Muzik

Kendrick Lamar Dan Drake Ada ‘Beef’? Penjaga Keselamatan Drake Ditembak Di Bahagian Dada

Share

Terbaru, rumah penyanyi rap terkenal, Drake diserang dan kejadian tembakan telah berlaku sehingga menyebabkan penjaga keselamatan rumahnya terpaksa dikejarkan ke hospital.

Drake atau nama sebenar Aubrey Drake Graham, 38 bagaimanapun dilaporkan selamat dan polis tidak dapat memastikan sama ada Drake berada di rumahnya yang terletak di Toronto, Kanada pada malam kejadian 7 Mei lalu.

Kredit: Associated Press

Menurut laporan Toronto Sun dan Page Six, penjaga keselamatan rumah Drake ditembak di hadapan rumah

rapper tersebut pada Selasa lalu oleh individu tidak dikenali yang memandu sebuah kereta.

Penjaga keselamatan yang berusia 48 tahun itu, ditembak beberapa kali pada pukul 2.10 pagi waktu setempat dan daripada salah satu tembakan tersebut telah terkena pada bahagian atas dada mangsa.

Sebuah kenderaan ambulans langsung dipanggil bagi membawa mangsa yang tidak sedarkan diri ke Hospital Sunnybrook. Pembedahan terus dilakukan, luka yang dialami oleh penjaga keselamatan rumah Drake dikatakan tidak mengenai bahagian badan yang penting dan dilaporkan selamat.

Kredit: Associated Press

Kini, kawasan rumah pelantun

God’s Plan itu dipasang garisan kuning dan dikawal ketat oleh pihak polis.

Pihak polis juga menyatakan mereka sedar penembakan ini terjadi selang beberapa hari selepas Drake terlibat dengan ‘perang’ lagu diss yang menyindir antara satu sama lain dengan penyanyi rap, Kendrick Lamar.

Pengawai Penyiasat Polis Toronto, Inspektor Paul Krawczyk berkata, pihaknya juga dimaklumkan mengenai perselisihan tersebut. Namun, mereka masih perlu menyiasat apakah motif kejadian tembakan yang melibatkan penjaga keselamatan rumah penyanyi tersebut.

Kredit: rollingstone

Dalam laporan Page Six walau bagaimanapun menyebut, pertelingkahan antara Drake dan  Kendrick Lamar, rapper pelantun HUMBLE tersebut masih belum dikaitkan dengan kes itu.

Sekadar info, kebelakangan ini Kendrick Lamar dan Drake saling menyindir melalui lagu terbaru masing-masing. Keduanya rapper tersebut  juga dikatakan telah lama berselisihan faham sejak tahun 2010-an dahulu lagi dan keadaan menjadi semakin hangat sejak akhir ini. 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN