Source: TikTok Harian Metro
Jodoh merupakan sebahagian ketentuan Allah SWT terhadap hamba-hamba-Nya. Pada masa yang sama, kita diajar supaya sentiasa berdoa dan berusaha mencari pasangan yang baik akhlaknya, bertanggungjawab dan mentaati perintah Allah.
Nabi Muhammad SAW memberi garis panduan yang jelas dalam memilih pasangan sama ada di pihak suami mahupun isteri.
Terdahulu, tular sebuah video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rhea.zahra yang menjadi sorotan dan meraih perhatian ramai.
Video berkenaan, kini mempunyai jumlah tontonan sebanyak 836 ribu, tanda suka sebanyak 77 ribu dan sebanyak 677 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Neelofa yang memberi pesanan kepada individu yang ingin berkahwin terutamanya untuk wanita.
“I selalu cakap ni, kepada adik-adik luar sana yang mana nak kahwin kan, you nak kahwin, husband you kena sediakan rumah, rumah sekecil mana pun mengikut kemampuan dia, you kena terima benda itu”-Kata Neelofa
@rhea.zahra Sebelum kahwin pastikan you 1- Boleh terima seadanya rumah bakal suami akan sediakan 2- Boleh berdamai dgn kemampuan bakal suami 3- Bincang hal nafkah sebelum kahwin 4- Manusia akan berubah tapi tak tahu bila. So don’t get married with his potential . #podcastneelofa #noradanish #richmancoffee #neelofa #podcastnoradanish ♬ Kamu Dan Kenangan Piano – DNP
Rata-rata netizen teruja menonton video tersebut. Malah ramai yang memberikan sokongan mereka dan bersetuju terhadap apa yang dikatakan Neelofa.
Memang ada benarnya, kerana zaman sekarang ramai wanita yang ingin mengikuti kehendak mereka sendiri tanpa memikirkan kemampuan kewangan suami masing-masing.
BACA LAGI : Sains Tulen Tak Relevan & Susah Dapat Kerja, Pilih Kursus Ada Aplikasi
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.