Keputusan PM Bubar Parlimen Dikecam Warganet, Didakwa “Tunduk Kepada Kluster Penyamun”

Share

 

Sebahagian besar rakyat Malaysia jelas tidak bersetuju dengan keputusan pembubaran Parlimen ke-14 pada hari ini seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Tinjauan di media sosial terutamanya di platform Tiwtter mendapati kecaman rata-rata ditujukan kepada Ismail Sabri yang didakwa terlalu mengikut telunjuk parti UMNO yang diwakilinya dan – well – “tunduk kepada kluster penyamun” sambil merujuk kepada ahli-ahli Parlimen yang dikaitkan dengan perbicaraan di mahkamah.

Sebagai rekod, bekas Presiden UMNO merangkap mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini sedang dipenjarakan selama 12 tahun setelah disabitkan bersalah dalam penyelewengan RM42 juta dana SRC International. Sementara itu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahir Hamidi pula berdepan pertuduhan rasuah ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri melibatkan berjuta-juta Ringgit.

ARTIKEL BERKAITAN : Kenali 3 “Yang Arif” Hakim Wanita Jadi Tumpuan Kes Najib Ke Penjara – REMAJA

Kemarahan orang ramai itu berlipat kali ganda memandangkan musim tengkujuh dan bencana banjir dijangkakan bakal berlaku pada hujung tahun hingga awal tahun hadapan; seperti yang kita semua saksikan berlaku tidak lama dahulu.

Menurut Jabatan Metereologi Negara, ia meramalkan Monsun Timur Laut akan bermula pada November ini dan hanya berakhir pada bulan Mac nanti.

Sepanjang tempoh itu, Malaysia diramalkan menerima tiupan angin dari arah timur laut secara konsisten di antara 10 hingga 20 kilometer sejam. Ia secara tidak langsung akan menganggu keharmonian hidup terutamanya buat penduduk di negeri Pantai Timur Semenanjung dan Pantai Barat Sarawak.

Kekecewaan warganet mengenai pembubaran parlimen tidak terhenti di situ apabila ramai berpendapat ekonomi negara seharusnya dijadikan fokus utama buat masa ini dan bukannya siapa yang memegang tampuk kepimpinan negara. Pembubaran ini menguatkan lagi andaian ‘gila kuasa’ terhadap ahli politik di Malaysia.

Hhm, apa pendapat korang? Setuju dengan luahan perasaan warganet?

ARTIKEL BERKAITAN : Apa Terjadi Kepada Malaysia Selepas PM Umum Parlimen Dibubar Hari Ini? – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