Kerana Selfie Nyawa Melayang! 10 Kes Kematian Melibatkan Selfie Dengan Negara India Mencatatkan Kes Paling Banyak

Share

Admit it, uols memang suka selfie bukan? Ini perkara biasa terutamanya bagi generasi muda yang tidak pernah lekang menggunakan laman media sosial. Bergambar dengan cara selfie kini bukanlah satu perkara asing. Malah, ia pemandangan biasa yang kita boleh lihat terutamanya di acara keramaian, tempat menarik dan di mana-mana sahaja.

Disebabkan populariti selfie juga pengeluar telefon pintar kini menganggap kamera hadapan sebagai salah sebuah features yang sangat penting. Begitu juga dengan pengguna yang sentiasa mahukan telefon pintar yang mempunyai kamera baik.

Namun, di sebalik ‘kegilaan’ selfie ramai yang tidak sedar akan bahaya yang boleh menimpa diri terutamanya bila dilakukan di kawasan berisiko tinggi. Semata-mata inginkan kelainan dan meraih jumlah ‘Like’ yang tinggi kadang-kadang ramai remaja tidak berfikir panjang dan mengambil remeh akan keselamatan diri hingga boleh mengakibatkan kematian.

Malah mengikut data pada tahun 2015, lebih ramai orang meninggal dunia akibat selfie berbanding serangan ikan jerung! Dan India merupakan negara yang mempunyai ke kematian tertinggi akibat selfie dengan 60 peratus daripada kes kematian datang daripada negara tersebut sepanjang tempoh dua tahun yang lalu.

Kali ini, Remaja ingin kongsikan 10 kes selfie yang meragut nyawa. Jadikan kejadian ini sebagai pengajaran untuk korang lebih berhati-hati di masa akan datang.

1. Santander, Colombia

 

Tarikh kejadian: 11 Januari 2018
Punca kematian: Terjatuh dari tempat tinggi
Di Gambita, Colombia, seorang remaja berusia 19 tahun meninggal dunia selepas terjatuh ketika cuba mengambil selfie di kawan air terjun Manto de la Virgen.

2. Zagreb, Croatia

Tarikh kejadian: 8 Januari 2018
Punca kematian: Kejutan elektrik
Kerana ingin mengambil selfie di atas sebuah keretapi, seorang remaja berusia 16 tahun meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik dan mengakibatkan jasadnya hangus terbakar.

3. Aguascalientes, Mexico

Tarikh kejadian: 25 Disember 2017
Punca kematian: Terjatuh dari tempat tinggi
Empangan Malpaso menjadi salah sebuah tarikan utama terdapat di Aguascaliantes dan ia menjadi lokasi bergambar popular. Dalam sebuah kemalangan malang, seorang gadis berusia 20 tahun telah terjatuh dari pada ketinggian 15 meter. Ia berlaku selepas dia menceroboh kawasan larangan semata-mata ingin mengambil selfie.

4. London, United Kingdom

Tarikh kejadian: 12 November 2017
Punca kematian: Terjatuh dari tempat tinggi
Cubaan mengambil selfie di tepi tingkat ternyata membawa padah kepada seorang gadis berusia 20 tahun selepas dia terjatuh dari tingkat dua. Dia mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia serta merta.

5. Genting Highlands, Malaysia

Tarikh kejadian: 16 Disember 2017
Punca kematian: Terjatuh dari tempat tinggi
Kes kematian terbaru akibat selfie yang berlaku di negara kita ini melibatkan seorang lelaki berusia 20 tahun. Dia dikatakan terjatuh dari tingkat 16 di sebuah hotel ketika cuba mengambil selfie. Jasadnya ditemui di tingkat tujuh hotel berkenaan dan dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Artikel Berkaitan: Sand Boarding Di Gumuk Pasir Jadi Tarikan Baru Yogjakarta, Hanya RM30 Je

6. Tambaran, India

Tarikh kejadian: 26 Ogos 2017
Punca kematian: Kejutan elektrik
Ini satu lagi kes melibatkan kejutan elektrik katika mangsa berada di atas gerabak keretapi. Ketika selfie, seorang remaja berusia 17 tahun telah menyentuh wayar hidup dan terkena renjatan elektrik.

7. Mumbai, India

Tarikh kejadian: 26 Julai 2017
Punca kematian: Lemas
Dek kerana ingin mengambil selfie ketika mandi-manda di laut, seorang remaja berusia 18 tahun telah lemas. Menurut laporan kejadian tersebut berlaku ketika air laut pasang dan mungkin remaja tersebut tidak sempat menyelamatkan diri.

8. Bangalore, India

Tarikh kejadian: 25 Julai 2017
Punca kematian: Serangan haiwan liar
Seorang lelaki telah menceroboh masuk Bannerghatta Biological Park berdekatan Bangalore semata-mata untuk selfie bersama gajah. Namun mallang menimpa apabila dia telah diserang dan dipijak oleh gajah sehingga mati.

9. Akure, Nigeria

Tarikh kejadian: 1 Julai 2017
Punca kematian:

Lemas
Empat orang pelajar dari Federal University of Tenchnology di Akure meluangkan masa bersama-sama dengan aktiviti berkanu. Namun malang menimpa apabila kanu yang dinaiki mereka terbalik ketia sedang melakukan selfie. Dua daripada mereka telah lemas dan meninggal dunia.

10.  Sri Lanka

Tarikh kejadian: 13 Jun 2017
Punca kematian: Kemalangan dilanggar keretapu
Untuk meraikan perkahwinan mereka, satu pasangan pengantin baru di Sri Lanka telah dilanda musibah ketika selfie di atas landasan keretapi. Menurut saksi, mereka berdua telah mengingkari isyarat amaran. Akibatnya mereka dilanggar keretapi dan pengantin lelaki telah meninggal dunia manakala pasangannya cedera parah.

Selain 10 kes di atas masih banyak lagi kejadian malang yang telah direkodkan. Ini bukan lagi kejadian yang harus dipandang remeh kerana ia boleh mengakibatkan kematian. Pihak kerajaan daripada pelbagai negara telah mengambil langkah drastik bagi menangani masalah ini. Sebagai contoh di India telah wujud kawasan di mana larangan selfie telah dikeluarkan

Published by
Farizul Izwany Ibrahim