
Pertama sekali, Remaja ingin ucapkan ALL THE BEST kepada korang yang akan mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada esok 10 Jun 2021. Kerja keras yang telah kamu curahkan selama ini berserta doa daripada ibu bapa dan guru insyaAllah akan membuahkan hasil.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah memaklumkan yang mana keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 boleh disemak bermula 10 Jun 2021 (Khamis) bermula pukul 10 pagi.
Semakan boleh dilakukan secara atas-talian melalui laman rasmi MOE atau melalui SMS.
Secara atas-talian, para pelajar boleh melayarI MyResult1 atau MyResult2 untuk mendapatkan keputusan penuh.
“Kembang Tekak…”, Polis Kesan Peniaga Jalanan Simpan Jeruk Buah Dalam Longkang

Pada zaman ini, terdapat pelbagai cara untuk menjual produk makanan sehingga kadang-kadang bahayakan diri dan nyawa. Jika kita perasan sejak setahun dua ini ramai mengambil peluang berniaga di tengah jalan ketika kenderaan berhenti di lampu isyarat.
ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga Boleh Didenda Jika Jual Snek Tanpa Label Bahasa Melayu/Inggeris
Yang popularnya ialah jeruk buah. Memang sedap jeruk buah ni lagi-lagi tengah cuaca panas. Perghhh…
Tapi mengejutkan orang ramai apabila baru-baru ini Polis Johor telah menjalankan Ops Khas Peniaga Jalanan sekitar Johor untuk memastikan peniaga-peniaga menjaga kebersihan dan juga mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Pun begitu, polis dapat mengesan peniaga yang tak bertanggungjawab dengan meletakkan jeruk buah untuk dijual di dalam longkang! Walaupun disimpan di dalam bekas polisterin tapi ianya telah melanggar SOP kebersihan yang ditetapkan.
Hmmm….
Menurut K! Online, enam saman telah dikeluarkan kepada sepanjang operasi itu dijalankan kerana ramai peniaga yang mengambil mudah hal kebersihan selain boleh mengundang masalah kesihatan kepada pembeli.

“Operasi ini dijalankan secara berkala dan berterusan, namun sejak akhir-akhir ini kegiatan ini semakin berleluasa terutamanya di kawasan-kawasan persimpangan lampu isyarat” – Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M. Kumarasan
Ujarnya lagi, peniaga yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan di bawah Kaedah 10A (1) dan Kaedah 10A (2) LN 166/59 yang mana boleh diambil tindakan denda tidak melebihi RM2,000 jika disabitkan kesalahan.
Hmm, Jadi korang yang nak membeli buah di tepi jalan tu pastikan kebersihannya dulu okay? peiaga pula perlu la lebih bertanggung jawap, baru lah makin laris kalau terjamin bersih.
BACA LAGI : Peniaga Bungkusan Makanan Guna Bahan Tajam Berdepan Denda Sehingga RM100,000 Jika Tertangkap
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Kosmo
Pendapatan ‘Influencer’ Cecah RM100,000 Sebulan, Dr. Say Shazril Dedah Bagaimana Ia Tidak Mustahil

