“Tak capai ‘target’, tapi ibu sangat bangga dengan keputusan saya. Kecewa sikit, tapi masih bersyukur”
Demikian perkongsian seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 selepas menerima keputusan peperiksaan tersebut.
Menerusi klip video pendek berdurasi 17 saat yang dikongsikan di TikTok, gadis dikenali sebagai Balqis dilihat menyemak keputusan SPM 2023 bersama ibu tercintanya.
Remaja itu bagaimanapun kelihatan sedih, manakala ibunya yang berada di belakang memujuk dan memeluk erat sambil memnzahirkan kata-kata semangat buat puterinya.
Artikel berkaitan: Tirai Besi Bukan Penghalang Raih Keputusan Cemerlang Dalam SPM 2023
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata warganet turut menzahirkan rasa sebak apabila melihat reaksi mereka saling berpelukan.
Selain, ramai juga yang terdiri daripada calon SPM 2023 berkongsi pengalaman termasuk ibu mereka memberikan reaksi sama seperti yang dilakukan ibu Balqis.
“Samalah kita, ibu saya punya reaksi ‘sebiji’,” komen f4arzzz berserta emoji menangis.
“Sama saya juga. Saya tak berapa puas hati dengan keputusan, tapi ibu ayah tetap bangga dengan saya,” komen juga seorang pengguna lain.
“Anak saya pun tak ada A, tak apa. Saya tetap bersyukur, insya-Allah rezeki dia orang Allah dah atur,” kata willa.
Selain itu, ramai pengguna TikTok memberikan kata-kata semangat buat adik Baqlis dan calon yang lain agar tidak berputus asa.
“Tak apa yang penting dah buat sebaik mungkin. ‘Target’ seterusnya ialah universiti,” tulis pengguna lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Balqis