Pertandingan Miss Universe yang akan dianjurkan di Israel tahun ini mengundang pelbagai reaksi masyarakat dunia. Ada yang menyokong penyertaan wakil negara mereka kerana menyatakan pertandingan itu tidak berlatarkan ideologi politik, namun ada yang tidak bersetuju kerana konflik Israel-Palestin yang telah berlaku sekian lama.

Terbaharu, kerajaan Afrika Selatan telah menarik sokongan terhadap wakil negara itu di pentas Miss Universe 2021 seiring dengan desakan yang semakin menebal dalam kalangan rakyat yang tidak melihat signifikan sebuah pertandingan ratu cantik yang membawa tema keamanan diadakan di Israel.

Menteri di kementerian tersebut, Nathi Mthethwa berkata, “Dengan menarik diri, reputasi dan kedudukan Miss Universe South Afrika Selatan akan lebih ke hadapan di negara ini dan juga peringkat antarabangsa jika hendak dibandingkan dengan acara ‘one-off’ tersebut yang akan mengakibatkan kemudaratan terhadap masa depannya sebagai wanita muda berkulit hitam.”

Kerajaan Afrika Selatan Boikot Pertandingan Miss Universe 2021. Tidak Akan Sokong Wakil Negara

Walaupun begitu, penganjur pertandingan itu sebaliknya masih mahu pemenang Miss Universe Afrikan Selatan, Lalela Mswane menyertai pertandingan tersebut kerana berpendirian yang pertandingan Miss Universe bukan diilhamkan dari segi politik.

Ads

“Berikutan perundingan yang tidak berjaya yang dimulakan oleh Kementerian Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, telah terbukti sukar untuk memujuk penganjur pertandingan Miss SA untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk mengambil bahagian dalam acara Miss Universe yang dijadualkan diadakan di Israel pada bulan Disember 2021,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sukan, Seni Dan Budaya.

Kerajaan Afrika Selatan Boikot Pertandingan Miss Universe 2021. Tidak Akan Sokong Wakil Negara

Ads

Menjelaskan apa yang terjadi ketika rundingan, “Apa yang dilihat semasa perundingan awal, kelihatan seperti perbincangan yang menarik, membina dan progresif kemudiannya disambut dengan sikap yang tidak menyenangkan yang tidak menentu dan kurang menghargai potensi kesan negatif disebabkan keputusan sedemikian terhadap reputasi dan masa depan seorang wanita kulit hitam muda.”

Afrika Selatan sebagai sebuah negara yang pernah melalui sistem apartheid telah menjalin hubungan diplomatik dengan Palestin bermula tahun 1995, setahun setelah sistem apartheid berakhir di negara itu. Negara itu juga telah menutup kedutaannya di Tel Aviv dan memanggil dutanya pulang pada tahun 2019.

Ads

Dalam tinjauan REMAJA, Miss Universe Afrika Selatan, Lalela Mswane telah menutup ruangan komen di Instagram miliknya.

Sumber: (1)

Kredit foto: Instagram Lalela Mswane

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI