Tidak dinafikan mashed potato atau kentang putar seringkali mendapat permintaan tinggi daripada peminat restoran makanan segera. Memang sedap dimakan panas-panas kan. Rasanya yang lembut dan berlemak memang nikmat!
ARTIKEL BERKAITAN : Makan Ubi Keledek Ungu Kalau Nak Hidup Lama & Otak Cergas
Apa kata kali ini kita ubah pula penggunaan kentang putih dengan keledek manis. Sajian ini lebih sihat dan berkhasiat.
Rasa manis semula jadi datangnya daripada keledek. Bahan utamanya keledek manis dan susu kambing. Rasanya tetap sama namun lebis manis dan sedap.
Keledek termasuk dalam kategori ‘superfood’. Bagus untuk otak dan mencantikkan kulit. Keledek oren dan ungu terutamanya tinggi kandungan antioksidan. Kandungan B6 dalam keledek, baik untuk otak. memacu kelajuan otak serta melawan hormon stres – homocystein.
Di dalam keledek juga ada banyak vitamin. Ia juga turut membantu penghasilan kolagen. Kulit akan menjadi lebih anjal dan susah berkedut. Makan keledek juga dapat membantu tidur yang lebih nyenyak. Kandungan magnesium di dalam keledek adalah kuncinya.
Susu kambing juga paling tinggi protein. Ia mengandungi protein CSN1S2 dan bertindak sebagai agen anti-osteoporosis. Susu kambing juga ada linoleic acid untuk perkembangan otak selain oligosaccharide. Kandungan prebiotik dalam susu kambing juga sama dengan susu ibu.
Jika anda penggemar kentang putar, bolehlah cuba resipi kentang putar cara sihat ini. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
4 biji keledek manis
1/4 cawan campuran kekacang (supernuts) yang dicincang halus
1/2 cawan susu kambing
2 sudu makan mentega susu kambing (atau mentega tanpa garam)
1/4 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh garam
Cara-cara:
1. Kukus keledek dalam pengukus selama 10-15 minit (sehingga lembut).
2. Toskan. Masukkan keledek ke dalam mangkuk.
3. Campurkan susu kambing, mentega, serbuk kayu manis, dan garam.
4. Campurkan sekali dengan keledek. Hancurkan guna garpu. Sebatikan.
Siapa kata makanan yang sihat tidak sedap?
Mudah saja kan? Paling penting, buat sendiri boleh dapat banyak dan kosnya juga jauh lebih murah. Hiks!
Betul tak? Selamat mencuba..
Kredit: Dr Rizal Abu Bakar
BACA LAGI : Bukan Takat Poster Filem Parasite, Pintu Doraemon Pun Dorang Bagi. Kreatif Betul Fans Daiyan Trisha!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.