Kehadiran pengacara, ‘Diva’ Azwan Ali di Sekolah Kebangsaan Klang Gate di Gombak, Selangor pada pagi ini bersempena Pilihan Raya Umum (PRU) 15 telah menarik perhatian media setelah beliau mendaftarkan diri sebagai pengundi pertama di lokasi tersebut.
Muncul dalam persalinan serba hitam, capal, berskaf merah dan berkaca mata hitam, Azwan tetap melayan rakan pemberita yang bertugas biarpun cuaca hujan renyai-renyai masih berterusan pada pagi hari pengundian.
Seperti yang diketahui umum, abang kepada Azwan Ali iaitu Datuk Seri Azmin Ali bertanding pada PRU15 atas tiket Perikatan Nasional bagi Parlimen Gombak; di mana beliau bertemu pesaing kuat yang juga merupakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari daripada parti Pakatan Harapan.
Ketika diajukan mengenai ucapan beliau kepada abangnya itu, Azwan berseloroh, “I ada abang ke?” dan sekadar mengucapkan, “Kepada Datuk Seri Azmin Ali..I panggil dia Min saja. So Min, good luck. Tapi Diva dari dulu lagi dah baca, kau akan kalah dik!”
Tangkap Layar: Sinar Harian
Azwan turut mengajak orang ramai untuk turun ke pusat pengundian yang ditetapkan pada hari ini demi menunaikan kawajipan sebagai rakyat Malaysia.
Ads
“Kepada yang nak keluar mengundi, jangan hanya membuta dengan setan. (Tidur) Walaupun hari hujan, kau tengok ramai rakyat contoh. Pagi-pagi dah penuh (beratur). Kau ada? Keluar pagi-pagi macam aku, the first!” katanya.
Pada 5 November lalu, Azwan Ali telah mencipta sensasi setelah muncul sebagai calon pertama di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak.
Azwan, 56 pada asalnya ingin bertanding atas tiket calon Bebas di kerusi Parlimen Gombak bagi menentang Datuk Seri Azmin Ali.
Ads
Tidak lama kemudian, Azwan mengumumkan menarik diri daripada bertanding selepas arwah ibunya sering hadir dalam mimpi untuk memberitahu supaya tidak bertanding.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di sana sini boleh dilihat orang ramai menyerbu gerai-gerai durian yang merupakan perniagaan bermusim. Lebih meriah jika buah durian dijual dalam harga masuk akal dan tidak terlalu mahal. Kadang kala orang bukan berkira apa jenisnya, buah kahwin, kampung atau bukit tapi bagi yang jenis tak kisah, asal namanya durian, mereka akan membelinya.
Di sebalik orang menyerbu gerai-gerai durian, tentu kita tertanya-tanya berapa agaknya income si penjual buah dalam semalam? Berapa keuntungan mereka peroleh hasil jualan bermusim ini?
REMAJA menemuramah seorang tokey durian, Muhammad Firdaus bin Abdullah, 35 tahun berasal dari Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor.
Firdaus sudah enam tahun menjadi tokey durian di enam lokasi popular seperti Puchong, Bandar Saujana Sungai Buluh, Puchong, Taman Medan, Pasar Malam Air Hitam, Puchong dan lain lagi
Orangnya sangat sempoi malah setiap malam kerjanya hanya membuat fb live memaklumkan lelongan harga-harga durian yang dijual dalam harga yang cukup rendah. Malah ketika REMAJA menemuramahnya, Firdaus melelong durian kahwin jenis 101 pada harga RM15 sekilo. Dan ternyata, kurang dari setengah jam, berbakul-bakul buah tersebut disambar pembeli yang datang tanpa putus-putus.
Lebih menarik berdasarkan pengalamannya berniaga, Firdaus memberi peluang kepada anak muda untuk turut sama membantunya membuat jualan di mana dia mempunyai lebih 30 orang pekerja yang membantunya di enam buah gerai miliknya di serata Selangor.
Firdaus di lokasi jualannya Puchong Prima yang sentiasa diserbu orang setiap malam
Bila start berniaga? Saya bermula pada usia 9 tahun. Ketika itu saya berniaga ikan di Pasar Petaling Jaya. Saya belajar dari bawah bagaimana kehidupan seorang peniaga. Dari situ saya menimba pengalaman demi pengalaman dan rasa puas bila mampu pegang duit sendiri.
Berapa tan habis durian dalam semalam dan berapa income? Jelas Firdaus, sehari bagi enam lokasi kedainya di serata Selangor seperti di Puchong Prima, Bandar Saujana Putra Sungai Buloh, Pasar Malam Air Hitam Puchong, belakang Petronas Puchong dan lain lagi, dalam semalam saja, dia mampu menjual sekitar 10 tan tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad (biasanya 15 tan semalam). Sales biasanya dalam semalam cecah RM20,000 dan selepas ditolak harga belian, keuntungan antara 15-20 peratus semalam.
Upah bagi pekerjanya satu malam mencecah sehingga RM60 ke RM100 lebih bergantung kepada kepakaran terutama memotong buah. Selain itu makan minum juga disupport oleh Firdaus bagi setiap pekerjanya
Bagaimana Firdaus memberi peluang kepada belia dalam mendidik mereka menjadi usahawan bermusim? Kata anak muda berusia 35 tahun ini, perniagaan bermusim ini merupakan satu peluang untuk anak muda belajar bagaimana mahu menjadi usahawan.
