Terbaru, rumah penyanyi rap terkenal, Drake diserang dan kejadian tembakan telah berlaku sehingga menyebabkan penjaga keselamatan rumahnya terpaksa dikejarkan ke hospital.
Drake atau nama sebenar Aubrey Drake Graham, 38 bagaimanapun dilaporkan selamat dan polis tidak dapat memastikan sama ada Drake berada di rumahnya yang terletak di Toronto, Kanada pada malam kejadian 7 Mei lalu.
Kredit: Associated Press
Menurut laporan Toronto Sun dan Page Six, penjaga keselamatan rumah Drake ditembak di hadapan rumah rapper tersebut pada Selasa lalu oleh individu tidak dikenali yang memandu sebuah kereta.
Penjaga keselamatan yang berusia 48 tahun itu, ditembak beberapa kali pada pukul 2.10 pagi waktu setempat dan daripada salah satu tembakan tersebut telah terkena pada bahagian atas dada mangsa.
Ads
Sebuah kenderaan ambulans langsung dipanggil bagi membawa mangsa yang tidak sedarkan diri ke Hospital Sunnybrook. Pembedahan terus dilakukan, luka yang dialami oleh penjaga keselamatan rumah Drake dikatakan tidak mengenai bahagian badan yang penting dan dilaporkan selamat.
Kredit: Associated Press
Kini, kawasan rumah pelantun God’s Plan itu dipasang garisan kuning dan dikawal ketat oleh pihak polis.
Ads
Pihak polis juga menyatakan mereka sedar penembakan ini terjadi selang beberapa hari selepas Drake terlibat dengan ‘perang’ lagu diss yang menyindir antara satu sama lain dengan penyanyi rap, Kendrick Lamar.
Pengawai Penyiasat Polis Toronto, Inspektor Paul Krawczyk berkata, pihaknya juga dimaklumkan mengenai perselisihan tersebut. Namun, mereka masih perlu menyiasat apakah motif kejadian tembakan yang melibatkan penjaga keselamatan rumah penyanyi tersebut.
Ads
Kredit: rollingstone
Dalam laporan Page Six walau bagaimanapun menyebut, pertelingkahan antara Drake dan Kendrick Lamar, rapper pelantun HUMBLE tersebut masih belum dikaitkan dengan kes itu.
Sekadar info, kebelakangan ini Kendrick Lamar dan Drake saling menyindir melalui lagu terbaru masing-masing. Keduanya rapper tersebut juga dikatakan telah lama berselisihan faham sejak tahun 2010-an dahulu lagi dan keadaan menjadi semakin hangat sejak akhir ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaru, Penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice, memuat naik video ke laman sosial Instagramnya. Caprice berkongsi sebuah video yang ternyata menunjukkan kemulian hati dan simpati pemuda berusia 33 tahun itu terhadap seorang penjual burger yang dikompaun sebanyak 50k.
Bukan hanya Caprice, rata-rata netizen juga simpati dan terkejut melihat nilai kompaun yang dikenakan terhadap lelaki tersebut. Untuk info, abang burger tersebut ialah Faisal didatangi oleh beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan pada jam 11.10 malam.
Sehubungan itu, pihak polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Rentetan dari itu, Caprice terpanggil membantu nasib peniaga burger yang malang itu, penyanyi rap terkenal Caprice bercadang melancarkan tabung bantuan bagi membantu mengurangkan beban membayar kompaun.
Caprice berkongsi hasratnya itu melalui ‘posting’ di laman Instagram miliknya @capriceofficial.
Kita dapat contact abe Faisal, kalau abe kata ons, Caprice akan buka tabung kitafund untuk bantu settle kompaun RM50K yang dia kena bayar sebelum 5 Mei,” tulisnya.
Rata-rata warganet meninggalkan komen memuji tindakan caprice dan kagum terhadap usaha murni yang dilakukan oleh Caprice.
Malah ada juga segelintir meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kompaun dikenakan dan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal. Hmm…korang rasa macam mana?
Apa yang korang tahu tentang karakter Robin Hood? Namanya memang cukup terkenal sejak beberapa ratus tahun lalu dengan karakter keperwiraannya membela nasib orang-orang miskin yang ditindas oleh penguasa tamak haloba.
Kalau korang nak tahu, Robin Hood merupakan wira legenda yang tercipta daripada kisah rakyat orang-orang Inggeris. Menurut lagenda juga dia merupakan seorang pemanah yang sangat luar biasa selain memiliki skil bertempur menggunakan pedang yang tidak kurang hebatnya.
Di dalam kisah rakyat ini selain Robin Hood nama-nama seperti Maid Marian, the Merry Men dan seterusnya Sheriff of Nothingham sering muncul.
