Setelah dua episod dilangsungkan beberapa minggu lalu, episod ketiga sekaligus episod terakhirnya terpaksa ditunda sehingga malam ini akibat kes positif Covid-19 yang melanda salah seorang pesertanya, Alif Satar.
9 buah lagu terakhir telahpun dinyanyikan pada malam ini lalu menandakan kesemua 30 buah lagu telah dipersembahkan untuk dihakimi oleh para juri.
Justeru, berikut merupakan senarai penuh lagu yang berjaya menempah slot akhir ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-35 yang dijangka akan dilangsungkan pada awal tahun hadapan.
Aku Bidadari Syurgamu
Penyanyi: Datuk Seri Siti Nurhaliza (digantikan oleh Aisyah)
Ciptaan: Ippo Hafiz, Siti Rosmizah
Penyanyi: Hael Husaini Ciptaan: Hael Husaini & Ezra Kong
Ads
7 Nasihat
Penyanyi: KMY KMO, Datuk Seri Siti Nurhaliza & Luca Sickta (digantikan oleh Shiha Zikir) Ciptaan: KMY KMO & Luca Sickta
Belenggu Rindu
Penyanyi: Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdullah Ciptaan: Hael Husaini & Ezra Kong
*
Haa, amacam? Adakah lagu, komposer dan penyanyi kegemaran korang terpilih pada malam ini?
Melihatkan kepada senarai ini, terdapat ramai penyanyi yang baru kali pertama menjejakkan kaki ke pentas AJL seperti Zizi Kirana, Noki, Tuju, Kaka Azraff, kumpulan Floor88 dan Amir Masdi.
Namun, tak kurang juga mereka yang merupakan senior di pentas itu dan pernah memenanginya sebelum ini seperti Aisyah, Dato’ Jamal Abdillah, Azlan dan Hael Husaini sendiri yang pernah dua kali menjuarai AJL.
Kami juga tak sabar menantikan ‘perang vokal’ di antara penyanyi hebat seperti Aina Abdul dan Ernie Zakri. Atau mungkin ada nafas baru yang diberikan oleh penyanyi lain untuk mendapatkan gelaran Vokal Terbaik kali ini.
Sama-sama kita nanti. Tahniah semua!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini, agensi itu telah memuat naik sebuah video yang tertulis ‘WE ARE BULLETPROOF’ dan ‘2022.06.10’ pada penghujung iklan konsert yang bakal berlangsung pada 16 April di Las Vegas. Bersama-sama dengan video itu juga, Big Hit Music turut menyiarkan sebuah kenyataan rasmi di Weverse dan mengumumkan kumpulan kpop itu akan kemali pada 10 Jun dengan album baharu.
Melewati 25 tahun usia pembabitan dalam industri seni jelas menterjemahkan keselesaan yang memeluk penyanyi kelahiran Indonesia bersuara lunak, Datuk Seri Rossa.
Meski bersilih ganti bakat baharu hadir mewarnai pentas industri hiburan, keutuhan populariti Rossa atau nama lengkapnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani tidak pernah goyah.
Tidak hanya unggul sebagai antara penyanyi papan atas di negara kelahirannya, Rossa, 44, keampuhan popularitinya di negara jiran, terutama Malaysia terus kukuh apabila karya terbaru yang dihasilkan sentiasa mendapat tempat istimewa di hati penggemarnya.
Justeru, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila kemunculan terbaharunya menerusi konsert Another Journey: The Beginning di Zepp Kuala Lumpur pada 13 dan 14 Julai lalu membekas pelbagai memori yang tidak mudah dilupakan peminat setianya.
Mengikut perancangan asal, konsert dalam siri Dream Festival Collaboration Vol. 3 hanya berlangsung pada 14 Julai. Namun, sambutan hangat peminat apabila tiket konsert habis terjual dalam tempoh singkat, membuatkan Rossa bersedia menambah satu lagi malam persembahan iaitu pada 13 Julai lalu.
Sambutan luar biasa itu membuktikan populariti Rossa tetap ampuh, malah kehadirannya sentiasa dinanti-nantikan peminat yang merindui gemersik suaranya mengalunkan lagu-lagu yang begitu dekat di hati mereka.
Tiada siapa yang mampu menidakkan kredibiliti Rossa di pentas. Kehadiran hampir 5,000 peminat untuk kedua-dua malam persembahan membuktikan namanya masih relevan dan karyanya sentiasa didahagakan peminat.
Magis keampuhan Rossa terletak pada untaian-untaian malar segar yang sehingga kini terus setia menemani ramai. Namun, di sebalik keselesaan itu, Rossa tidak pernah sesekali berpeluk tubuh.
Dia sebaliknya, sentiasa mencabar diri supaya lebih kreatif dan inovatif dalam menampilkan pembaharuan menerusi lebih 20 karya yang dipersembahkan sepanjang dua jam konsert berlangsung.
