Jika ingin memilih kes melibatkan mangsa maut yang paling diperkatakan sepanjang tahun 2022 buat masa ini, ternyata tiada kes yang boleh mengenepikan kematian aktres Thailand, Nida Tangmo Patcharaveerapong.
Kematian aktres tersebut bukan saja meraih perhatian peminat di Thailand, malah warganet di Malaysia serta Indonesia juga menjadi menjadikan platform media sosial sebagai ‘kem’ untuk melaungkan tuntutan agar kematian tersebut mendapat pengadilan sejak bulan Februari lalu.
Pelbagai teori dimainkan oleh akaun media sosial selagi siasatan dijalankan. Andaian dan bukti tersebut kemudianya dikongsikan ke platform-platform berbeza hinggakan ramai percaya Tangmo menjadi mangsa percubaan bunuh oleh lima orang ahli bot yang dinaikinya di Sungai Chao Phraya pada malam kejadian.
Andaian tersebut bertambah kuat setelah ibu mendiang, Panida Siriyuthayothin inginkan agar ujian autopsi kedua dilakukan ke atas jasad Tangmo selepas beliau tidak berpuas hati dengan keputusan autopsi pertama.
ARTIKEL BERKAITAN : Ibu ‘Tangmo’ Nida Dituduh Maafkan 2 Saksi Kes Kerana Wang Bernilai RM3.8 Juta – REMAJA
Selepas tempoh siasatan ditamatkan pada minggu ini, akhirnya pihak polis Thailand memaklumkan bahawa pegawai penyiasatan telah menetapkan kematian aktres itu berlaku kerana terjatuh dari bahagian bot laju dan badannya terkena kipas bot sebelum dia lemas di sungai Chao Phraya.
Manakala, lima orang yang berada di dalam bot tersebut pula akan didakwa atas dakwaan kecuaian yang menyebabkan kematian, memberikan kenyataan palsu kepada pihak berkuasa dan menyembunyikan bukti bagi membantu pesalah.
Selain mereka berlima, peguam, Peam Em Thamtheerasri turut didakwa oleh polis kerana menyembunyikan bukti bagi membantu pesalah dan meminta pihak lain membuat kenyataan palsu.
ARTIKEL BERKAITAN : Plot Kes Pelakon Thailand Lemas Semakin Rumit, Polis Tidak Yakin Kenyataan 5 Saksi – REMAJA
Beikut merupakan dakwaan yang dikeluarkan oleh Polis Thailand ke atas lima ahli bot utama. Mereka menaiki bot laju bersama Tangmo pada 24 Februari lalu sewaktu mangsa terjatuh dari bot dan lemas :
Idsarin Gatick Juthasuksawa (Pengurus Tangmo)
Dakwaan : Menyembunyikan bukti untuk membantu pesalah dan memberikan kenyataan palsu.
Tanupat Por Lerttaweewit (Pemilik Bot Laju)
Dakwaan : Memandu bot secara cuai hingga menyebabkan kematian, memandu bot tanpa lesen, menjatuhkan objek ke dalam sungai, memberi kenyataan palsu, gagal melampirkan nama bot dan memandu bot yang telah tamat tempoh pendaftaran.
Nitas Jo Kiratisoothisathorn
Dakwaan : Menyembunyikan bukti untuk membantu pesalah dan menjatuhkan objek ke dalam sungai.
Phaiboon Robert Trikanjananun (Pemandu Bot Laju)
Dakwaan : Melakukan kecuaian menyebabkan kematian, memandu bot tanpa lesen, menggunakan bot dengan pendaftaran tamat tempoh dan menjatuhkan objek ke dalam sungai.
Wisapat Sand Manomairat
Dakwaan : Melakukan kecuaian hingga menyebabkan kematian.
*
Keputusan telahpun dibuat oleh pihak berkuasa Thailand. Diharap kita semua boleh menerimanya dengan hati terbuka dan tiada lagi spekulasi liar bertebaran selepas ini.
RIP Tangmo Nida!
Sumber Foto : Bangkok Post
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.