Bila seronok nak pergi travel ke luar negara, ramai yang lupa atau tidak mengambil peduli tentang travel insurance.
Rata-rata daripada masyarakat kita menganggap travel insurance ini satu pembaziran kerana sepanjang pergi melancong, semuanya selamat dan tidak ada apa-apa yang berlaku. Maka, jika membeli travel insurance, duit tersebut akan burn tanpa dituntut.
Namun begitu, sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau kejadian yang tidak diduga, seperti flight delay dan kerosakan bagasi, korang boleh claim jika membeli travel insurance.
Berbaloi kan?
Seperti apa dikongsi oleh Norahimah Karmain yang berpengalaman menggunakan travel insurance ini, sebenarnya banyak manfaat yang korang boleh dapat sekiranya membeli insurans semasa pergi melancong.
Dah byk kali Travel..
Semua Smooth..
Tapi Travel kali ni Allah bagi Dugaan Flight Delay selama 20 Jam …
Masa ni lah datangnya kepentingan Travel Insurance..
Rasa sangat bersyukur masa tu sebab dah sediakan Travel Insurance untuk cover apa-apa kemungkinan yang terjadi.
Berikut merupakan cara-cara dan manfaat yang korang boleh perolehi dengan adanya travel insurance.
1. Korang boleh direct melalui Agent General Insurance atau secara online
Korang boleh pilih insurans yang terbaik mengikut keperluan dan cover area yang korang beli. Jika korang membuat pembelian insurans secara online, kelebihannya adalah boleh mendapat diskaun daripada company insurance tertentu.
2. Sebelum beli, check dulu quotation dan pastikan beli insurans yang cover full coverage:
– PA
– Medical expenses
– Follow up
– Treatment back home
– Alternative medicine
– Hospital allowances
– Compassionate visit
– Fenural expenses
– Lost bags and belongings
– Lost passport and other
– Important docs
– Loss of personal money
– Overseas baggage delay
– Delayed trip
– Cancelled trip
– Interrupted trip
– Overbooked flight
– Missed connection
– Kidnap and ransom
– Home care
– Insolvency of travel agency
Ada beberapa perkara yang korang kena alert sebelum membeli, antaranya adalah seperti:
– Jangan tertipu dengan offer yang murah sebab selalunya yang tak cover
keseluruhan. Jadi, jika terjadi apa-apa yang tak termasuk dalam coverage, korang takkan dapat claim.– Pastikan coverage hari melebihi tempoh travel. Jangan beli ngam-ngam dengan hari travel sebab kalau terjadi kejadian yang tak diingini selepas daripada tarikh luput coverage, tapi korang masih berada di luar negara. Gigit jarilah tak dapat claim nanti.
– Sebelum travel, print dan simpan dalam folder semua resit dan dokumen berkaitan travel insurance.
– Save hotline & email travel insurance company yang korang beli untuk senangkan urusan jika terjadi sesuatu
1. Bila dah confirm dapat tahu flight delay dari airlines korang, cepat-cepat pergi ke pejabat airlines tersebut untuk mendapatkan Confirmation Letter daripada syarikat penerbangan itu. Pastikan syarikat itu menyatakan sebab penerbangan delay dan berapa lama tempoh masa kelewatan.
Kalau tidak mohon, mereka takkan bagi dan disebabkan itu korang kena minta on the spot dan cakap untuk kegunaan claim insurance.
2. Jangan tunggu dah sampai destinasi baru nak mina surat delay dari airline. Minta dekat airport yang kena delay tu.
3. Jangan sesekali buang atau hilangkan boarding pass sebab itu adalah bukti penting yang company insurance
nak tahu bila claim nanti.4. Simpan semua message atau email yang berkaitan dari airlines untuk kegunaan claim.
5. Sebelum claim, double check polisi travel insurance dan pastikan beberapa had minimum tempoh flight delay yang boleh dituntut.
6. Bila sampai Malaysia atau destinasi yang dituju, cepat-cepat claim sebab ada maturity date untuk claim dari tarikh kejadian. Bergantung kepada travel insurans korang. Ada yang diberi 45 hari untuk claim dari tarikh kejadian. Jadi make sure, terus claim!
Janganlah berkira sangat sebab kita tak tahu apa yang berlaku kan? Pepatah pun ada mengatakan, ‘sediakan payung sebelum terlambat’. Kalau berlaku sesuatu yang tak diingini, tambah pula di negara orang, bila ada insurans ni kuranglah sikit beban tu nanti.
Setuju?