Baru-baru ini tular apabila pempengaruh dan model terkenal, Dahlia Rizal berkongsi berita gembiranya membeli sebuah kereta mewah iaitu Mercedes Benz pada usia muda.
ARTIKEL BERKAITAN: Influencer Ini Miliki Rumah Mewah Awal 20an. Terpegun Tengok Interior Dia!
Maka, muncul teka-teki dalam kalangan netizen berkaitan jumlah pendapatan yang boleh diperoleh seorang influencer.
Menjawab kepada pertanyaan tersebut, pempengaruh yang juga pengamal perubatan, Dr. Say Shazril tampil mendedahkan pendapatan yang mampu diperolehi seorang influencer untuk sebulan.
Jelas Dr. Say, pendapatan tersebut bergantung kepada peringkat dan tahap seseorang influencer itu berada mengikut jumlah pengikut di media sosial.
“Baru-baru ini Dahlia angkut Mercs, jadi ada yang curious akan kemampuannya. Pertama sekali, Dahlia ini bukannya baru famous, IG dia ada 779,000 pengikut. Kiranya dia dah lama bertapak dalam dunia influencing ini.
“Okay secara purata, pendapatan seorang influencer ini adalah dari RM3,000 hingga RM100,000 sebulan. Sebab apa besar range nya? Sebab influencer ini ada banyak peringkat.
“Nano influencers bila pengikut dia bawah 1,000, micro influencer pengikut 1,000 ke 100,000. Macro influencer pula dekat mana saya berada 100,000 hingga 1 juta. Mega influencer pengikutnya 1 juta ke atas,” jelasnya.
Namun, kadar bayaran seseorang pempengaruh itu juga turut dilihat menerusi ‘engagement’ di media sosial.
“Ia bukan hanya sebab pengikut, sebab pengikut sekarang boleh dibeli. Apa yang kebanyakkan client dan agensi nak tengok sekarang adalah pengikut dan juga engagement.
“Engagement ini senang kata macam mana interactive pengikut anda. Jadi kalau influencer ini charge 1 video RM5,000 memang tidak lah agensi atau client nak bayar.
“Berbalik kisah Dahlia, video-video dia semua beratus ribu tontonan, beribu tanda suka, komen pun banyak. Jadi dekat situ kita boleh dapat tahu engagement dia tinggi. Pula itu pengikut dia tinggi. Bila dua ini bersatu, maka keluarlah sebiji Mercedez,” katanya lagi.
BACA LAGI: Datuk Nicol David Atlet Berpendidikan Tinggi, Rajin Timba Ilmu Walau Dah Bersara!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: SAYS, TIKTOK DR SAY SHAZRIL
2 Beradik Dicabul Lelaki Pedofilia Di Petaling Jaya. 6 “TAKTIK” Pedofilia Kena Tahu

Kebelakangan ini isu anak-anak kecil dan remaja menjadi mangsa rogol dan liwat orang yang rapat iaitu ahli keluarga, jiran, guru agak panas dibicarakan.
Hari ini Harian Metro melaporkan dua kanak-kanak lelaki berusia lapan dan sembilan tahun pulang ke rumah dalam keadaan menangis selepas menjadi mangsa lelaki pedofilia, dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu di Seksyen 19, Petaling Jaya.

Mangsa mendakwa, suspek menarik tangan mereka secara paksaan sebelum melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap mereka. Takut dengan kelakuan lelaki itu, mangsa terus menjerit meminta tolong sebelum melarikan diri.
Terkejut dengan kejadian yang menimpa dua anaknya itu, wanita berkenaan terus membuat laporan di Balai Polis Sea Park untuk tindakan lanjut.
Malah, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek. Lakaran wajah suspek juga akan diedarkan kepada orang ramai untuk membantu polis mengesan suspek.
Bagi mengelakkan menjadi mangsa, tolong hadam enam taktik halus yang biasa digunakan oleh pedofilia sebelum melakukan perbuatan terkutuk kepada mangsa seperti didedahkan oleh seorang kaunselor Mohd Hafiz Syafiq yang juga kaunselor panel LPPKN Kedah.
Pakar Dedahkan 6 Peringkat Modus Operandi Pemangsa yang Bernafsu Binatang Ini.
Peringkat 1: Menentukan Mangsa.
Pemangsa akan mensasarkan kepada mangsa terutamanya anak-anak dan remaja yang sedang mengalami masalah emosi, perhubungan, pengasingan, rendah keyakinan diri dan remaja yang kurang pengawasan kedua ibu bapa adalah mangsa yang paling disukai. Pemangsa akan menggunakan alam siber iaitu media sosial sebagai medan mencari dan menentukan mangsanya.
Peringkat 2: Mendapatkan Kepercayaan Mangsa.
Pemangsa akan mendapatkan kepercayaan si mangsa dengan mengumpulkan maklumat tentang latar belakangnya, mengenal pasti keperluannya dan bagaimana mengisinya. Apabila pemangsa ini sudah menemui kelemahan dan keperluan mangsa ini tadi maka dengan mudah pemangsa akan mula menunjukkan perhatian dan kononnya bertanggungjawab bagi memenuhi keperluan si mangsa.
Hanya dengan perhatian yang diberikan lebih daripada biasa dan terlalu peribadi serta dengan menimbulkan kecurigaan terhadap kedua ibu bapa, si mangsa sudah boleh terpedaya. Pemangsa akan jadi bersemangat dan lebih berdisiplin dengan cara menjadi jarum yang mencucuk mangsa pada masanya tanpa mendedahkan identiti dirinya yang sebenar.
Peringkat 3: Mengisi Keperluan Mangsa.
Seterusnya pemangsa akan lebih bersungguh memenuhi keperluan si mangsa dan mengambil perhatian untuk menjadi orang yang paling penting dalam kehidupan si mangsa, malah sehinggakan mungkin menjadi lebih ideal daripada kedua ibu bapanya sendiri. Pemangsa telah berjaya memberikan hadiahnya yang sangat berharga dengan mengisi keperluan mangsa iaitu perhatian tambahan dan kasih sayang.
Anak kecil yang tidak berdaya selalu menjadi mangsa atas kekejaman orang lebih dewasa
Peringkat 4: Mengasingkan Mangsa.
Pemangsa akan menggunakan hubungan istimewa yang telah dibina dengan mangsa untuk mewujudkan situasi di mana mereka bersendirian. Pengasingan ini terus mengukuhkan lagi hubungan istimewa. Pengasuhan, tunjuk ajar, bimbingan dan perjalanan aktiviti khas antara mereka semuanya dilakukan dalam peringkat pengasingan ini. Hubungan istimewa boleh diperkuatkan lagi apabila pemangsa menanam kepercayaan kepada mangsa itu bahawa dia disayangi atau dihargai dengan cara yang orang lain, bahkan ibu bapa tidak dapat berikan.
Peringkat 5: Mengadakan Perhubungan Seksual.
Pada peringkat kebergantungan dan kepercayaan emosional yang telah mencukupi, pemangsa sudah semakin berani memasukkan unsur-unsur seksual dalam perhubungannya. Perkara ini berlaku melalui bercakap, perkongsian gambar dan video, malah sehingga mangsa diminta telanjang. Pada ketika ini pemangsa akan mula mengeksploitasi rasa ingin tahu semula jadi kanak-kanak dan remaja dengan menggunakan perasaan rangsangan ingin tahu tertumpu kepada aspek perkembangan seksualiti dan fizikal.
Pemangsa akan memanipulasi apa yang menarik minat kanak-kanak dan remaja ini serta memperluaskan hubungan mereka dengan cara ini. (Dalam kes adik tingkatan satu yang dirogol itu dia kononya diajarkan bagaimana cara nak membesarkan payu dara) Pemangsa akhirnya mengajak mangsa untuk berjumpa bagi memuaskan nafsunya.
Peringkat 6: Mengekalkan kawalan.
Sebaik sahaja penderaan seks atau rogol berlaku, pemangsa biasanya akan menggunakan cara sama ada memujuk mangsa untuk mengekalkan penglibatan dalam perhubungan, berdiam diri, atau mengugut untuk menyebarkan rakaman gambar atau video mangsa.
Kanak-kanak dan remaja yang sudah sampai ke peringkat ini sedang berada dalam perhubungan yang terikat atau tersepit. Pada masa ini mereka sedang menghadapi ancaman ugutan yang mana boleh memberikan kesan psikologikal kepada diri mereka sehingga hilang pertimbangan dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan yang lebih rasional.
Para ibu bapa perlu lebih menjaga dan melindungi anak-anak daripada ancaman pemangsa dalam dunia siber kini dengan memberikan tumpuan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada mereka.
#Kaunselor_Shafiq
Kaunselor Panel LPPKN Kedah
Sumber : Harian Metro/ Shafiq Supian