Meskipun kedatangan terbarunya membawa misi memperkenalkan lagu yang dirakamkan dalam album Another Journey: The Beginning yang dilancarkan Februari lalu, objektif Rossa tercapai apabila lagu-lagu itu sudah mula sebati di pendengaran penonton yabg sebahagian besarnya kelompok muda.
Mendekati kelompok penonton muda juga antara misi utama Rossa apabila memilih untuk beraksi di Zepp KL dengan konsep persembahan yang lebih santai, intim dan segar.
Membuka tirai persembahan dengan penuh bertenaga menerusi lagu Malam Pertama, Rossa tidak perlu menunggu lama untuk membuai emosi penonton. Dia seterusnya menyajikan himpunan lagu popular yang memahat kukuh namanya dalam kelompok penyanyi wanita hebat Indonesia.
Seleksi lagu galau seperti Aku Bukan Untukmu dan Jangan Hilangkan Dia yang menjadi trademark penyanyi kelahiran Sumedang, Jawa Barat membuat peminat tidak betah berdiam, sebaliknya turut bersama-sama menyanyi.
Turut sinonim sebagai penyanyi runut bunyi, Rossa tidak melupakan lagu wajib iaitu Takdir Cinta dan Ayat-Ayat Cintayang disampaikan secara medley. Bersama susunan muzik baharu, alunan bertenaga dan penuh ekspresi Rossa melarutkan penonton dalam keindahan vokalnya.
Rossa juga tidak melupakan runut bunyi terbaru yang dirakamkannya, Khanti ciptaan Melly Goeslaw yang diakui mampu mengulangi kecemerlangan yang dilakar Ayat-Ayat Cinta dan Takdir Cinta.
Rossa seterusnya membawa penonton melewati perjalanan yang dilaluinya ketika dunia berdepan pandemik Covid-19 menerusi untaian terbaru yang dimuatkan dalam album Another Journey: The Beginning.
Bagai membentang naratif perjalanan peribadinya berkisar kehidupan, karier, cinta, Rossa memukau menerusi untaian lagu seperti Wanita, Masih, Terlalu Berharap, Akhirnya, Sekali Ini Saja selain Lupakan Cinta.
Setiap lagu, akui Rossa yang sesekali menyisipkan canda dalam celotehnya menyimpan makna tersendiri. Justeru, meskipun sinonim dengan lagu galau, Rossa tetap memastikan lagu nyanyiannya membawa mesej untuk dihayati pendengar.
Ruang Zepp KL gamat apabila Rossa menyanyikan lagu Hati Yang Kau Sakiti versi Korea. Pujian wajar diberikan kepada Rossa dan tenaga produksi konsert Another Journey:The Beginning yang bijak memancing energi penonton.
Harus diakui, evolusi Rossa sebagai penghibur jelas terpancar menerusi penampilan terbarunya ini. Improvisasi yang dilakukan dengan menyuntik nuansa EDM pada lagu popularnya seperti Pudar dan Hey Ladies sebagai penutup konsert membuktikan strategi Rossa dalam mencari kelompok peminat baharu berhasil.
Untuk malam pertama, Rossa tidak tampil bersendirian apabila mengundang penyanyi baharu, Betrand Putra Onsu sebagai artis pembuka menerusi lagu Takkan Berpaling Darimu dan Ku Menunggu.
Kemunculan Rizky Febian meskipun seketika, ia tetap mengesankan. Rizky membuat khalayak tidak keruan ketika mendendangkan dua lagu popularnya, Cuek dan Kesempurnaan Cinta.
Duetnya bersama Rossa menerusi lagu Bertengkar Manis mencatatkan kenangan yang cukup manis bagi 2,400 penonton yang memenuhi ruang Zepp KL pada malam pertama.
Malam kedua pula, Rossa membawa penyanyi muda yang sedang hangat mencipta nama, Mahalini. Meskipun cuma mempersembahkan dua lagu, kemunculan penyanyi kelahiran Denpasar, Bali itu membawakan Sisa Rasa dan Sial berjaya menambahkan lagi kemeriahan konsert.
Suasana konsert bertambah hangat apabila Mahalini berduet dengan Rossa menyanyikan lagu ciptaannya untuk penyanyi tersebut iaitu Lupakan Cinta.
Konsert pada malam kedua turut diserikan dengan penyanyi tempatan yang mencipta nama menerusi program, Vokal Mania, Zareef Sein yang mempersembahkan dua lagu termasuk Ku Menunggu.
