Kenapa TV2 Siarkan Drama Dan Bukannya Piala Dunia, Ini Jawapan Unifi TV

Share

 

Bagi yang sedang menonton perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 2018 melalui saluran Astro Arena ataupun TV2, korang selamat kerana dapat menonton sejak awal lagi.

 

Namun bagi yang ‘cuba’ menonton dari saluran TV2 di Unifi TV (HyppTV), mesti ada yang keliru mengapa saluran tersebut menyiarkan drama Melayu pula sedangkan RTM dijadualkan untuk menjadi penyiar di Malaysia?

Beberapa kali jugalah kami cuba off dan on kembali televisyen, drama tersebut masih ke udara!

 

 

Akhirnya pertanyaan kepada rakan kami di Unifi TV menjelaskan bahawa mereka tidak akan menyiarkan perlawanan Piala Dunia di TV1 dan TV2 (melalui Unifi TV) atas isu hak penyiaran Free-To-Air yang dimiliki oleh RTM. Unifi TV pula menggunakan format IPTV.

 

 

Dari perspektif bisnes untuk Unifi TV pula, mereka perlu membayar kepada RTM jika ingin menyiarkan perlawanan Piala Dunia. Dan ia dilihat sebagai redundant kerana rakyat Malaysia boleh je menonton secara percuma di RTM.

Jadi, tak kiralah kalau korang cuba untuk menonton menggunakan Set Top Box Unifi TV atau Unifi Play TV apps, memang tak adalah jawabnya.

 

 

Walaupun ramai pelanggan Unifi TV yang kecewa, ada betulnya alasan mereka ini. Jika korang tak berkesempatan nak balik ke rumah untuk menonton di TV, why not layari saja myklik.rtm untuk siaran live streaming.

Buat masa sekarang, Unifi TV akan menggantikan siaran perlawanan bola sepak dengan “program hiburan top-rated” dari RTM, seperti drama Melayu tadi.

Published by
FZ