Kalau korang seorang yang suka berfesyen mesti kenal dengan jenama Kenzo dan K-3. Kelmarin pada tanggal 4 Oktober, pereka fesyen asal Jepun yang berpangkalan di Paris ini meninggal dunia akibat komlikasi jangkitan virus Covid-19. Berita tersebut disampaikan wakil mendiang kepada agensi berita CNN.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, “Dengan sangat sedih bahawa jenama K-3 mengumumkan kehilangan pengarah artistiknya yang terkenal, Kenzo Takada. Pereka terkenal antarabangsa ini meninggal dunia pada 4 Oktober 2020 kerana komplikasi berkaitan Covid-19 pada usia 81 tahun di Hospital Amerika, di Neuilly-sur-Seine, Perancis
Kenzo Takada menggegarkan bandar fesyen terkemuka dunia, Paris pada tahun 1970 dengan jenama fesyen yang menggunakan namanya sendiri itu. Dijual dari butik pertamanya, koleksi yang Jungle Jap diinspirasikan dari gabungan warna-warna yang lantang dan gabungan corak cetakan berbeza yang diilkankan dari perjalanannya ke seluruh dunia.