Melewati 25 tahun usia kerjaya, konsert Another Journey: The Beginning adalah pembuktian kematangan Rossa sebagai penghibur yang berani, malah bijak beradaptasi dengan perubahan untuk sentiasa kekal relevan dalam industri seni.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak sah sekiranya Anugerah Akademi (Oscars) yang meraikan filem-filem terbaik Hollywood sepanjang tahun lalu tidak terpalit dengan kontroversi di sebalik pemilihan pemenangnya.
Dalam acara Oscars ke-97 yang bersiaran dari Dolby Theater di Los Angeles sebentar tadi, kemenangan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik telah berpihak kepada pelakon muda, Mikey Madison menerusi lakonan memberangsangkan dalam filem Anora.
Mikey, 25 mengenepikan saingan sengit terutamanya daripada Hollywood darling, Demi Moore (The Substance); Cynthia Erivo (Wicked), Fernanda Torres (I’m Still Here) dan Karla Sofía Gascón (Emilia Pérez).
Mikey Madison.Demi Moore.
Sebelum ini, Mikey membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik di anugerah BAFTA (anugerah perfileman di Great Britain yang sama tarafnya dengan Oscars) setelah para juri terpikat dengan watak lakonannya sebagai seorang pekerja seks bernama Ani yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Ivan, jejaka dari Rusia yang berkuasa.
Biarpun pengkritik filem rata-rata memuji kredibiliti lakonan Mikey dalam filem Anora, masih ramai yang tidak begitu mengenali dengan lebih dekat siapakah gerangan pelakon berkulit cerah ini.
Jom lihat 5 fakta menarik mengenai Mikey Madison.
01
Biarpun Mikey berasal dari San Fernando Valley di Los Angelas, ibu bapanya merupakan pakar psikologi dan tidak terlibat dalam industri perfileman seperti majoriti pendatang baharu Hollywood yang lain pada masa kini.
02
Mikey disekolahkan di rumah bersama empat lagi adik-beradik lain. Oleh itu ketika membesar, Mikey mempunyai masa untuk bergiat dalam pertandingan menunggang kuda sama seperti yang pernah dilakukan oleh ibunya dan neneknya.
03
Tidak lama kemudian, Mikey memilih untuk meninggalkan bidang sukan tersebut kerana ingin menceburi dunia lakonan yang boleh memakan masa yang lama. Ibunya menyokong sepenuhnya minat Mikey itu dan mendaftarkannya ke dalam kelas lakonan.
“Saya tertarik dengan intimasi dan connection yang hadir dalam dunia lakonan. Bagi saya, ia amatlah berani, mendalam dan beremosi. Kesemua itu adalah perasaan yang saya tidak terokai sebagai seorang penunggang kuda dahulu,” katanya dalam satu temubual bersama Vogue.
04
Sebelum Anora dan Scream V, Mikey terlebih dahulu melakonankan watak utama pertamanya pada tahun 2017 menerusi sebuah filem indie berjudul Liza, Liza, Skies Are Grey.
Mikey juga pernah menjayakan watak berskala kecil dalam filem Once Upon A Time… In Hollywood arahan Quentin Tarantino. Scream V merupakan filem yang benar-benar menjulang populariti Mikey apabila gandingannya bersama Jenna Ortega berjaya mencuri tumpuan penonton. Terbaru, Mikey juga muncul dalam filem Lady In The Lake.
05
Watak Ani dalam filem Anora ditulis khas oleh pengarahnya, Sean Baker setelah beliau menonton lakonan Mikey dalam filem seram, Scream V. Namun menurut Sean sewaktu menerima trofi Pengarah Terbaik Oscars ke-97 sebentar tadi, beliau benar-benar merasakan Mikey sesuai membawakan watak Ani itu setelah menontonnya dalam filem Once Upon A Time… In Hollywood.
Sebaik dilamar oleh Sean untuk melakonkan watak Ani, Mikey tidak menunggu lama menyatakan persetujuannya dan merasakan dirinya adalah pelakon wanita paling bertuah di dunia apabila menerima pelawaan tersebut.
Dalam ucapan kemenangannya di Oscars, Mikey sekali lagi mendedikasikan kemenangannya itu kepada komuniti pekerja seks seperti yang pernah dilakukannya di anugerah BAFTA.
“Saya juga ingin sekali lagi mengiktiraf dan memberikan penghormatan kepada komuniti pekerja seks. Saya akan terus menyokong dan menjadi sekutu wanita-wanita luar biasa ini.
“Peluang bertemu dengan wanita-wanita daripada komuniti tersebut adalah salah satu sorotan terbaik saya sepanjang pengalaman (membintangi Anora).”
Tahniah Mikey Madison setelah menjadi salah seorang pelakon wanita termuda pernah menjulang trofi keramat tersebut di pentas berprestij Oscars.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jaguh Muay Thai negara, Johan Jojo Ghazali atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar baru-baru ini mencuri perhatian apabila beliau menyifatkan hubungannya bersama kekasih...