Kerana ‘Lanun’, Zayn Malik Terpaksa Keluarkan Lagu Single Lebih Awal

Share

Antara asam garam yang terpaksa dilalui oleh pengkarya dan artis di seluruh dunia ialah berdepan dengan sekelompok manusia tidak bertanggungjawab yang merompak hasil seni mereka.

Walaupun dunia muzik kini sudah beralih platform kepada digital, masalah ini masih lagi tidak selesai dan berleluasa. Saban tahun pasti ada sahaja artis yang menjadi mangsa kerakusan dan ketamakan mereka mengaut hasil kerja haram dengan cetak rompak yang kini dilakukan dalam bentuk digital.

Inilah yang dialami oleh penyanyi muda terkenal kesayangan ramai, Zayn Malik apabila single terbarunya terpaksa dikeluarkan lebih awal daripada tarikh sebenar gara-gara ia dibocorkan dengan sengaja oleh individu tidak bertangungjawab,

Dalam satu kenyataan di Twitter yang dikongsi bersama lebih 26.8 juta follower, Zayn berkata single terbarunya yang berjudul ‘Don’t Matter’ yang turut menampilkan kolaborasinya bersama August Alsina.

Pengumuman yang dilakukan oleh Zayn secara tiba-tiba itu mendapat reaksi yang cukup luar biasa daripada peminat sehinggakan laman web Zayn Malik mengalami kesesakan trafik dan turut crash.

Ramai netizen meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat mendengar lagu tersebut selepas sejurus ia diumumkan. Tapi ia kini telah dapat diakses oleh semua orang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi Twitter, Zayn berkata lagu tersebut sebenarnya tidak dirancang untuk dikeluarkan pada waktu sekarang namun disebabkan ia telah dibocorkan oleh seseorang maka dia harus melakukannya segera demi peminatnya.

Dan impaknya, ia telah menjadi topik trending nombor 1 di twitter!

Berikut merupakan reaksi daripada peminat Zayn Malik terhadap single terbarunya, ‘Don’t Matter’.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim