Jika seorang ibu sanggup berkorban apa saja untuk anak-anaknya, tak kurang juga ada anak-anak yang akan berkorban apa saja untuk ibunya. Inilah yang dilakukan oleh seorang remaja OKU yang telah menyelamatkan ibunya dari maut dibelit ular sawa seberat 50 kg di mana dirinya bertindak memotong bahagian tengah ular berkenaan dalam kejadian empat bulan lalu.
“PENGALAMAN menyelamatkan ibu daripada mati dibelit ular sawa tidak akan saya lupakan sampai bila-bila, saya harap ini pengalaman pertama dan terakhir saya berdepan dengan ular itu,” kata Muhammad Rasul Abdullah, 16.
Keberanian remaja orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran ini menyebabkan dia dipilih sebagai penerima Anugerah Pingat Hang Tuah 2019 sempena Program Kebajikan Kemakmuran Bersama Peringkat Negeri Kedah anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Dewan Seri Mentaloon di Alor Setar semalam. Katanya, dia sangat bersyukur dipilih menerima anugerah itu dan berharap ia dapat menjadi contoh kepada remaja lain untuk berbakti kepada ibu bapa tanpa mengira keadaan.
“Sebagai anak, saya akan terus setia berada di sisi ibu walaupun terpaksa membahayakan nyawa untuk menyelamatkan insan yang melahirkan dan menjaga saya sejak kecil.
Ads
“Walaupun kejadian itu sudah lebih empat bulan berlalu, namun saya tidak mungkin melupakan detik cemas itu yang akan membuatkan kami sekeluarga lebih berhati-hati selepas ini,” katanya yang tinggal di Kampung Ulu Tawar, Baling.
Mengimbau kejadian itu, Muhammad Rasul bertindak memotong bahagian tengah ular seberat kira-kira 50 kilogram dibantu oleh adiknya Mohd Aziz, 15 dan sepupunya Mohd Shafizal Ismail, 15.
Katanya dalam kejadian kira-kira 11 malam, mereka ketika itu berada di luar rumah sebelum terdengar jeritan ibunya di bahagian dapur.
Ads
“Kami lihat ular sawa besar telah membelit ibu hingga ke paras dada, sepupu saya cuba melepaskan belitan ular pada bahagian ekor manakala adik saya pergi meminta bantuan jiran.
Ads
“Kami bergelut hampir setengah jam kerana ular itu terlalu agresif sebelum saya menetak bahagian tengah ular sehingga hampir putus dengan bantuan penduduk kampung.
“Alhamdulillah ular itu mati dan ibu saya pula tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.
Muhammad Rasul menerima wang tunai RM700, sijil dan plak yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan negeri Kedah, Halimaton Shaadiah Saad. Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah mengharumkan nama Malaysia di peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40, dilaporkan meninggal dunia semalam.
Berita sedih itu dikongsikan oleh adik Allahyarham, Elly Idzliaikmal Elias, menerusi laman sosial miliknya.
Elly Idzlianizar
“Selamat jalan abangku #16. Semoga tenang di negeri abadi, abang sayangku. Moga ditempatkan di syurga. Tunggu kami di sana, abang. Nanti kita jumpa di sana,” tulis Elly Idzliaikmal dalam perkongsiannya.
Allahyarham dikenali sebagai pelumba berbakat besar yang memulakan karier di arena perlumbaan tempatan, Cub Prix.
Sepanjang kariernya, Allahyarham berjaya menjuarai beberapa kejohanan bersama pengeluar terkenal seperti Yamaha, Honda, dan Suzuki. Beliau turut terpilih menyertai program pencarian pelumba ‘wildcard’ negara untuk beraksi di Grand Prix Malaysia pada tahun 2009.
Bakat luar biasanya membolehkan Allahyarham terpilih menyertai program tersebut bersama Zulfahmi Khairuddin dalam kelas 125cc, dengan pasukan Air Asia.
Selepas bersara daripada dunia perlumbaan, Allahyarham turut menceburi bidang pengacaraan dan pernah menjadi pengulas perlumbaan Cub Prix.
Selain itu, Allahyarham juga menulis sebuah buku autobiografi berjudul Evolusi Elly: Daripada Rempit kepada Juara, yang diterbitkan pada tahun 2010.
Difahamkan jenazah Allahyarham telah dibawa ke Hospital Alor Setar untuk menjalani proses bedah siasat bagi menentukan punca kematian.
Fakta menarik mengenai Elly Idzlianizar Elias
Ikon Lumba Motosikal Malaysia: Elly Idzlianizar Elias merupakan salah seorang pelumba motosikal Malaysia yang dikenali kerana kejayaannya dalam perlumbaan di peringkat tempatan dan antarabangsa pada zamannya.
Juara Kebangsaan: Elly pernah menjadi juara dalam pelbagai kejohanan motosikal kebangsaan, menjadikannya antara pelumba paling berjaya dalam sejarah sukan lumba motosikal negara.
Penglibatan Awal: Beliau mula melibatkan diri dalam sukan lumba motosikal pada usia muda, dan bakatnya segera dikesan oleh pihak industri. Ini membawa kepada kerjaya yang cemerlang dalam perlumbaan motosikal.
Pencapaian di Peringkat Antarabangsa: Selain daripada kejayaan di peringkat kebangsaan, Elly juga berjaya mengukir nama di peringkat antarabangsa, mewakili Malaysia dalam pelbagai pertandingan dan acara di seluruh dunia.
Pengaruh Terhadap Sukan Motosikal Malaysia: Sebagai salah satu pelumba motosikal yang berjaya, Elly telah memberi inspirasi kepada generasi baru pelumba motosikal di Malaysia. Penglibatan dan kejayaannya telah membantu mempopularkan sukan tersebut di negara ini.
Kemahiran Luar Biasa: Elly dikenali dengan kecekapan teknikalnya dalam mengendalikan motosikal, serta keberanian dan ketangkasan di litar lumba. Ini menjadikannya pesaing yang disegani di kalangan rakan pelumba.
Legasi Berterusan: Walaupun telah bersara dari sukan lumba motosikal, namanya masih dikenang sebagai seorang legenda dalam sukan ini, dan pengaruhnya terhadap sukan lumba motosikal Malaysia tetap dirasai hingga hari ini.
Al-Fatihah buat Elly Idzlianizar Elias, jasamu mengharumkan nama Malaysia akan dikenang sampai bila-bila.
Sumber : Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak korang jumpa nama yang pelik-pelik sampai tergeliat lidah nak sebut?
Baru-baru ini, seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Ridzwan Mahazan berkongsi pengalamannya di Twitter sewaktu berada di Jepun di mana masyarakat sana mengalami kesukaran untuk menyebut namanya.
Teringat kenangan dekat universiti dulu. Awal2 sem
Sensei panggil nama sorang2. Jepun nama pendek2 je, sampai giliran aku
“Inamoto kazuya”
“Haik”
“Hasegawa Naomi”
“Haik”
“Etto, muham muhammado ritsudzuwan bin norumahazan”
Selain itu, dia juga berdepan dengan proses sukar kerana budaya di Jepun mengamalkan panggilan nama keluarga sedangkan di Malaysia tidak mengamalkan perkara itu.
Susulan itu, ramai pengguna Twitter yang pernah berdepan dengan situasi sama berkongsi pengalaman mereka.
Difahamkan, kesukaran sebutan nama berlaku disebabkan ada abjad-abjad yang tidak wujud dalam tulisan Jepun iaitu Hiragana, Katakana dan Kanji.
Berbeza dengan huruf A-Z, Jepun mempunyai tulisannya sendiri membuatkan ada sebutan yang sukar disebut. Selain itu, nama orang Jepun selalunya terbahagi kepada dua iaitu nama keluarga dan namanya.
Untuk pengetahuan ramai juga, tidak ada dua nama keluarga yang sama di Jepun. Contohnya jika nama keluarga seseorang itu adalah Haruma makanya, hanya ada 1 keluarga sahaja di seluruh Jepun yang menggunakan nama keluarga itu melainkan berlakunya perkahwinan.
Apa-apapun, mungkin itu semua pengalaman manis berada di negara orang kan? Kemungkinan besar juga kita akan mengalami perkara yang sama bila terjumpa dengan orang dari negara lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika semalam tular di media sosial insiden seorang pemandu hilux merempuh kawasan penjaja di Bazar Ramadan Bukit Sentosa, sekitar jam empat pagi ini pula berlaku satu lagi kes rempuhan melibatkan pemandu mabuk yang berlaku di PPR Pekan Batu 5, Jalan Ipoh.
Dalam satu video yang tular di media sosial, dapat menyaksikan kenderaan mewah jenis MPV ini merempuh beberapa buah kereta namun sudah terhalang kerana ada kenderaan polis di lokasi tersebut.
Dari insiden ini dapat dilihat pemandu kenderaan mewah ini cuba mengundur namun tersekat dan orang ramai terus membaling topi keledar selain menjerit menyuruhnya memberhentikan kenderaan. Namun dia terus mengundur dan merosakkan kenderaan di sekitar sebelum keluar dari kereta dan melarikan diri sambill dikejar oleh penduduk setempat..
Walau tiada maklumat bagaimana kes ini bermula tetapi berdasarkan komen dari netizen rata-ratanya mahu arak di haramkan.
Ia bukan saja membahayakan nyawa orang lain apabila kesedaran akal tidak mampu berfikir tetapi ia juga ternyata menjejaskan kehormonian kaum kerana setiap kali insiden sebegini berlaku, pastinya ada komen-komen melibatkan kaum terjadi.
Jika ianya berterusan dan hanya kes terpencil namun ia ibarat api di dalam sekam. Kecil tapi tidak pernah terpadam. Jika situasi sebegini terus berlaku, perpaduan dan kehormonian yang sejak sekian lama kita nikmati, selama lebih 60 tahun kita mencapai kemerdekaan, sedikit sedikit sebanyak akan mula terhakis.
Sebaiknya dalam kes sebegini, kita menyerahkan kepada pihak berkuasa yang lebih arif menanganinya.
Tonton video kejadian.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30...