Mungkin ada yang menganggap orang cantik ramai yang ingin mendekati, namun sebaliknya yang berlaku pada seorang gadis di luar negara yang dikenali sebagai Ariana Savannah.
Gadis ini mendakwa bahawa dia tidak mempunyai kawan baik kerana terlalu cantik dan Ariana telah meluahkan keinginannya untuk memiliki kawan wanita menerusi video yang telah dimuat naik di aplikasi TikTok.
Ariana mengakui bahawa dia sudah dapat menjangkakan untuk ‘diserang’ ekoran bercakap tentang keburukan menjadi seorang individu yang cantik. Gadis ini menganggap dia memiliki kelebihan itu sehingga sukar berkawan dengan mana-mana wanita.
“Saya tidak mempunyai ramai kawan wanita dan saya terpaksa bekerja keras mendapatkan kawan. Saya sering dipinggirkan malah ada yang bercakap tidak baik di belakang saya. Ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kerana saya seorang yang baik dan tidak berpura-pura,” jelasnya dalam video tersebut.
Walau bagaimanapun, dia mengakui menjadi seseorang yang cantik membuatkan kehidupannya lebih mudah, namun masih tidak dapat lari daripada sisi perkara negatif yang berlaku.
Hm, begitulah lumrah manusia. Jadi buruk susah, jadi cantik pun susah. Hiks!
Apa-apa pun korang ada ke pengalaman tidak mempunyai kawan baik wanita kerana terlalu cantik? Boleh kongsikan pengalaman bersama kami di ruangan komen.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)