Menerima biasiswa penuh semasa pengajian di universiti merupakan impian bagi setiap pelajar. Tidak kiralah korang sambung belajar di universiti awam atau swasta, bantuan biasiswa yang diberikan mampu meringankan beban untuk pelajar menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi.
Ada berita baik untuk korang yang teringin melanjutkan pelajaran di negara matahari terbit ini tapi ada masalah kewangan, terbaru Kerajaan Jepun membuka tawaran biasiswa kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di negara tersebut bagi sesi tahun 2021.
Dalam satu kenyataan daripada Kerajaan Jepun menasihatkan para pemohon yang berminat untuk membaca garis panduan dengan teliti terlebih dahulu. Setiap pemohonan haruslah melalui kedutaan Besar Jepun di Kuala Lumpur.
Dua program yang dibuka adalah Pengajian Jepun dan Latihan Perguruan di negara tersebut. Untuk permohonan sila KLIK SINI.
Namun begitu, bagi yang ingin memohon biasiswa sudah tentulah perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Keputusan yang cemerlang tu dah memang wajib. Hiks!
Good Luck Guys!
Individu Yang Cuba Rentas Negeri Untuk Balik Ke Kampung Ramadan Ini Akan Terus Disaman
Tinggal lebih kurang beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut bulan puasa dan ini merupakan tahun kedua kita berpuasa dalam situasi pandemik COVID-19.
Nampaknya, masyarakat Malaysia masih lagi tidak boleh menyambut Ramadan bersama keluarga tersayang sekiranya mereka tinggal berjauhan kerana PDRM akan melakukan pemeriksaan ketat di setiap sekatan jalan raya bagi memastikan tiada individu cuba untuk merentas negeri pulang ke kampung.
Ini bermakna, tidak ada gambaran bahawa kita semua boleh menyambut Ramadan tahun ini bersama keluarga di kampung kan?
Menurut Berita Harian, setakat ini terdapat kira-kira 35 sekatan jalan raya diadakan di setiap pintu masuk dan keluar serta sempadan negeri di seluruh negara. Hanya individu yang mempunyai dokumen kebenaran rentas negeri yang lengkap dan diluluskan sahaja dibenarkan meneruskan perjalanan.
Polis percaya ada peningkatan cubaan rentas negeri untuk balik ke kampung menjelang Ramadan yang dijangka disambut 13 April ini memandangkan pada tahun lalu tidak dapat berbuat demikian.
Pelbagai cara akan digunakan untuk merentas negeri dan disebebkan itu pihak PDRM akan memperketatkan semua pemeriksaan di sekatan jalan raya bagi memastikan tiada yang terlepas.
Jika dikesan melanggar undang-undang, tiada nasihat diberikan sebaliknya tindakan undang-undang terus diambil kepada mereka yang melanggar SOP itu.
Wah, nampak gayanya memang sekatan jalan raya besar-besaran akan dijalankan nanti dan pastinya jangan ada yang berani nak ‘cuba-cuba’ rentas negeri sebab kali ini polis akan terus bagi surat saman.
So guys, peringatan untuk semua, walaupun korang rindu nak bertemu dan berpuasa bersama keluarga tersayang, namun kita semua kena akur dengan keadaan yang tidak mengizinkan sekarang. Marilah sama-sama kita berdoa agar wabak pandemik COVID-19 ini tidak terus menular di negara kita.
Sumber: Berita Harian
Gara-Gara Mengata Finalis Lain, Ratu Cantik Rusia Ini Dikecam Teruk. Buat Permohonan Maaf Sambil Menangis
Dalam dunia pertandingan ratu cantik kemenangan semestinya menjadi dambaan setiap finalis yang mewakili negara masing-masing. Namun pertandingan bukan bererti harus saling menjatuhkan sesama sendiri sebaliknya bersaing secara sihat dan menjalin hubungan baik antara negara.
