Kenapalah Baru Tahu Tentang Jenama K-Beauty Ini?! Sekarang Tiada Masalah Nak Rawat Kulit Tak Sekata Disebabkan Terlalu Sensitif..

Share

Kisah penjagaan kulit wajah sememangnya tidak mengenal peringkat usia dan jantina. Dari usia pra-remaja ke peringkat remaja dan sehingga dewasa nanti sekalipun, kulit wajah akan mengalami perubahan dan memerlukan cara penjagaan berbeza.

REMAJA pasti, ramai dalam kalangan kamu yang selalu melihat kandungan popular seperti Vitamin C dan Retinol ada digunakan dalam produk-produk penjagaan kulit wajah seperti pencuci serta krim pelindung kulit ataupun sunscreen.

Populariti dua kandungan tersebut membuatkan ramai remaja yang pantas merebut produk-produk dengan kandungan berkenaan kerana merasakan ia mampu memberikan hasil pantas lagi menakjubkan.

Namun, apa yang ramai tidak sedar adalah mengenai kondisi kulit wajah mereka sendiri. Sebahagian besar remaja mempunyai kulit sensitif yang ‘pantang’ dengan Vitamin C disebabkan kandungan berasid di dalamnya.

 

Nak Tona Cantik, Tapi..

Niat di hati ingin mendapatkan kondisi kulit yang mempunyai tona sekata, tidak kusam dan tidak lagi mempunyai kesan jerawat kasar.

Begitupun, disebabkan keadaan kulit wajah sensitif; ramai buntu untuk mencari jenama dan produk kecantikan yang sesuai digunakan bagi penggunaan harian. Betul tak?

Oleh itu, REMAJA ingin sekali berkongsi mengenai jenama K-Beauty bernama Haneul. Seperti yang korang ketahui, rutin harian yang berkesan adalah penting untuk mendapatkan keadaan kulit yang sihat lagi berseri. Jika masih tercari-cari jenama ideal yang memberikan pelbagai kelebihan dengan penggunaan jumlah produk minimum, Haneul mungkin adalah jenama yang korang idamkan selama ini.

Produk pertama yang REMAJA rasakan berkesan setelah beberapa penggunaan sahaja ialah Haneul Brightening Cleanser 100g. Pencuci muka ini mempunyai tekstur krim ke buih dan berlainan dengan jenama lain, ia mempunyai formula yang tidak mengeringkan kulit wajah semasa dan selepas penggunaan.

Bukan itu sahaja, Haneul Brightening  Cleanser ini kaya dengan antioksidan menerusi kandungan epal, cendawan, teh hijau, mulberry root dan banyak lagi. Malah, ia juga berkesan untuk pencerahan kulit secara terkawal menerusi kandungan ekstrak bunga putih seperti bunga Wild Thyme, bunga Camellia Japonica dan Niacinamide. Barulah tak terasa was-was apabila kandungan pencuci kulit wajah kamu diperbuat daripada elemen semula jadi seperti ini.

Seterusnya, teruskan rutin harian korang dengan penggunaan Haneul Brightening Sunscreen SPF 50 PA+++ yang juga berfungsi sebagai pelembap muka. Barulah berbaloi, dua fungsi dalam satu produk.

Pertama kali ‘memerah’ keluar krim pelindung muka ini, REMAJA pasti korang akan terkejut dengan teksturnya yang berkrim. Yes! It is THAT creamy tanpa meninggalkan sebarang kesan putih pada kulit.

Ia didatangkan dengan beberapa kandungan yang memberikan kelebihan kepada kulit wajah seperti kekal lembap (Betaine), lebih cerah (ejen kawalan kulit berminyak dan pencerahan, Niacinamide) dan bersifat antioksidan (ekstrak bunga putih).

Sekali lagi, usah risau jika kamu memiliki kulit sensitif. Ini kerana Haneul memiliki formula bagi memastikan kandungan Vitamin C dan Retinolnya merawat wajah secara lembut tanpa sebarang implikasi.

Rangkaian produk pencerahan kulit wajah Haneul ini boleh korang cuba sekiranya ingin memperolehi hasil secara sihat, selamat dan berkesan. Tapi pastikan korang mengguna pakai dua produk tersebut secara konsisten, barulah nampak hasilnya!

Benarlah kata orang, semua orang ada sahaja potensi untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan halus. Cuma korang perlu tahu jenama terbaik yang bersesuaian dengan konsidi kulit masing-masing. Kadangkala, yang mudah dan ‘basic’ itulah yang berkesan. Jadi, jangan lupa untuk membersih, melembap dan melindungi bersama Haneul tau. Sudah tiba masanya untuk korang melalui fasa ‘glow-up’ sendiri pula.

Oleh itu, korang bolehlah dapatkannya sekarang di Shopee Haneul Official Store! Khas bersempena kempen 9.9, Haneul turut mempunyai pelbagai diskaun dan baucar RM9-OFF. Rebut, jangan tak rebut!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