Seorang guru menemui ajal dalam perjalanan ke penempatan sekolahnya apabila kenderaan dinaiki terjatuh di dalam gaung di laluan balak berdekatan Ulu Baram, Sarawak.
Dalam kejadian menyayat hati itu, Cikgu Nur Anisah Othman yang juga guru di SK Lio Mato selesai menjalani kuarantin di Miri kerana baru kembali dari Semenanjung dan perlu kembali mengajar ke sekolah.
Dipercayai kenderaan pacuan empat roda yang dipandu tranporter dinaiki bersama tiga rakan lain terjunam kepada gaung
di Jalan Balak berhampiran Kg Long San, Baram pada jam 5.47 petang. Allaharham meninggal di tempat kejadian manakala tiga penumpang termasuk pemandu kenderaan berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan.
Menyedihkan, sejurus kemalangan ini terjadi, rakan kepada mangsa iaitu Cikgu Hairileqhwan Firdaus Fadzil sempat membuat panggilan telefon namun butirnya tidak jelas disebabkan gangguan talian yang tidak stabil.
Jenazah mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Long San, Baram dan seterusnya dibawa ke Hospital Miri dengan bantuan Ngo di Long San.
Berasal dari Cheruk Tok Kun, Pulau Pinang, guru yang sudah lama menabur bakti mengajar anak mangsa di bahagian pendalaman Sarawak akan diterbangkan ke Pulau Pinang untuk urusan pengkebumiannya.
Malah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta rakan taulan merakamkan ucapan takziah kepada guru berdedikasi ini.