Kenduri Berlangsung Semalam, Mayat Bakal Pengantin Ditemui Pagi Ini

Share

Mengikut perancangan semua pihak, hujung minggu ini sepatutnya menjadi momen paling indah buat keluarga kedua-dua belah pihak apabila dua insan yang mereka sayangi mengikat tali perkahwinan.

Namun ternyata, rancangan Allah SWT lebih nyata apabila mayat bakal pengantin lelaki yang dilaporkan hilang di Pantai Alor Tuman dekat Marang, Terengganu baru selamat ditemui kira-kira jam 10 pagi tadi.

Dalam laporan Sinar Harian semalam, Naim Hariri Kamaryddin, 31 dan Fatin Nabila Huda Ismail, 27 sepatutnya melangsungkan majlis akad nikah mereka pada jam 10 pagi semalam di Masjid Kampung Surau Haji Mat Zin. Malah, bapa bakal pengantin perempuan iaitu Ismail Awang, 61 turut sempat berjumpa dengan Naim Hariri selama 100 minit pada pagi hari Jumaat semasa beliau datang melihat persiapan akhir kenduri.

Tangkap layar siaran berita Harian Metro
Tangkap layar siaran berita Harian Metro

Setelah Naim dipercayai pergi mandi di kawasan pantai sebelum waktu senja pada hari Jumaat, dia dilaporkan lemas di Pantai Kelulut dan misi mencari & menyelamat terus dilakukan di kawasan seluas 42 kilometer itu; bermula jam 7 pagi semalam.

Pada masa yang sama, majlis kenduri yang dirancang oleh keluarga belah perempuan masih diteruskan memikirkan jemputan kira-kira 500 orang tetamu telah tiba. Keputusan untuk meneruskan kenduri makan juga dibuat memandangkan makanan dan minuman sudah ditempah lebih awal.

*

Dakwaan bakal pengantin lelaki itu telah lemas disahkan setelah mayatnya ditemui terdampar di Pantai Alor Truman pada jam 8.55 pagi ini.

Sumber Foto: Astro Awani.

Menurut laporan Astro Awani, mayat yang ditemui dalam keadaan sempurna itu telah dicam oleh bapa mangsa menerusi beberapa objek identiti yan ada pada jasad.

Jenazah Naim Hariri telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan kenalan rapat mangsa. Bagi korang yang berada di kawasan tepian pantai, berfikirlah dahulu sebelum bermandi-manda pada musim tengkujuh ini.

Published by
FZ