Sehingga kini beratus-ratus adaptasi di dalam bentuk komik, drama dan juga filem telah dipertontonkan kepada kita. Dan tahun ini sebuah lagi filem terbaru yang berjudul ‘ROBIN HOOD’ bakal menemui kita di pawagam bermula 22 November 2018.
Filem terbaru yang diarahkan oleh pengarah filem aksi terkenal, Otto Batthurst ini menampilkan pelakon muda yang sebelum ini terkenal dengan watak Eggsy (The Kingsman), Taron Egerton yang membawakan watak utama sebagai Robin Hood. turut muncul ialah Jmaie Foxx yang menjadi Little John, ketua Merry Men yang kemudian menjadi kawan baik Robin Hood.
Manakala Ben Mendelsohn pula sebagai Sheriff of Nothingham dan Eve Hewson, jelitawan yang memegang watak Maid Marion. Mungkin korang tertanya-tanya apakah perbezaan dalam filem Robin Hood terbaru ini berbanding versi-versi yang terdahulu.
Pertama sekali watak Robin Hood akan dibawakan oleh seorang pelakon muda yang sedang meningkat naik. Berbeza dengan banyak versi sebelum ini yang diterjemahkan sebagai seorang lelaki dewasa pertengahan umur. Manakala watak Little John pula dilakonkan oleh seorang pelakon berbangsa African American. Dan selain itu, Little John dalam versi ini tidak berbadan gempal dan botak.
MENANGI TIKET TAYANGAN ‘ROBIN HOOD’ REMAJA x TGV PICTURES
Tarikh: 21 November 2018 Masa: 9pm Lokasi: TGV Cinema 1 Utama
Bagaimana nak menang?
1 – SHARE posting ini ke laman media sosial (FB, Twitter atau Instagram)
2 – JAWAB soalan kemudian copy & paste link posting sharing korang ke ruang disediakan dalam borang di bawah
3 – Dan hashtag #MajalahRemaja #Remaja #WayangRemaja
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas Israel semakin mengganas terhadap rakyat Palestin baru-baru ini, pasukan bola sepak Argentina menjadi ‘tetamu’ terbaru mereka yang membatalkan hasrat untuk berkunjung ke sana.
Sebelum ini, sudah beberapa kunjungan dibatalkan atas alasan tidak menyokong penindasan yang dilakukan oleh kerajaan dan tentera Israel terhadap Palestin. Antara termasuklah penyanyi Lorde, Perdana Menteri Perancis Edourard Phillipe, penyanyi Shakira dan kini, pasukan bola sepak Argentina.
Menurut laporan Persatuan Bola Sepak Palestin, Argentina yang dibintagi oleh pemain hebat seperti kapten, Lionel Messi telah membatalkan perlawanan persahabatan mereka menentang Israel di Jurusalem.
Kedua-dua pasukan dijadualkan untuk bertemu pada hari Sabtu lepas di Stadium Teddy Kollek, Israel sebelum pasukan bimbingan Jorge Sampaoli itu bergerak ke Rusia bagi menghadapi kempen Piala Dunia 2018.
Laporan berkata, “Presiden Persatuan iaitu Gabriel Rajoub mengesahkan bahawa Federasi Bola Sepak Argentina telah membatalkan kunjungan ke Jurusalem, hasil rundingan yang dilakukan oleh ahli berkuasa di Palestin (PFA) dengan bantuan persatuan domestik dan antarabangsa.
“Sekaligus, ia menyampaikan nilai murni, etika dan mesej yang ada pada bidang sukan, iaitu tiada keganasan dan penindasan ke atas mereka yang terlibat sama.”
Akhir Mei lalu, Palestin menuduh Israel cuba untuk mempolitikkan sukan dengan menganjurkan perlawanan persahabatan ini di atas tanah perkampungan rakyat Palestin yang dicerobohi serta diruntuhkan pada tahun 1948. Israel juga dikatakan cuba menyebarkan propaganda kepada peminat sukan Argentina mengenai “Jurusalem Bersatu” untuk masyarakat Yahudi di sana.
Barisan kesebelasan bola sepak Argentina.
Buat masa ini, pasukan bola sepak Argentina dan Israel belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung hal ini.
Argentina diundi ke dalam kumpulan D bersama Iceland, Croatia dan Nigeria dan cuba untuk memenangi Piala Dunia FIFA buat kali ketiga sejak penganjurannya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecemerlangan sesebuah negara itu bukan hanya terletak kepada kejayaan ekonomi dan kestabilan politiknya; bahkan rasa cinta mendalam terhadap seni budaya ciptaan warga lokalnya juga...