Hari yang ditunggu sudah tiba apabila keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 secara rasmi akan diumumkan pada 24 April ini.
Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, setiap calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM 2024 daripada sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh tersebut.
Selain itu, bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
Kredit foto: Kementerian Pendidikan
“Sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM 2024 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur”
“Seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2024 di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara,” jelas kenyataan tersebut.
Ads
Sementara itu, kedua sistem seperti laman web rasmi dan i sistem pesanan ringkas (SMS) akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 24 April 2025 sehingga 6 petang pada 30 April 2025.
Kredit foto: Kementerian Pendidikan
KPM turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.
“Kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan,” katanya.
Berikut adalah beberapa kaedah untuk calon mendapatkan keputusan:
Ads
SEMAKAN DI SEKOLAH/ JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 24 April 2025.
Calon yang menghadapi isu akses boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing atau di sekolah yang berdekatan.
Bagi calon persendirian, anda boleh hadir ke Jabatan Pendidikan Negeri.
Ads
Kredit foto: Kementerian PendidikanKredit foto: Kementerian Pendidikan
SEMAKAN ONLINE
Calon digalakkan untuk menyemak keputusan masing-masing secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my mulai 24 April 2025, pukul 10.00 pagi.
Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan https://myresultspm.moe.gov.my/ untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2024 mulai 10 pagi pada 24 April 2025.
SEMAKAN SMS
Calon juga boleh menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGilirandan hantar ke 15888. ( Contoh: SPM 000527031234 WY189A123 )
Sistem ini akan diaktifkan mulai 24 April 2025, 10.00 pagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pasukan Selangor FC melakar kejutan apabila berjaya menumbangkan kelab dari Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Rabu, semalam.
Pada separuh masa pertama menyaksikan skuad Gergasi Merah lebih agresif mengasak kubu Jeonbuk dan berjaya membuka tirai jaringan menerusi kapten, Harith Haiqal Adam Afkar pada minit 30.
Gol tersebut diraih berpunca daripada sepakan percuma Yohandry Orozco yang menemui Umarbek Eshmurodov sebelum dia menghantar kepada Harith untuk disudahkan dengan baik oleh pemain berusia 22 tahun itu.
Selangor terus gigih apabila menambah gol dua minit berselang kali ini menerusi Ali Olwan yang cemerlang menyudahkan hantaran Noaa Laine.
Walau bagaimanapun, Jeonbuk berjaya merapatkan kedudukan pada minit 40 menerusi tandukan Kwon Chang-hoon untuk menewaskan Muhammad Azim Al Amin di gawang gol Selangor.
Bersambung pada separuh masa kedua, Selangor hampir mendapat gol ketiga namun percubaan Nikola Jambor hanya menggegar palang gol Jeonbuk pada minit 49.
Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan menyaksikan skuad kendalian Nidzam Jamil itu meraih tiga mata berharga berdepan pasukan terkuat dalam saingan Kumpulan H.
Kemenangan itu meletakkan Selangor di kedudukan teratas kumpulan dengan tujuh mata dibezakan satu mata dengan Jeonbuk di kedudukan kedua.
Sekadar info, Selangor FC sekali lagi akan berdepan Jeonbuk kali ini bermain di laman lawan pada 7 November akan datang.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Komposer tersohor negara, Othman Mohamed dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini dipercayai akibat sesak nafas.
Allahyarham yang juga abang kepada penyanyi lagu Kau Pergi Jua, Allahyarham Adam Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun.
Menerusi laman Facebook Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam kemas kini menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Othman.
Kredit: UiTM
Allahyarham merupakan pencipta lagu ‘UiTM Di Hatiku’ dan merupakan alumni universiti berkenaan yang juga pengambilan pertama dalam jurusan Diploma Muzik pada 1984.
Menurut anak kedua Allahyarham, Izwana Othman (36) mengesahkan pemergian bapanya dan jelasnya, Allahyarham berada dalam keadaan sihat sebelum mengalami demam, dua hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Jenazah Othman disempurnakan di Masjid Al-Ehsan Seksyen 24, Shah Alam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.
Semasa hayatnya, Othman menghasilkan beberapa lagu malar segar antaranya Kau Pergi Jua, Di Hari Persandinganmu, Episod Cinta, Hanya Di Radio dan banyak lagi.
Salam takziah kami ucapkan buat keluarga. Al-Fatihah…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hasil mendidik anak-anak bangsa selama ini membuahkan hasil apabila guru prasekolah dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Lurah Bilut, Pahang, Neermala Doraisamy (43) dianugerahkan Guru Terbaik 2024 kategori Pendidikan Prasekolah dalam majlis Asian Education Awards 2024 di Bangkok, Thailand baru-baru ini.
Beliau yang telah 19 tahun mencurah bakti dalam dunia pendidikan, merupakan seorang guru yang gigih dan berdedikasi.
Selain itu, pengalaman luas mendidik generasi muda membuktikan keikhlasan beliau dalam mencorak masa depan anak bangsa.
Cikgu Neermala meluahkan rasa syukur atas penganugerahan yang diberikan Asia Education Conclave (AEC).
“Saya berbesar hati menerima anugerah Guru Terbaik 2024 kategori Pendidikan Prasekolah daripada AEC. Platform ini menyatukan para pendidik dari seluruh dunia dan menonjolkan peranan penting kami sebagai guru dalam membentuk masa depan”
“Saya bersyukur kepada Tuhan atas rahmat, petunjuk dan peluang yang diberikan. Sesungguhnya, diri ini sangat gembira kerana dapat berdiri sebaris dengan pendidik dan pemimpin yang berdedikasi dalam bidang masing-masing,” kata Cikgu Neermala.
Menurut anak kelahiran Temerloh, Pahang ini berkata, sudah 14 tahun dirinya mengajar peringkat prasekolah di mana murid-muridnya berumur lima dan enam tahun.
“Saya mengajar berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan anugerah diterima bukti kepada usaha kolektif semua pihak yang bekerja keras meningkatkan pendidikan awal kanak-kanak,” ujarnya lagi.
“Justeru itu, saya berhasrat untuk terus memberikan impak positif dalam pendidikan di peringkat ini,” jelasnya.
Sementara itu, Cikgu Neermala turut merakam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada suami tercinta, Youva Raj, ahli keluarga, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bentong, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pentadbir dan rakan-rakan sekerja di SJKT Lurah Bilut kerana sentiasa memberi sokongan, dorongan dan bantuan yang tidak pernah pudar untuknya meneruskan perjuangan.
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...