Arab Saudi bersiap sedia untuk menawarkan tarikan terbaru yang bakal menarik pengunjung dari seluruh dunia menerusi pembikinan taman tema pertama yang diinspirasikan daripada francais animasi Jepun, Dragon Ball.
Projek berskala besar yang telah lama diidam-idamkan oleh peminat manga, filem dan permainan animasi ikonik ini telahpun direalisasikan oleh Qidddya Investment Company.
Pada keluasan 500,000 meter persegi (125 ekar), taman tema Dragon Ball tersebut akan dibahagikan kepada tujuh zon; simbolik kepada tujuh buah bola yang perlu dikumpulkan dalam animasi itu.
Setiap zon mempunyai tema berlainan agar pengalaman pengunjung di sana kelak menjadi lebih interaktif dan memuaskan hati. REMAJA beranggapan ia akan dibentuk mengikut era Dragon Ball berbeza seperti Z series, GT series dan Super Series.
Khabarnya, mereka merancang untuk menempatkan lebih daripada 30 permainan jenis rides. Lima daripadanya memetik ilham daripada dunia Dragon Ball sendiri.
Sementara itu, pelbagai jenis pusat penginapan dan restoran turut akan dimuatkan di dalam taman tema.
Ads
Meninjau imej visual rekaan yang kini tular secara dalam talian, beberapa tarikan utamanya yang sinonim dengan animasi Dragon Ball termasuklah Kame House, bangunan Capsule Corporation dan Beerus Planet.
Jika korang mencari-cari tarikan ekstrem, rollercoaster Shenron pastinya akan mencabar keberanian korang pada ketinggian 70 meter.
Pelancaran taman tema Dragon Ball ini hadir kurang sebulan selepas pemergian mendiang Akira Toriyama, artis dan pencipta siri animasi Dragon Ball akibat darah beku di dalam otak.
Ads
Ia juga simbolik kepada sambutan ulang tahun ke-40 selepas keluaran manga originalnya.
Buat masa ini, Qiddiya Investment Company masih belum mengumumkan tarikh pembukaan taman tema mahupun kos pembinaannya. Namun ia menjangkakan tarikh pembinaan akan bermula tidak lama lagi.
Telahan awal kononnya peminat Dragon Ball di seluruh dunia akan teruja dengan perkhabaran ini nampaknya sedikit meleset. Ia berikutan respon bercampur-baur yang diterima daripada warganet mengenai pemilihan Arab Saudi sebagai lokasi pertama taman tema itu dibina.
Selain beranggapan negara asal pencipta Dragon Ball iaitu Jepun lebih wajar dijadikan lokasi utamanya, tidak kurang juga yang mempersoalkan isu hak kemanusiaan dan penolakan hak golongan LGBTQ+ di Arab Saudi. Ia secara tidak langsung memberi kesan kepada kehadiran pengunjung ke sana kelak.
Begitupun di pihak Arab Saudi, pembinaan taman tema ini selari dengan perancangan negara itu untuk meluaskan lagi peluang ekonomi dan tidak sekadar bergantung harap kepada sumber galian serta minyaknya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
CristianoRonaldo dilaporkan telah melamar teman wanitanya, Georgina Rodriguez untuk dijadikan suri hatinya.
Wanita jelita dari Sepanyol itu telah berkata ‘ya’ kepada Ronaldo dan mula mencuba beberapa busana pengantin, dakwa akhbar terlaris Portugal, Correio da Manha.
Pasangan itu dirakam memakai cincin Cartier baharu ketika majlis makan malam romantik di London baru-baru ini.
Correio da Manha memetik seorang sumber sebagai berkata, Cristiano telah meminta Gio untuk mengahwininya.
“Cristiano telah meminta Gio (Georgina) untuk mengahwininya dan perkahwinan itu akan berlaku, cuma hanya beberapa orang sahaja yang tahu mengenai butirannya,” katanya.
Georgina bertemu Ronaldo pada Jun 2016 di butik Gucci, tempat dia bekerja di pusat bandar Madrid ketika bintang Portugal itu sedang membeli-belah pakaian musim panas.
Khabar angin tentang pertunangan mereka hangat diperkatakan semasa Piala Dunia apabila Georgina dilihat menyarungkan cincin berlian bernilai 615,000 pound sterling (RM3.3 juta).
Pasangan popular itu telah hidup bersama di Itali dan memiliki anak perempuan berusia satu tahun, Alana Martina. Selain itu, Georgina turut membantu pemain itu membesarkan tiga lagi anaknya.
Awal tahun ini, ibu Ronaldo memberitahu bahawa Georgina ialah bakal menantunya.
“Dia adalah ibu kepada cucu perempuan saya. Dia ialah calon menantu, tapi dia belum menjadi menantu saya. Dia seorang yang sangat tenang,” katanya.
Sumber:Sport24
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu demi satu kejayaan dilakar oleh pelajar di Malaysia.
