan diharapkan tugu ini menjadi simbol kehidupan dan legasinya,” ujar William dan Harry, dipetik daripada akaun Twitter rasmi The Duke dan Duchess of Cambridge.

Namun,tugu peringatan Puteri Diana ini bersama tiga anak kecil berdampingan dengan mendiang Puteri Diana. Sepertinya Puteri Wales ini merangkul ketiga-tiga kanak-kanak yang bukan sama sekali dengan anak atau cucunya.

Tapi siapa kanak-kanak ni dan mengapa?

Untuk pengetahuan semua,reka bentuk patung itu dirahsiakan dengan ketat hingga hari perasmiannya. Ramai yang menduga patung itu hanya menampilkan Diana sahaja atau bersama dua anaknya, tetapi hasil akhirnya memang tidak disangka.

“Patung Diana, Puteri Wales, dikelilingi oleh tiga kanak-kanak mewakili kesan keturunan besar dari tindakan sosial Puteri,” kata Istana Kensington dalam satu kenyataan.

Pakaian “Lady Di” itu pula dikatakan terinspirasi oleh penampilan Diana pada hari-hari terakhir hidupnya. Tempoh ini mencerminkan besarnya sumbangan dan komitmen Diana dalam mengatasi masalah sosial dan kemanusiaan di dunia.

Puteri Diana dilihat memakai blaus dengan kancing yang terbuka ke dada, dan skirt yang digabungkan dengan tali pinggang yang besar.

Menurut Daily Mail pula, penampilan Diana ini sama seperti gambar kad  hari Krismas bersama William dan Harry pada tahun 1993. Kad tersebut untuk pertama kalinya tidak bersama Putera Charles dan membuatkan orang ramai menyangka mereka dalam waktu perceraian.

Arca bersaiz manusia itu hasil ukiran Ian Rank-Broadley dan ukirannya menampilkan “sifat kelembutan dan kemanusiaan sambil mempamerkan kesan yang ditinggalkannya daripada generasi ke generasi.”

Untuk info, Puteri Diana meninggal dunia pada usia 36 tahun dalam nahas jalan raya di Paris pada 21 Ogos 1997.

Published by
Nana