“Saya memberi peluang kepada belia dengan purata gaji RM60 kepada RM100 lebih mengikut kepakaran yang ada pada mereka. Kerja di gerai durian ini biasanya melibatkan kerja keras. Biasa saya tawarkan gaji berbaloi dengan kepakaran. Makan minum saya support dan saya didik mereka untuk kenal jenis-jenis buah. Bagi saya, anak muda khususnya orang Melayu harus mengambil peluang perniagaan bermusim ini kerana ia memberikan pendapatan lumayan.Boleh saya katakan, pendapatan biasanya merupakan gaji setahun bagi mereka yang makan gaji.
Macam sama, sudah enam tahun saya berniaga durian dan alhamdulillah, rezeki itu tidak pernah putus.Bila berniaga, kita kena letak sasaran apa kita mahu capai. Kalau musim raya, saya jual barangan raya. Kena cepat ambil peluang dan masa yang sama, kita bantu anak muda mengenainya juga,” katanya yang sangat ramah.
Durian negeri mana paling terbaik? Jelas Firdaus, pendapat ini hanya pendapat peribadinya saja sebagai penjual durian di mana dia mengatakan durian dari Perak iaitu Batu Kurau dan buah dari Tangkak, Johor antara yang terbaik dirasainya.
“Lain orang lain pandangan tapi ini pendapat saya sebagai penjual durian. Ada banyak tempat seperti Raub, Gua Musang, Balik Pulau dan sebagainya. Tapi bukan semua durian saya ambil kerana ada buah tak tahan lama.
“Kalau durian bukit yang ditanam di lereng bukit,buahnya jauh lebih baik dari bawah. Tapi orang kita memang suka makan durian dan setiap hari habis bila diserbu,”katanya lag.
Sebagai peniaga bermusim, Fridaus akui dia mendapatkan terus dari pekebun dan tidak hairanlah harga dijualnya agak murah berbanding biasa.
“Saya tak guna orang tengah. Sebab itu kitab oleh jual murah dari biasa,”katanya mengakui sebagai tokey durian, dia boleh tahu berapa hasil jualan di setiap gerai setiap kali timbangan dilakukan.
“Saya didik pekerja untuk saling mempercayai sama ketika saya belajar ketika kecil untuk berlaku jujur ketika saya kecil dahulu. Bila mereka terima income yang agak baik dan bukan upah yang murah, tak pernah timbul duit shot dan sebagainya. Alhamdulillah, hubungan dengan pekerja sangat baik,?” katanya lagi.
Ali sudah dua tahun lebih bekerja dengan Firdaus dan banyak menimba pengalaman sebagai usahawan bermusim
Dalam itu seorang pekerjanya, Muhammad Ali bin Adnan, 25 tahun berkata, dia sudah dua tahun lebih bekerja dengan Firdaus dan banyak belajar mengenai selok belok perniagaan.
“Walau ini perniagaan bermusim tapi alhamdulillah, saya seronok bekerja. Kalau tidak kerja saya join krew drama dan lain-lain kerja. Tapi dalam bidang ni, apa yang penting kena sabar kerana ada juga pelanggan suka marah-marah,” katanya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akhir tahun lalu, MBO Cinemas telah mengumumkan penutupan beberapa lokasi pawagam mereka kerana menanggung kerugian akibat situasi pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, dengarnya Golden Screen Cinemas (GSC) telah membeli majoriti aset pengendali rangkaian pawagam MBO.
Namun, selepas pengumuman arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang akan berlaku selama sebulan, MBO telah memuat naik hantaran di laman rasmi Facebook mereka dengan menulis catatan “It’s been a while. Signing out now”.
Hantaran itu telah mendapat lebih daripada 2.7 ribu perkongsian dengan hampir 2,000 komen.
Rata-rata daripada pengikut MBO Cinemas menzahirkan rasa sedih kerana pawagam itu menjadi antara tempat favorite mereka untuk menonton wayang.
Bukan hanya pawagam sahaja, kami yakin banyak lagi sektor perniagaan yang terjejas teruk akibat kesan pandemik COVID-19 ini. Sama-samalah kita doakan untuk rakan-rakan atau pun keluarga kita yang turut terkesan pendapatan mereka sepanjang beberapa tahun ini.
Semoga rakyat Malaysia terus kuat untuk menerima dugaan ini.
Baru hari pertama musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru berlangsung pada hari ini, nampaknya rakyat sudah ditegur oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepecs).
Menurut Presiden Cuepecs iaitu Adnan Mat, mereka telah melakukan tinjauan sekitar jam 10 pagi di kawasan pejabat penjawat awam. Ia menunjukkan ramai pekerja yang hadir, tidak seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri iaitu meminumkan jumlah pekerja di pejabat.
Foto: BHOnline
Katanya, “Ketua jabatan nampaknya gagal mengawal pergerakan minimum. Walaupun PKPB sudah berpula, Covid-19 ini belum pulih sepenuhnya. Langkah terbaik adalah duduk di rumah dan bekerja dari rumah.
“Sepatutnya ketua mengambil langkah awal membuat pengiraan keperluan minimum untuk penjawat awam berada di pejabat.
“Mereka yang dibenarkan hanyalah pekerja yang benar-benar sihat, tidah menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan di bawah usia 50 tahun,” jelas beliau.
Foto: BERNAMA
Cuepecs, jelas beliau, kesal kerana tiada garis panduan yang dikeluarkan oleh agensi pemodenan sector perkhidmatan awam seperti MAMPU. Seharunya mereka, menurut Adnan, perlu menyahut seruan kerajaan untuk work from home.
*
Walaupun kelonggaran ini memudahkan urusan rakyat, namun tak semua benda kita boleh lakukan sesuka hati. Kena ikut syarat yang diberikan oleh kerajaan tau..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...