Kerajaan Hadiahkan RM369 Ribu Untuk Pasangan Yang Memiliki Tiga Anak

Share

Masalah kekurangan penduduk bukanlah perkara yang boleh diambil ringan. Jika negara kekurangan penduduk ini bermakna ia bakal kekurangan tenaga kerja baik dalam bidang professional ataupun tidak. Oleh itu, apabila jumlah penduduk kurang, kerajaan terpaksa membawa masuk rakyat asing untuk memenuhi keperluan industri.

Terbaru, kerajaan Korea Selatan telah menawarkan kira-kira wang tunai bernilai 100 juta won (lebih kurang RM369,279) kepada pasangan yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak. Langkah ini diambil sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan populasi penduduk negara tersebut.

Kadar kelahiran yang kurang membuatkan kerajaan melaksanakan inisiatif ini. Sumber gambar: koreabizwire.com

Menurut laporan South Korean Network, bandar Changwon yang merupakan salah satu bandar di Gyeongsang Selatan kini berusaha mengatasi masalah popolas yang kian menurun itu dengan insentif pemberian pinjaman kepada semua pasangan suami isteri yang tinggal di bandar.

Menariknya setiap kelahiran ada terma tersendiri. Jika pasangan memiliki seorang anak, tiada faedah akan dikenakan terhadap pinjaman tersebut. Namun terma akan menjadi lebih baik jika mereka melahirkan dua orang anak yang mana 30 peratus nilai pinjaman akan dikecualikan.

Sekiranya mereka memiliki tiga anak, pinjaman kewangan bernilai 100 juta won itu akan diberikan secara percuma. Dalam erti kata lain ia menjadi hadiah yang begitu bernilai.

Korea Selatan antara negara yang memiliki masalah populasi yang menurun apabila pada tahun lalu kadar kematian di negara tersebut melebihi kadar kelahiran.

Sumber: upi.com

Published by
Fiezreen