Isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sering mendapat perhatian, lebih-lebih lagi di kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang melanjutkan pelajaran menggunakan wang pinjaman.
Sudah jadi tanggungjawab seorang peminjam bukan untuk membayar semulah apabila sudah meminjam.
Bagi korang yang masih menanggung hutang PTPTN hingga ke hari ini walaupun telah menamatkan pengajian, sila ambil pengajaran daripada perkongsian seorang pengguna Facebook ini.
Wanita yang dikenali sebagai Cikgu Fateema ini sudahpun menyelesaikan hutang pinjaman pada tahun 2015. Namun, baru-baru ini dia terkejut setelah menerima makluman yang dirinya masih berhutang dengan PTPTN.
Rupa-rupanya, wanita tersebut masih berhutang dengan nilai RM0.01. Apabila dicongak semula nilainya selepas enam tahun, ia telahpun menjadi RM515!
Pula dah, 1 sen menjadi RM515. Siapa je yang tidak terkejut.
Kekeliruan ini berlaku apabila ada kos lain yang mungkin dimasukkan apabila bayaran tidak dibuat sepenuhnya. Di antara kos yang dimaksudkan adalah seperti servis dan insurans. Itu belum termasuk dengan kadar faedah kos tersebut lagi.
Saban bulan, jumlah hutangnya itu bertambah selagi ia masih belum dibayar.
Menurut Cikgu Fateema, pada 6 tahun lalu, dia masih ingat apabila diminta oleh PTPTN untuk menunggu selama sebulan sebelum surat dari mereka tiba. Namun surat yang ditunggu tidak sampai hingga menyebabkan dia terus terlupa mengenainya.
Menerusi ruangan komen, rupa-rupanya ramai lagi yang senasib dengan Cikgu Fateema.
Dalam perkembangan terbaharu, Cikgu Fateema memaklumkan yang kesnya sudah selesai. Malah dia juga sudah menerima surat mengesahkan penyelesaian hutangnya.
Ingat, hutang PTPTN adalah tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu peminjam.
Masih ramai yang memerlukan bantuan untuk melanjutkan pelajaran. Jangan disebabkan kita sudah mendapat ijazah dan kerja, segala bantuan yang diberikan sebelum ini tidak dihargai dan memberi mudarat pada orang lain pula.
Sumber : Cikgu Fateema