Dunia hari ini sering diperlihatkan dengan tanda-tanda akhir zaman. Sudah ada banyak tanda-tanda termasuk binaan bangunan tinggi di kota Makkah (Menara jam yang dibanggakan), keringnya sungai Tigris dan Sungai Eufrat.
NASA memaklumkan bahawa sejak tahun 2003 hingga 2010, kandungan air sepanjang sungai Tigris dan Eufrat mulai Turki, Syiria, Iraq hingga Iran telah kehilangan sekitar 144 juta kilometer kubik. Kandungan air itu terus berkurang dalam jumlah yang sangat besar pada tahun 2010 hingga 2015.
Selain itu tanda-tanda akhir zaman dan petanda kiamat semakin dekat adalah dengan kehadiran Dajjal.
Ketika kehadiran Dajjal, (digambarkan sebagai seorang pemuda yang rambutnya kerinting dengan matanya menyembul keluar), fitnah akan berleluasa dan menjadi perkara paling menggerikan di muka bumi ini. Bagi mereka yang tidak teguh imannya akan dengan mudah menjadi pengikut dajjal dan ketika itu mereka akan kesesatan hingga ke hari kiamat.
Dalam satu hadis Rasulullah SAW, ada disebut kaum wanita merupakan pengikut dajjal paling besar.
“Kebanyakan pengikut Dajjal, adalah orang Yahudi dan kaum wanita” (HR. Ahmad).
Selain golongan wanita, pengikut dajjal terdiri dari kaum Yahudi, bangsa Turki, bukan bangsa Arab dan ramai lagi.
Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda,
“Yang mengikuti Dajjal adalah orang Yahudi dari Ashbahan (Iran) dan jumlahnya ada 70.000 orang dan mereka memakai thilsan (yang menutup pundak dan badan)” (HR. Muslim no. 2944).
Kenapa kaum wanita menjadi pengikut terbesar dajjal? Adakah dajjal memiliki sesuatu yang menjadi daya penarik bagi kaum wanita mempercayainya? Adakah kerana kehensemannya?
Hari ini, kita sering melihat wanita mudah tergoda dengan ketampanan lelaki. Ditambah lelaki itu hadir dengan pakej badan yang sado. Bukan itu saja, lelaki yang memiliki kewangan teguh adalah ciri-ciri kesukaan wanita ketika ini. Tetapi apa yang pasti, wanita mudah tertarik dengan lelaki kacak dan tampan!
Kenapa dajjal diikuti wanita sedangkan dia bukan kacak pun!
Satu tulisan di fb Yusof Ismail, dia menyenaraikan ciri-ciri yang ada pada Dajjal. Berikut perkongsiannya.
Ada orang kata Dajjal ni handsome, ini saya ringkaskan 7 sifat fizikal Dajjal berdasarkan riwayat hadis. Kalau handsome lagi, saya tak tahulah:
1.Usianya: Seorang pemuda atau belia (Riwayat Muslim)
2- Rambutnya sangat kerinting (Riwayat Muslim)
3- Mata kananya buta dan tersembol keluar seperti kurma kering (Riwayat al-Bukhari)
4- Badannya gempal (Riwayat al-Bukhari) dan pendek (Riwayat Abu Daud), dan besar (Riwayat Muslim)
5- Kulitnya berwarna merah (Riwayat al-Bukhari)
6- Dahinya lebar (Riwayat Ahmad), tertulis ك ف ر (Riwayat Muslim)
7- Kakinya pendek dan pengkar (Riwayat Abu Daud)
Mendengar ciri-ciri fizikal dajjal pun kita tahu dia bukan hensemkan tapi kenapa begitu ramai kaum wanita terpedaya?
Di saat dunia hari ini sudah memperlihatkan begitu banyak tanda-tanda akhir zaman, adalah lebih baik kita sedar dan bersedia agar tidak terpedaya dengan dajjal.
Ingatan untuk kita semua, salah satu cara untuk mengelak menjadi pengikut dajjal adalah dengan membaca 10 ayat surah Al-Khafi sebagai pelindung.
Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan para pengikutnya untuk membaca sepuluh ayat dari Surah Al-Kahfi sebagai perlindungan dari Dajal. Baginda juga mengingatkan para pengikutnya untuk berdoa, “Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu dari musibah Dajal.” Baginda juga menyatakan terdapat tiada musibah yang lebih hebat daripada Dajal sejak penciptaan Nabi Adam a.s. hingga Hari Kebangkitan.
Marilah kita sama-sama berdoa agar kita dan seluruh ahli keluarga kita bukan tergolong menjadi pengikut Dajjal apabila tiba masa dia keluar kelak.