Terbaharu, Alina Sanko, Miss Universe Russia 2020, terpalit satu kontroversi yang menjadi bualan dunia ratu cantik antarabangsa apabila sebuah video dia dan seorang jurusolek tersebar sedang mengutuk fizikal dan juga gambar finalis Miss Universe 2020 yang lain.
Alina dilihat memegang telefon bimbit terbabit manakala jurusolek tersebut menatal skrin. Menurut Instagram Anglopedia News, jurusolek tersebut berkata yang wakil dari Albania dan Argentina kelihatan seperti maknya manakala wakil Ghana, Canada dan Kosovo mempunyai imej yang teruk. Selain itu dia juga berkata yang wakil Barbados mengenakan solekan yang jelik.
Walaupun tidak berkata apa-apa, tindakan Alina yang ketawa saat jurusolek tersebut mengutuk peserta lain dilihat keterlaluan dan tidak memiliki semangat ‘sisterhood’ seperti mana yang dianjurkan dalam mana-mana pertandingan ratu cantik. Tawanya seolah-olah menyokong apa yang dikatakan oleh jurusolek terbabit.
Setelah video itu tersebar luas, Alina telah mengeluarkan satu video memohon maaf bagi meredakan keadaan. Dalam hantaran video tersebut, wanita cantik berusia 23 tahun ini berkata, “Rakan-rakan yang dihormati, ucapan ini tiada kena mengena dengan pertandingan. Saya tujukan penjelasan ini kepada anda kerana saya tidak dapat berdiam diri lagi. Kepada mereka yang menyintai dan mengasihi saya, saya berhutang penjelasan kepada anda semua.
“Saya mesti meminta maaf kepada semua orang yang dihina oleh situasi yang menjerat saya. Saya telah bekerja keras untuk final Miss Universe. Saya menghormati dan mempercayai semua orang yang saya bekerjasama semasa persiapan. Kelas induk dengan jurusolek, Serdar telah diatur. Tetapi tanggal 13 April nampaknya menjadi mimpi buruk.
“Saya keliru dan tidak segera bertindak balas. Saya minta maaf tanpa henti kerana saya tidak dapat menghalang lelaki itu daripada mengatakan kata-kata kasar mengenai para peserta. Ia menyakitkan, sekarang saya meminta maaf kepada semua orang yang terlibat. Saya minta maaf kerana saya tidak mengatakan apa-apa untuk melindungi gadis-gadis tepat pada waktunya.
“Saya mengasihi dan menghormati setiap orang di dunia dengan ikhlas. Insiden yang berlaku adalah pengajaran bagi saya, dan saya telah mempelajari satu perkara yang penting, suarakan pandangan anda bila perlu, teutamanya bagi setiap wanita. Saya harap teladan saya dapat mengelakkan setiap wanita melakukan kesalahan seperti sayang telah saya lakukan. Tolong maafkan saya.”
Alina sebelum ini pernah mengikuti pertandingan Miss World 2019 mewakili Rusia dan berjaya menjadi barisan top 12. Adakah insiden ini akan merencatkan kemaraannya untuk menjadi antara kelompok terbaik dalam pertandingan Miss Universe 2020? Kita nanti kan sahaja.
Sumber gambar: Instagram Alina sanko
Bukan Saja Padam Api, Ini Kerja Bomba Yang Pasti Ramai Tak Sangka!
Hari ini akhbar melaporkan seorang wanita membuat panggilan ke talian Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia hanya untuk menangkap ikan keli yang menyengat kucingnya sehingga mati. Dalam kejadian 7 pagi tadi di sebuah kediaman di Jalan Pulau Indah, Shah Alam, wanita berusia 49 tahun itu menghubungi bilik kawalan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengadu hal berkenaan.
Jurucakap JBPM Selangor berkata, pihaknya sudah menerangkan kepada wanita itu ia bukan kes kecemasan yang memerlukan tindakan bomba.
Petugas bilik kawalan kemudiannya memaklumkan kepada pusat gerakan operasi dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik untuk menangkap ikan berkenaan. “Ikan terbabit berjaya ditangkap dan kini disimpan di balai bomba,” katanya. Sumber Harian Metro.
Mungkin “terkasima” dengan tugas tidak terduga itu, facebook atas nama Friends Of Bomba Malaysia “membalas” dengan agak win iaitu menyiarkan resipi Ikan Keli Goreng Berlada, hikz.
Malah jika dilihat pada komen-komen netizen ramai menyifatkan tindakan memanggil bomba hanya untuk menangkap ikan keli itu sebagai tidak masuk akal. REMAJA senaraikan tugas-tugas bomba yang agak win untuk korang nilaikan sendiri ya.
Tapi sebelum tu tentu kita tak perlu lupa kisah Mohamad Adib yang maut dalam tragedi rusuhan kuil di Subang Jaya dan pendengaran kesnya masih dalam mahkamah untuk menyiasat punca kematiannya.
Tidak hanya kisah Adib, negara pasti tidak akan melupakan tragedi 6 anggota bomba mati lemas di lombong di Taman Putra Perdana, Puchong dalam satu operasi mencari pelajar lemas, Muhammad Ilham Fahmy bin Mohd Azzam, 17 pada kejadian 3 Oktober lalu yang menjadi satu sejarah di mana begitu ramai anggota bomba terkorban dalam satu misi menyelamat.
Bukan itu saja, pemergian pakar menangkap ular tedung dari Balai Bomba & Penyelamat Temerloh, allahyarham Abu Zarin Hussin pada 16 Mac tahun lalu dalam satu operasi menangkap ular tedung ini amat mengesankan jiwa.
Allahyarham mengetuai Skuad Cobra King JBPM Pahang yang ditubuhkan sejak hujung 2015 sebagai tenaga pengajar bagi melatih anggota pasukan untuk menangkap haiwan berbisa selain mengadakan ceramah dan taklimat kepada orang ramai.
Ternyata tugas bomba bukan saja memadamkan kebakaran tapi juga penuh warna warni dalam menjalankan amanah terhadap negara tercinta.
Di sebalik semua yang terjadi, tentu korang tak pernah terfikir apa lagi kerja-kerja lain anggota bomba lakukan. Tidak melucukan tapi perlu salute kerana bidang kerja mereka amat meluas sehingga korang pasti tak percaya itu pun bidang kerja ahli bomba.
Jom tengok apa lagi kerja-kerja anggota Bomba dan Penyelamat lakukan. Tahniah untuk semua wira tidak didendang ini. Sebahagian gambar-gambar diambil dari fb rasmi Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.
a) Kucing tersangkut di luar bangunan tinggi di Klang
b) Kucing patah kaki dilanggar kereta
Kisah seekor anak kucing yang diselamatkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja pada 9 November 2018, Jam 08:00 pagi. Oleh disebabkan keadaannya yang sangat kritikal kerana mengalami patah pada salah satu kaki. Anggota-anggota bomba balai berkenaan mengambil keputusan untuk membawa anak kucing tersebut ke balai untuk dirawat.
Dan sekarang, anak kucing tersebut telah dipelihara oleh anggota bomba wanita Jenny Merrylin Subin dan Paul ank kiat dirumahnya dan diberikan nama Miming.
c) Kaki tersepit dalam lubang tandas pun bomba selamatkan
4) Selamatkan bayi terperangkap dalam kereta selepas mak ayah terlupa anak ada di dalamnya
5) Cubaan bunuh diri di KLCC pada pada 25 November selepas tertekan dengan hutang yang banyak
6) Potong paip PVC pada kemaluan lelaki berusia 60 tahun di Hospital Sungai Buloh pada kejadian 24 November lalu. Alahai ko dah kenapa atokkkkk
7) Tangkap King Cobra, seram wei tengok ular tu beli kaki anggota bomba
8) Muntahlah adik, abang tak kisah
9) Ponteng sekolah pun abam Bomba selamatkan
10) Please..hargai jasa abang-abang bomba ini. Doakan mereka diberi kekuatan untuk terus berbakti
Bayangkan, kerbau jatuh parit pun bomba selamatkan. Tq to abam bomba