Terbaru, dua orang penuntut Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) di Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengharumkan nama negara setelah mereka memperolehi markah tertinggi bagi kertas peperiksaan program The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) bertaraf antarabangsa.
Dua pelajar itu merupakan Looi Pui Mun iaitu graduan Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) yang memperoleh markah tertinggi bagi kertas Advanced Financial Management (AFM) Disember 2021. Manakala Tan Yi Wen, penuntut tahun akhir Sarjana Muda Perakaunan pula memperolehi markah tertinggi bagi kertas Advanced Performance Management (APM) Disember 2021.
Pencapaian ini sekaligus meletakkan Pui Mun di tempat pertama Malaysia DAN di dunia, manakala Yi Wen pula berada di tempat pertama di Malaysia dan ke-14 di dunia.
Kongsi Pui Mun, walaupun dia terpaksa meneruskan pengajian dalam musim pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir, ia tidak menjadi halangan sebaliknya dijadikan sebagai satu kelebihan. Ini kerana dia mempunyai lebih banyak masa untuk fokus belajar selepas menamatkan latihan industri (internship).
Sementara itu Yi Wen pula menzahirkan keterujaannya dan pada masa yang sama berasa terkejut kerana tidak menyangka telah memperoleh markah tertinggi di Malaysia. Jelasnya, untuk mencapai kejayaan tersebut, disiplin amatlah penting dan segala usahanya selama ini terbayar.
Tahniah diucapkan buat Looi Pui Mun dan Tan Yi Wen atas kejayaan yang diraih ini. Semoga lebih ramai anak muda terinspirasi dengan kisah kejayaan dua pelajar cemerlang ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas lebih kurang dua tahun menamatkan pencarian Dewi Remaja 2018/2019, Anna Jobling kini sudah pun membintangi sebuah filem yang ditayangkan di saluran Netflix, Pasal Kau. Jika sebelum ini dia sering menerima tawaran dalam TV komersil, tapi kali ini rezeki Anna untuk bergandingan bersama pelakon berpengalaman Hairul Azreen dan Janna Nick.
“Alhamdulillah segalanya bermula apabila saya menerima panggilan daripada pihak pengurusan yang meminta saya hadir ke sebuah casting sebuah filem. Pada waktu itu saya langsung tidak tahu filem apa dan siapakah yang akan terbabit dalam filem ini. Sehinggalah pengarah Adrian Teh ingin bertemu dengan saya dan menerangkan tentang filem Pasal Kau. Seminggu selepas itu, saya telah pun menerima tawaran untuk bekerjasama bersama beliau,” jelas Anna.
Memegang watak sebagai Amelia, dengan kecantikan yang dimilikinya Amelia merupakan tetamu hotel, dimana tempat Aiman (Hairul Azreen) bekerja. Pada mulanya, Amelia seorang yang friendly sehinggalah dia perlu menjadi seorang perempuan jahat yang ingin menculik seorang Tengku Iskandar, lakonan Josiah Hogan.
Bagi yang mengenali Anna Jobling, pasti ramai melihat gadis berusia 20 tahun ini sebagai seorang yang lemah lembut perwatakannya. Namun, siapa sangka Anna mampu untuk membawakan watak seorang perempuan jahat.
“Ya mungkin orang di luar sana melihat saya seorang yang lembut tetapi saya juga sebenarnya gemar melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti bungee jumping, diving dan macam-macam lagi. Saya rasa tak susah sangat dapat watak macam ni kerana bukan selalu saya menerima tawaran seperti ini, jadi saya mengambil peluang yang diberikan untuk melakukan yang terbaik. Saya ingin membuktikan kepada semua bahawa saya boleh membawa pelbagai watak,” jelasnya lagi.
“Sebelum kami memulakan penggambaran, saya dan dua orang lagi watak yang jadi perempuan jahat dalam filem ini perlu menghadiri sesi latihan menembak dan berlawan untuk kami tahu bagaimana caranya untuk beraksi. Itu merupakan pengalaman paling best bagi saya kerana setiap hari kami berlatih selama 12 hingga 15 jam dan ia bukannya satu perkara yang mudah,”
“Namun, dengan bantuan Sophia Barakbah dan Sugeeta Chandran yang menjadi partner saya dalam filem ini, kami berjaya mencari chemistry semasa sesi latihan sebelum memulakan penggambaran,” tambahnya lagi.
Anna Jobling juga kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Shah Alam 40K bersama pelakon hebat Datin Umie Aida dan Rita Rudaini.
“Alhamdulillah, saya diterima menjadi watak utama bersama kak Umie dan kak Rita dalam drama terbaru nanti. InsyaAllah drama ini akan ditayangkan pada akhir tahun ini,”
Tahniah Remaja ucapkan kepada Anna Jobling dengan kejayaannya dan semoga Anna terus sukses dan menempa nama dalam industri hiburan tanah air.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...