Hiburan

Keputusan Peperiksaan Bukan Penentu Masa Depan, Fadhli Masoot Beri Nasihat Pada Lepasan SPM

Share

Seperti yang kita ketahui, keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bagi calon tahun 2023 hari ini sudah pun dikeluarkan. Ada di antara pelajar berjaya mendapat keputusan yang baik dan juga sebaliknya.

Dalam pada itu, pelakon Fadhli Masoot juga sempat berkongsi sedikit pesanan yang mungkin boleh dijadikan pegangan buat adik-adik yang baru sahaja menerima keputusan SPM.

Menerusi Instagram story, Fadhli menekankan supaya semua calon sentiasa menyeimbangkan ilmu dan adab. Menurutnya, menjaga adab dan akhlak juga sama penting dengan berilmu.

Artikel Berkaitan: “9A, Mantap ar… Congratulations”, Adik Meerqeen Raih Keputusan Cemerlang Dalam SPM 2023!

“Kepada semua yang menduduki SPM, Tahniah, dan percayalah. Keputusan itu tak semestinya bisa jadi penentu untuk masa akan datang jika tidak terlalu baik” – Fadhli 

“Ilmu dan pendidikan masih boleh di semat setelah tamat zaman persekolahan sekalipun. Cuma, ingatlah. Apa yang harus dibekalkan untuk masa hadapan selain ILMU, adalah ADAB dan AKHLAK. Orang berilmu ni ramai, tapi belum tentu beradab” – Fadhli 

Kredit: Instagram @fadhlimasoot

Fadhli juga menasihati agar semua berusaha menjadi manusia yang lebih baik bukan saja dari aspek ilmu pengetahuan, malah peradaban.

Artikel Berkaitan: “Saya Doakan Anak-Anak Kita Semua Berjaya…”, Anak Zarina Zainuddin Dapat 6A Dalam SPM 2023!

“Banyak orang terlepas pandang nak mengejar siapa yang paling berilmu berbanding orang yang beradab sudah tentu tidak perlu dibanding bandingkan. Jika nak bercakap tentang ilmu, iblis lebih tinggi ilmunya. Tak gitu?”  – Fadhli 

“Biar keputusan secemerlang atau segagal mana sekalipun, sekurangnya kita berusaha sendiri untuk menjadi sosok manusia yang lebih baik dari sebelumnya untuk hari hari mendatang” – Fadhli 

Apa pun, nasihat yang dikongsi Fadhli itu ada betulnya. Jadi kepada adik-adik di luar sana, jangan sedih kalau keputusan kurang baik sebab di luar sana akan ada banyak peluang yang mungkin lebih baik untuk diri korang.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE