Sifat cemburu ada baik dan buruknya. Ada yang berpendapat bahawa cemburu itu tanda sayang dan sihat. Namun, cemburu yang melampau hakikatnya tergolong dalam penyakit emosi yang boleh membawa kepada kemurungan.
Menurut pakar psikologi, cemburu merupakan perasaan yang terbuku dalam hati dan menyebabkan hati seseorang gelisah.
Namun berita yang kita dengar di Mesir ini mungkin boleh dijadikan pengajaran bahawa cemburu juga mampu memberi padah pada diri. Baru-baru ini menurut laporan Gulf News, tiga orang pelajar perempuan di sekolah di Iskandariah, Mesir telah ditangkap kerana meracuni rakan sekelas mereka yang mendapat markah lebih tinggi dalam peperiksaan.
Ads
Ketiga-tiga pelajar itu dipercayai telah memasukkan racun ke dalam sepotong kek kerana mangsa terkenal dengan kecemerlangan akademiknya di Abu Bakr Al Siddique Preparatory School. Mangsa juga sering mendapat markah yang lebih tinggi berbanding suspek yang merancang meracuni pelajar itu. Kerana hasad dengki tersebut, mereka telah dipenjarakan selama empat hari sementara menunggu siasatan atas tuduhan membunuh.
Pihak pendakwaan memerintahkan agar bedah siasat dilakukan ke atas mayat mangsa dan laporan forensik menunjukkan bahawa kematian gadis itu disebabkan oleh racun.
Ads
Media tempatan melaporkan bahawa enam pelajar sekolah telah memakan kek dalam perjalanan pulang ke rumah. Tiga daripada mereka segera dibawa ke Hospital Universiti Amiri untuk mendapatkan rawatan setelah mereka mengalami muntah dan keletihan yang teruk. Malangnya , mangsa dilaporkan meninggal dunia di hospital manakala pelajar kedua mengalami kegagalan buah pinggang dan pelajar yang ketiga selamat.
Ads
Diharapkan kes seperti ini dijadikan pengajaran buat kamu semua. Kalau rasa diri kurang cemerlang cuba baiki dan bersaing dengan cara sihat. Hasad dengki dan perasaan cemburu ini memberi keburukan kepada kamu pada masa sekarang dan lebih teruk lagi di masa akan datang.
“Kapten Al Nassr, Cristiano Ronaldo menjadi penjaring terbanyak 2023 selepas mengumpul 53 gol ketika menentang Al-Ittihad.
“Dia mengatasi Kylian Mbappe dan Harry Kane yang masing-masing menjaringkan 52 gol,” menurut Al-Ittihad di X, seperti dilaporkan Agensi Anadolu.
Bintang Bayern Munich Kane dan bintang Paris Saint-Germain Mbappe mengumpul 52 gol manakala Erling Haaland yang beraksi dengan Manchester City meledak 50 jaringan.
Dengan Bayern Munich atau PSG tidak beraksi sehingga tahun baru bermakna kedua-dua pemain itu tidak dapat mengejar Ronaldo manakala Haaland dijangka terus tersisih baki dua perlawanan City susulan masih dalam proses pemulihan kecederaan kaki.
Wah memang terbaik lah Ronaldo! Tahniah REMAJA ucapkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya, Donald Trump pasti menduduki carian search engine tertinggi dalam tempoh sehari dua ini. Selepas membuat satu keputusan kontroversi pada Rabu lalu dengan mengumumkan Baitulmuqadis sebagai ibu kota baru Israel, dunia semakin membencinya.
Ini dapat dilihat dalam beberapa siri rusuhan di seluruh dunia yang mana penduduk Islam membakar patung mirip wajahnya. Malah beberapa kenyataan keras telah dikeluarkan oleh pemimpin di seluruh dunia selepas “manusia paling dibenci umat islam” ini menandatangani perjanjian tersebut.
Ternyata “Donald Trump sedang berperang di Timur Tengah dan mengisytiharkan perang dengan 1.5 bilion umat Islam dan beratus-ratus juta orang Kristian yang tidak akan menerima bandar suci Baitulmuqadis di bawah kepimpinan Israel,” kata diplomat Palestin kepada Britain, Manuel Hassassian.
Terdapat juga kenyataan dari Presiden Palestin, Mahmoud Habash yang mana menyatakan “Apa yang dilakukan oleh Donald Trump akan memusnahkan proses damai,” kata Presiden Palestin Mahmoud Habash, bagi pihak Presiden Mahmoud Abbas. “Dunia akan membayar harga ini dengan sangat mahal.” Bukan saja umat Islam membara kemuncak kemarahannya tetapi Pemimpin Katolik Vartican yang begitu dihormati dunia turut mengeluarkan kenyataan rasminya.
Pope Francis berkata, ‘status quo’ yang berkaitan dengan Yerusalem (Baitulmuqadis) harus dihormati. “Dialog hanya boleh dilakukan dengan mengenali hak-hak semua orang di rantau ini,” kata BBC memetik Pemimpin Katolik di dunia sebagai meminta semua pihak yang bijak untuk menghalang pertumpahan darah.
Malaysia juga tidak terkecuali menyuarakan bantahan secara rasmi selepas solat Jumaat tadi dengan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mengetuai perhimpunan secara aman di perkarangan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara.
Demonstrasi ini turut disertai pelbagai badan bukan kerajaan sebagai tindakan membantah keputusan Presiden AS, Donald Trump di White House yang telah menandatangani satu perjanjian yang tertangguh selama 20 tahun dengan mengiktiraf Baitulmuqadis sebagai ibu kota baru Israel berbanding Tel Aviv sekarang.
Sebagai pendatang di bumi Palestin, kerakusan Isreal “menguasai” bandar yang menempatkan masjid paling suci iaitu Masjid Al-Aqsa itu dilihat sebagai satu tindakan kurang bijak oleh Trump yang turut menjadi kebencian di negaranya sendiri.
Bantahan terhadap Trump turut disuarakan oleh artis dan selebriti terkenal tanahair yang ternyata tidak bersetuju dengan isu ini. beberapa nama besar seperti Dato Siti, FarahDeeaba, Dato Afdlin Shauki, Aliff Satar, Achey serta ramai lagi yang menyatakan pendirian masing-masing di laman sosial milik mereka.
Kenapa Israel Beriya Mahukan Kota Ini
Baitulmuqadis merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah ke Makkah, iaitu kira-kira selama enam belas bulan. Kedua-dua peristiwa besar Islam ini iaitu pembinaan Masjid al-Aqsa dan peristiwa Isra’ Mikraj ini berlaku di atas tapak Haram al-Sharif.
Yahudi sekarang terlalu inginkan Baitulmuqadis disebabkan mereka percaya masih banyak lagi emas yang belum sempat diangkut oleh mereka sejak dulu. Mereka percaya bahawa dengan emas dan makanan mereka dapat menguasai dunia. Sila baca Protokol of Zion (dari buku The International Jews, Henry Ford)
Protocol No. 22: The Power of Gold
In our hand is the greatest power of our day-Gold: In two days we can procure from our storehouses any quantity we may please.
Satu misi yang lebih penting kenapa mereka mahukan sangat Baitulmuqadis adalah untuk membina semula Solomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelang tahun 2020.Sumber : www.ibnuyaacob.com
Sedikit sejarah mengenai Baitulmuqadis
Baitulmuqadis merupakan sebuah kota yang terletak di dalam wilayah Palestin dan diiktiraf sebagai kota ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Makkah dan Madinah.
Dalam kalangan masyarakat antarabangsa, kota ini lebih dikenali dengan nama Jerusalem yang bermaksud ‘tempat yang aman untuk didiami’.
Kota ini merupakan tempat pertembungan antara tiga agama samawi iaitu Islam, Yahudi, dan Kristian bahkan setiap agama mempunyai kawasan masing-masing di sekitar kota lama yang mengelilingi sebuah tanah tinggi yang terkepung dengan tembok yang tinggi lagi kukuh.
Masyarakat dunia menamakan kawasan tanah tinggi ini sebagai ‘Mount Temple’ disebabkan sejarahnya yang pernah menempatkan kuil Yahudi kuno iaitu dipanggil juga sebagai Haikal Sulaiman sebelum ia dimusnahkan, dibina semula dan sekali lagi dimusnahkan selepas kota ini dijajah oleh kerajaan-kerajaan yang berbeza.
Mengikut catatan sejarah, umat Islam pada era awal Islam dahulu menggelarkan kawasan di mana terletaknya ‘Mount Temple’ sebagai Madinah Baitulmaqdis yang membawa erti ‘City of the Temple’ yang mengambil kira akan kewujudan Haikal Nabi Sulaiman A.S yang menjadi tempat ibadat pertama kaum Yahudi sebelum dimusnahkan oleh orang Babylon pada tahun 586 sebelum Masihi.
Selepas kemusnahan pertama itu, Haikal ini dibina semula kira-kira selepas 70 tahun kemusnahan pertamanya apabila orang Babylon berjaya diusir, namun ia diruntuhkan kembali pada tahun 70 Masihi oleh Empayar Roman.
Sekarang ini Baitulmaqdis yang asal dirujuk sebagai kota lama Baitulmaqdis iaitu kawasan yang dikepungi tembok tadi. Di kota inilah terletaknya Masjid al-Aqsa yang telah disebut di dalam kitab suci al-Quran dan al-Hadis yang mana beribadat di dalamnya mendapat seribu ganda pahala berbanding di tempat-tempat lain.
Jadinya, bila orang Yahudi beriya-iya mahukan kota ini, dapatlah kita memahami niat sebenar mereka. Sebagai umat Islam, marilah kita sama-sama berdoa agar kota ini dapat diserahkan kembali kepada Palestin yang lebih berhak. Semoga Allah memelihara kota suci ini. Ya Rabbal.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan oleh kerajaan terdapat pelbagai kemusykilan dan juga kerisauan yang bersarang di hati rakyat. Antaranya kepada pasangan suami isteri yang berada dalam hubungan jarak jauh.
Terbaru Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kepada media yang pasangan jarak jauh boleh merentas sempadan negeri asalkan kebenaran dari Polis Diraja Malaysia diperoleh kerana ia adalah prosedur operasi standard Ketika PKPB dilaksanakan.
Tambahnya lagi menerusi laporan Berita harian, “Bagi kes pasangan yang tidak mendapat kebenaran itu, mungkin atas sebab yang kurang meyakinkan kerana semuanya tertakluk kepada kelulusan PDRM.”
***P/S – Diharapkan agar semua rakyat Malaysia mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam usaha menangani kenaikan kes Covid-19.
Sumber: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...