Hari ini masuk hari ke tiga Pakatan Harapan menerajui negara. Rakyat, baik orang muda dan tua, masih tak boleh move on bercakap tentang politik. Ada macam-macam info disiarkan di media sosial yang mana rakyat bagai menjadi hakim tak bertauliah.
Mungkin sudah lama memendam rasa dan umpama gunung berani yang meletus, apa saja perbuatan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, rakyat mula menggila termasuk berani menghambur terutama kepada ex first lady Rosmah Mansor.
Jika sebelum ini kontroversi dirinya bermula dengan pernyataan anak kandungnya Azrene Soraya yang mengatakan ibunya seorang yang kuat bomoh, suka menindas, semalam tular di media sosial, rakyat mengubah data Wikipedia iaitu sebuah rujukan individu dan menulis kata-kata kesat terhadap Rosmah Mansor di Wikipedia atas namanya.
Ada mendakwanya sebagai penipu paling besar, pencuri wang RM69 bilion, malah soal cincinnya juga tulis dan diubah seolah menggambarkan dirinya terlalu kejam dan kemudiannya ditularkan ke media sosial tanpa sebarang rasa bersalah sedikit pun. SIAPA PUNYA KERJA LA AGAKNYA YANG KREATIF SANGAT NIE? Kenapa la mencerca sebegitu rupa kerana belum terbukti lagi kesalahan empunya diri.
Cerita mengenai first lady ini masih belum redha dan kebanyakan akhbar melaporkan hari ini sejumlah 50 beg tangan berjenama mewah, Birkin yang bernilai RM200,000 setiap satu cuba dipindahkan ke beberapa buah kondominium mewah di ibu kota melalui van Jabatan Perdana Menteri. Sejak tular video itu, satu laporan polis telah dibuat yang menurut mereka ia milik isteri bekas pemimpin negara.
Itu belum lagi ratusan rakyat dan wartawan menunggu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang selepas tular di media sosial jadual penerbangan DS Najib dan isteri ke Jakarta. Namun akhirnya bekas pemimpin negara ini akur apabila Jabatan Imigresen telah mengeluarkan larangan keluar negara terhadap mereka.
Episod demi episod ini mengingatkan kita kepada sejarah Imelda Marcos. Mungkin generasi muda tidak kenal nama ini tetapi dia adalah isteri kepada bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos yang telah meninggal dunia pada tahun 1989 (mula memerintah Filipina pada 1966-1986) selepas ditolak oleh rakyatnya sendiri selepas 20 tahun memerintah Filipina yang suatu ketika dahulu amat kaya tetapi menjadi negara miskin kerana keborosan pemimpin dan isterinya, Imelda.
Apa menariknya tentang Imelda Marcos yang pernah menjadi Wanita Pertama Negara Filipina sekitar tahun 80-an dahulu?
Dengan semua senario politik ini adakah drama ini bakal berlaku di Malaysia?