Rakan seperjuangan di universiti turut terkesan dan menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Nur Farah Kartini akibat dibunuh.

Menerusi video yang dimuat naik oleh teman mangsa iaitu Yun Ahmad di TikTok, Allahyarham Nur Farah Kartini dilihat sedang berada di lapangan terbang.

Mangsa yang baru berusia 25 tahun itu kemudian melambai-lambai ke arah rakan-rakannya dan mengucapkan selamat tinggal sebelum menaiki pesawat.

ARTIKEL BERKAITAN: Arwah Nur Farah Kartini Pelajar Pintar, GPA 4.0, UPSI Turut Ucap Takziah

“Kepulangan Yang Kami Nantikan, Tapi Allah Lebih Sayang…” -Rakan Allahyarham Nur Farah Kartini

Di ruangan kapsyen video tersebut, Yun meluahkan rasa sedih kerana kehilangan sahabat baiknya, namun tetap reda dengan ketentuan Illahi.

“Kepulangan yang kami nantikan tapi Allah lebih sayang Farah untuk kembali kepadaNya. Tak percaya, ayat terakhir awak untuk kami, ‘bye Donny, Nani, Yuni..jumpa lagi, sayang korang.’

“Kami pun sayang kau Farah, tapi Allah lebih sayangkan kau. Semoga ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman. Tunggu kami di sana. Al-Fatihah,” coretnya di ruangan kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyampai Berita RTM Kawal Emosi Baca Berita Kematian Rakan Sendiri, Nur Farah Kartini

“Kepulangan Yang Kami Nantikan, Tapi Allah Lebih Sayang…” -Rakan Allahyarham Nur Farah Kartini

Terdahulu, mayat Nur Farah Kartini dilaporkan ditemui jam 6 petang semalam di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

Hari ini, seorang suspek berstatus anggota polis lelaki berusia 26 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat mangsa.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Yunahmd

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI