Kerajaan Buka Peluang Golongan Belia Kerja Di Pasar Borong KL Bagi Kurangkan Perkerja Warga Asing

Share

Berita baik untuk korang yang sedang mencari pekerjaan, Menteri Wilayah Perseketuan, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa khidmat golongan belia diperlukan untuk mengisi kekosongan tenaga kerja di Pasar Borong Kuala Lumpur bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Kekosongan tersebut khabarnya masih belum mencukupi jika diisi dengan kumpulan gelandangan menerusi program penempatan pekerjaan yang dilaksanakan baru-baru ini.

Namun begitu, terdapat permintaan di kalangan persatuan pemborong di Pasar Borong Kuala Lumpur yang merayu untuk mengambil semula beberapa pekerja asing susulan masalah kekurangan pekerja.

Walau bagaimanapun, Tan Sri Annuar Musa meminta kepada pihak peniaga agar memberikan kerjasama dengan kerajaan supaya amalan mengambil pekerja asing sebagai jalan mudah ini tidak lagi diteruskan, sebaliknya gajikan pekerja yang merupakan orang tempatan.

Tan Sri Annuar Musa

“Saya sedang memikirkan untuk membawa golongan belia bekerja (di pasar borong) menggunakan kaedah baharu termasuk gaji sekitar RM2,400 dengan kemudahan yang baik termasuk tempat tinggal dan pengangkutan sebagai persiapan mengisi kekosongan tenaga kerja itu,” jelas beliau.

Pihaknya juga bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada anak muda khususnya bagi pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kementerian Wilayah Persekutuan akan menghimpunkan peluang pekerjaan termasuk di pasar borong yang memerlukan antara 3,000 hingga 4,000 pekerja.

Kerajaan juga berharap agar anak muda tidak memilih pekerjaan dan jangan anggap sektor 3D kotor serta susah kerana apabila mereka tidak berminat, ia akan membuka peluang kepada warga asing untuk mengisi kekosongan tersebut.

Sebaliknya, jadikan iktibar dengan apa yang berlaku sepanjang tempoh PKP ini supaya kita tidak perlu jadi penganggur atau duduk saja kerana hilang pekerjaan.

Diharap inisiatif yang diambil oleh kerajaan ini mendapat kerjasama daripada golongan remaja yang mungkin sekarang tengah struggle untuk mendapatkan pendapatan. Isu lambakan pekerja asing ini bukan sesuatu yang baru tetapi jika kita tidak bermula dari sekarang, bila lagi nak berubah?

Sumber: Sinar Harian

Published by
Noor Ain Norman