Berita baik bagi yang tercari-cari topeng muka dan rasa risau mana nak mendapatkan, kerajaan yang prihatin dengan masalah dihadapi rakyat akan mengagihkan topeng muka percuma kepada 8.63 juta isi rumah di seluruh negara secara berperingkat dalam waktu terdekat ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, topeng muka berkenaan akan diedarkan melalui jawatankuasa bencana negeri dan daerah.
“Kita sedang menunggunya dari negara yang kita import dan apabila sampai ke negara kita dalam waktu terdekat, kita akan edarkan secara berperingkat,” kata Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.
Menurutnya, topeng muka berkenaan tidak diperoleh secara percuma, sebaliknya dibeli oleh kerajaan.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Tabung Covid-19 telah menerima sumbangan sebanyak RM8.129 juta setakat ini.
Ads
Beliau berkata, pada peringkat awal, sebanyak 70 peratus atau RM5.86 juta daripada sumbangan itu akan digunakan untuk membantu rakyat terutamanya golongan miskin yang terkesan akibat pelaksanaan PKP.
Bantuan dalam bentuk bekalan makanan pula akan diagihkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan.
Ads
Mengenai rakyat Malaysia termasuk pelajar yang terkandas di luar negara, Ismail Sabri berkata, ramai daripada mereka yang ingin pulang tetapi sesetengah negara telah mengambil tindakan menyekat penerbangan keluar dan masuk ke negara berkenaan.
Berikutan itu, katanya, Kementerian Luar dan Jabatan Imigresen diminta memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) untuk menyelesaikan isu itu.
Ads
“Kita sedang menunggu mereka untuk membentangkan SOP baharu tentang bagaimana untuk membawa masyarakat kita pulang dari luar negara,” katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri mengulangi peringatan kepada masyarakat supaya tidak menyebarkan berita palsu yang boleh menghuru-harakan keadaan.
“Masih banyak berita palsu yang dikeluarkan…tiada untungnya kepada sesiapa dengan mengeluarkan berita palsu ini,” tegasnya. – Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu lagi berita yang mendukacitakan apabila pelakon suara animasi Pokemon, Kumiko Okae telah meninggal dunia akibat COVID-19 di usianya 63 tahun.
Menurut Next Shark, pelakon wanita itu dilaporkan menghadapi komplikasi radang paru-paru yang disebabkan oleh virus tersebut dan meninggal dunia pada 23 April lalu.
Dikenali dengan watak Pegawai Jenny dalam filem Pokemon: Lucario and the Mystery of Mew, Okeo juga merupakan seorang pelakon dan penyampai televisyen yang popular di Jepun.
Sejak membuat kemunculan sebagai seorang pelakon pada tahun 1975, Okeo muncul dalam drama dan variety show seperti Renso Game di siaran NHK. Dia juga turut mengacarakan rancangan pagi, Hanamaru Market dari tahun 1996 hingga 2014 di Tokyo Broadcasting System Television Inc.
Okeo dilaporkan mengalami demam pada 3 April dan keadaannya bertambah buruk selepas tiga hari kemudian. Dia dibawa ke salah sebuah hospital di Tokyo dan kemudiannya disahkan positif COVID-19.
Pihak pengurusannya juga memberitahu bahawa Okea telah menerima terapi radiasi dari Januari hingga Februari lalu, setelah didiagnos menghidapi kanser payudara pada akhir tahun lalu.
Difahamkan lagi, sistem imun dalam badannya semakin lemah akibat terapi dan disebabkan itu keadaan pelakon tersebut menjadi lebih teruk selepas dijangkiti virus korona.
Takziah kami ucapkan kepada keluarga mendiang. Pastinya dunia penyiaran dan anime terkesan dengan kehilangan bakat mendiang dalam industri seni di Jepun.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Minggu lalu, kecoh sebentar dunia media sosial tempatan setelah seorang peniaga yang dikenali sebagai Jannatul Sobah atau Sobah Rajaai menerima kecaman sewaktu dirinya menjayakan sesi tutorial secara langsung di TikTok bagi berkongsi ilmu solekan.
Biarpun niatnya ikhlas untuk berkongsi, sesi tersebut bertukar sedikit negatif setelah ruangan komen dicemari oleh komen warganet yang mengecam aspek fizikal Sobah dan melontarkan kata-kata berbaur face shaming secara keterlaluan.
Kejadian tersebut telah menarik perhatian masyarakat termasuklah nama besar seperti penyanyi Yuna dan Aizat yang memberikan sokongan kepada Sobah dan berharap agar dirinya tidak mempedulikan komen-komen tidak berasas warganet.
Tidak lama kemudian, Sobah membuat satu hantaran di akaun Facebook dan berkata sejujurnya dia terkesan dengan segelintir masyarakat yang suka mengecam. Dia hanya buat sesi live video di TikTok untuk berkongsi ilmu, sebaliknya lain pula yang difikir oleh masyarakat.
*
Bangkit dengan penuh bersemangat, gadis ini telah tampil dengan transformasi menakjubkan hasil riasan seorang jurusolek yang dikenali sebagai Syakirah Syabari.
Jurusolek tersebut berkongsi gambar dan video solekan yang dilakukan terhadap Sobah Rajaai dan hasilnya nyata tidak mengecewakan!
Sesi solekan berkenaan dirakam dan dimuat naik ke akaun Facebook Syakirah. Rata-rata memuji kecantikan gadis ini selepas sesi tersebut.
Di sini, kami ingin menjelaskan bahawa kecantikan asli sememangnya wujud dalam diri setiap insan. Tanpa mengenakan solekan pun, jika hati kita bersih dan ikhlas, aura positif itu akan sentiasa terpancar pada wajah.
Dengan sedikit bantuan solekan ini, ia akan menambah seri kepada wajah sesiapa termasuklah Sobah.
Semoga Sobah lebih kuat dan terus maju jaya dalam perniagaan yang diceburi.
Pada zaman di mana kebanyakan anak muda lebih tertarik dengan strategi ‘lompat’ syarikat demi meningkatkan portfolio kerjaya masing-masing, masih wujud sebenarnya pekerja yang setia dengan majikan mereka disebabkan layanan setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.
Tular di laman sosial TikTok baru-baru ini mengenai majikan muda di sebuah stesen minyak Petronas di Pendang, Kedah yang mengiktiraf pekerjanya dengan menghadiahkan pakej Umrah kepadanya.
Perkongsian video pemberian hadiah berkenaan oleh pengguna TikTok benama Siti Nur Ahmad aka @siti5874 itu difahamkan demi memberi inspirasi kepada majikan-majikan serta para pekerja lain untuk mewujudkan persekitaran bekerja yang kondusif dan harmoni.
Pekerja yang menerima ganjaran itu dikenali sebagai Yusuf dan khabarnya telahpun setia berkhidmat di stesen minyak berkenaan selama 27 tahun!
Memang layak pun beliau menerimanya kan.
Selain pakej Umrah, majikan berkenaan juga menaikkan semangat para pekerja lain dengan memperkenalkan anugerah pekerja terbaik serta mutu perkhidmatan terbaik pada setiap bulan. Tanpa mengira pangkat, ia terbuka kepada juruwang, pegawai mahupun pengurus kanannnya untuk memilikinya. Asalkan bekerja dengan baik, mesti berpeluang!
Tinjauan di ruangan komen mendapati warganet memuji cara majikan stesen minyak di Pendang ini menguruskan kakitangannya dan mendoakan agar rezeki mereka akan berlipat kali ganda.
Turut ada pada ruang itu adalah komen daripada anak Yusuf. Dikenali sebagai Sabri yang dilahirkan pada tahun ayahnya mula berkhidmat di stesen minyak itu, dia menitipkan kata-kata bangga dengan pencapaian Yusuf.
“Tahniah ayah. Tidak sia-sia ayah kerja sana lama. Sama umur abang ayah berkhidmat. Alhamdulillah rezeki ayah,” catatnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, telah selamat melahirkan bayi lelaki.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Syasya melalui akaun Instagram miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal...