Kerajaan Setuju Mansuh Hukuman Mati Mandatori, Mengapa Keputusan Ini Penting?

Share

 

Setelah bertahun-tahun usul ini dibawa ke muka pembentangan, kerajaan Malaysia telah mengumumkan persetujuannya untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini. Sebagai ganti, hukuman yang bakal dikenakan akan tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Keputusan ini dicapai selepas pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kelmarin sewaktu Mesyuarat Jemaah Menteri.

“Jemaah Menteri telah bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), serta 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.

“Kajian lanjut ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri serta lain-lain kementerian dan jabatan berkepentingan,”

Beliau turut memaklumkan, kerajaan secara prinsip menerima serta mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian tersebut.

Bagi korang yang tertanya-tanya mengapakah keputusan pemansuhan ini penting buat Malaysia, ia secara tidak langsung memberi signal bahawa Malaysia kini sudah terbuka untuk sebarang pindaan akta-akta yang berkaitan mengambil kira prinspi ‘proportionality’ serta ‘constitutionality’ (keperlembagaan) untuk mana-mana cadangan pada masa hadapan kepada pihak kerajaan.

Pemansuhan ini juga mencerminkan keutamaan kerajaan Malaysia masa kini dan pada masa hadapan untuk memastikan hak semua rakyat dilindungi dan terjamin. Maka, usaha untuk menambah baik sistem keadilan jenayah di Malaysia akan bertambah cerah selepas ini.

Tahniah Malaysia!

Sumber : (1)

BACA LAGI6 Bekas Penuntut UPNM Dipenjara 18 Tahun, Terlepas Hukuman Gantung – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